Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

Sejarah Kemunculan Mazhab Akidah III (1/4)

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
3,418
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Feb 4, 2008

http://mazhab.sementoji.net

Terdapat beberapa faktor luar dikenal pasti mempengaruhi pemikiran umat Islam. Antaranya:

1- Individu yang baru memeluk Islam terdiri daripada bekas penganut agama lain seperti Yahudi, Kristian, Majusi, Hindu dan sebagainya. Apabila mereka memeluk Islam, mereka masih berpegang pada ajaran agama lama atau amalan silam. Kemudian, fahaman dan amalan ini bercampur dengan ajaran Islam lalu membawa kepada kecelaruan yang sukar difahami.

2- Komplok jahat yang sengaja dirancang bagi merosakkan Islam dan penganutnya. Ia bermula selepas musuh Islam gagal menentang Islam melalui ketenteraan. Kejatuhan Parsi dan Rom yang pernah dianggap dua kuasa besar itu tidak mampu lagi menyekat kemaraan pengaruh Islam. Islam semakin berkembang dan tidak mampu dibendung secara berhadapan. Di sebalik kejayaan itu, musuh Islam menganut Islam secara berpura-pura lalu menyebelahi golongan yang bertelingkah. Contoh yang paling ketara adalah kes Abdullah bin Saba', bekas penganut Yahudi yangmenyokong Ali bin Abu Talib secara melampau. Tindakan yang sama dilakukan oleh Khawarij yang menentang secara melulu dan membabi buta.

3- Galakan penterjemahan buku-buku karya sarjana-sarjana bukan Islam pada pemerintahan Abbasiah tanpa mengira sama ada terjemahan itu perlu ataupun tidak. Akibatnya, perbuatan itu mempengaruhi pengajian ilmu Islam dengan kaedah yang tidak berpegang teguh pada al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad. Contohnya, mempelajari ilmu akidah melalui pemahaman kaedah-kaedah falsafah.

4- Kini, serangan ideologi oleh penjajah menghapuskan fahaman dan pengertian sebenar mengenai Islam. Melalui individu Muslim tidak menyedarinya, dia mudah menyerap pelbagai ideologi asing. Lebih ketara apabila mereka sanggup berjuang menegakkan ideologi mereka dengan bersungguh-sungguh. Mereka juga menganggap Islam pada zaman Nabi Muhammad sudah tidak relevan dalam urusan dunia moden.



Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Sejarah Kemunculan Mazhab Akidah
Syarah Kitab Lahirnya Beberapa Firqah Di Kalangan Umat Islam
Kuliyah Jumaat 15 September 2006
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu

  • likes, 0 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (0)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more