Uploaded by fuadsyazwan on May 16, 2008
http://akidah.sementoji.net
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Syarah Kitab Muqaddimah Akidah Muslimin siri 4.
Kepentingan manusia terpelihara dengan hanya menyerah diri kepada Allah. Dengan rahmatnya, Allah tidak melepaskan manusia bersendirian.Mereka diutuskan rasul-rasul yang diwahyukan kepada mereka dengan ajaran Allah dan hukum-hukumnya. Allah menerangkan dalam surah al-Nahl, ayat 36,
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ
"Dan Sesungguhnya Kami telah mengutus Dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut."
Allah menjelaskan lagi dalam surah Ibrahim, ayat 4,
وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ إِلا بِلِسَانِ قَوْمِهِ لِيُبَيِّنَ لَهُمْ
" Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan Dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka."
Islam yang dibawa oleh nabi-nabi dan rasul-rasul adalah sama pada prinsipnya yang berbeza hanya cabang syariat. Ia berdasarkan keperluan umat mengikut zaman masing-masing. Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad adalah lebih luas dan menyeluruh daripada syariat rasul-rasul yang sebelumnya. Nabi Muhammad diutuskan buat seluruh umat manusia dan jin sehingga Hari Kiamat. Manakala rasul-rasul sebelumnya diutus hanya bagi kaum mereka.
Nabi kita, Muhammad disempurnakan dengan risalah dan kenabian serta disempurnakan agama dengan selengkapnya. Allah menerangkan dalam surah al-Maidah, ayat 3,
الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا
"Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu."
Abu Hurairah meriwayatkan, Nabi Muhammad pernah bersabda,
"Bandingan antara aku dan nabi-nabi sebelum aku ibarat seorang yang membina rumah. Dia membina dengan baik dan cantik, tetapi ada sekeping batu bata yang masih belum diletakkan di satu sudut. Kemudian orang ramai mengelilingi rumah itu dengan kagum melihatnya, lalu mereka berkata, "Mengapakah tidak diletakkan batu bata ini." Nabi Muhammad berkata lagi, "Akulah batu bata itu dan aku adalah penutup segala Nabi."
Hadis sahih riwayat Bukhari Muslim.
Islam yang dibawa oleh rasul-rasul yang terdahulu sudah dilupai, dipinda dan diselewengkan. Ini menyebabkan berlaku penyelewengan di kalangan pengikut yang kebelakangan dalam akidah, ibadat dan akhlak. Keadaan ini berterusan sehinggalah Nabi Muhammad dibangkitkan. Nabi yang diwahyukan dengan al-Quran dan mengemukakan sunnah yang teguh, matang dan tidak mungkin lagi dikelirukan. Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad menjelaskan segala masalah kehidupan manusia. Ia berkaitan dengan akidah, ibadat, politik, ekonomi, sosial, perdamaian dan peperangan. Al-Quran dan sunnah juga menerangkan segala hukum yang perlu dalam seluruh kehidupan manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan masa.
Kuliah Jumaat, 16 Mei 2008,
Masjid Rusila, Marang.
-
2 likes, 0 dislikes
8:35
Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang - Allah Maha Adil (2/3)by fuadsyazwan2,406 views
8:11
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang - Tafsir Surah al-Ahzab 12-20 (4/4)by fuadsyazwan4,153 views
6:22
Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang Membantu Selamatkan Mangsa Lemas.by TheMrdax34,146 views
10:41
Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang - Fahaman Hululiahby fuadsyazwan3,104 views
8:59
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang: Siapa Paling Menyayangimu?by fuadsyazwan5,797 views
7:24
PENYELESAIAN MASALAH PERBEZAAN PANDANGAN DALAM ISLAMby syahidz4,554 views
8:58
PAS For All - TG Hj Abdul Hadi Awangby themhakk2,897 views
9:54
Surah Al-Haqqah; Hari Kiamat.. Menangis..by mangx7193,032 views
5:33
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang - Mazhab Salafi Wahabi (2/2)by fuadsyazwan23,879 views
4 videos

Tuan Guru Abdul Hadi Awang
9:41
MPPAS: YB TG Hj Hadi Awang, 27/5/08by wakarimastaq5,573 views
7:21
Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang - Allah Maha Adil (3/3)by fuadsyazwan2,635 views
9:50
Tn Guru Haji Abd Hadi Awang: Kisah Ulamak & Pemerintah (1/2)by fuadsyazwan1,621 views
8:51
YB Tuan Guru Hj Hadi Awang - Ucapan Kebangkitan Rakyat 3/4by sayyid14738 views
9:35
Mazhab Ahlul Sunnah wal Jamaah (2/4)by fuadsyazwan1,398 views
9:00
YB Tuan Guru Hj Hadi Awang - Ucapan Kebangkitan Rakyat 1/4by sayyid142,143 views
1:14
batu tergantung di udara seiring kisah israk dan mikraj di baitulmaqdisby noraisahyaakub319,077 views
10:25
Sejarah Kemunculan Mazhab Al-Asyairah (2/2)by fuadsyazwan3,086 views
4:59
Tribute to Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awangby fuadsyazwan7,694 views
9:55
Kuliah Jumaat 27 2 2009 Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang [bahagian 3]by xalusi7967 views
1:39
Mazhab Ahlul Sunnah wal Jamaah (4/4)by fuadsyazwan941 views
- Loading more suggestions...
Link to this comment:
All Comments (0)