©Nai Boon Mee Sararaks
Pembentangan terakhir telah kusampai untuk meluahkan segala yang 'dia' hadir selama ini. Dapat kurasai kehadiran mereka disisi dan melihat pancaka-pancaka dulu datang dan memuja sekitar kawasan ASWARA, 3 tahun saya bersama kawasan ilmu, kawasan penuh deria, dan kawasan penuh pancaindra laksamana. Selama 3 tahun, andai kubisa melahirkan karya biasa, tidak akan mereka hadir dan memberi pertolongan. Mereka hadir kerana mereka ingin memberitahu kepada dunia. Dunia yang mereka pernah miliki, pondok yang mereka pernah bercinta, dan sekitar bunyian alam yang lengkap dengan carca yang khas untuk mereka dulu, Sebuah lakon layar yang penuh panca dalam perasaan membakar diriku kepada mereka di saat Viva PeTA, Ku telah laksana, dan itupun diriku berusaha menjadi yang terbaik kepada bangsa Siam dan negara-ku. Saya akhirnya, berjaya laksanakan suruhannya. Tiada lagi mereka yang datang, mereka pulang dengan aman dan Bangunan Baru akhirnya Berdiri aman bersama panca-panca suara dalam PeTA.
Link to this comment:
All Comments (0)