Uploaded by nasiruddien on Oct 9, 2007
Walaupun al-Jamaah adalah nama sebenar bagi ASWJ, tetapi antara nama-nama lain yang diberikan ialah:
1. Ahli al-Hadis atau Ahli al-Athar
Ibn Qaiyim rahimahullah: "Setiap individu telah mengetahui bahawa Ahli Hadis adalah golongan yang paling benar sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Mubarak: Aku dapati agama berada pada ahli hadis percekcokkan pada golongan Muktazilah, pembohongan pada ar-Rafidah dan banyak berhelah pada Ahli ar-Rakii". [1]
2. Firqah an-Najiah (Firqah al-Mansurah) atau At-Taifah an-Najiah (at-Taifah al-Mansurah):
Ibn Taimiyah: "Apa yang dikatakan Firqah an-Najiah ialah pengikut para sahabat Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam. Ia adalah syiar Ahli sunnah. Dinamakan Firqah an-Najiah kerana mereka itu terdiri dari Ahli Sunnah". [2]
3. Ahli Ittiba'
Dinamakan Ahli Ittiba' kerana sentiasa berittiba' (mengikuti/mematuhi/mentaati) al-Quran, as-Sunnah Rasulullah sallallhu 'alaihi wa-sallam serta athar para sahabat radiallahu 'anhum yang sahih.
"Katakanlah: jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu ". (Q.S; Ali-Imran: 31).
"Sentiasa ada sekelompok dari umatku yang memperjuangkan kebenaran, tidak membahayakan mereka orang yang menghinakan mereka, sehingga datang keputusan Allah." [3]
4. Al Guraba' (الغرباء) "Golongan yang aneh, asing, luar biasa, dagang atau sedikit"
"Islam itu bermula dengan keadaan aneh (asing/luar biasa) maka akan kembali menjadi aneh (asing/luar biasa) maka berbahagialah orang yang asing itu". [4] "Keuntungan besar bagi orang-orang yang asing. Iaitu orang-orang saleh di lingkungan orang banyak yang berperangai buruk, orang yang mendurhakainya lebih banyak daripada orang yang mentaatinya." [5] "Dinukil dari Sufyian ath-Thauri beliau berkata: Berwasiatlah kamu kepada Ahli Sunnah dengan kebaikan kerana mereka guraba".
Golongan yang paling tepat dinamakan al-Jamaah atau Ahli Sunnah wal-Jamaah, Firqah an-Najiah atau nama-nama yang berkaitan dengan Jamaah Islamiyah, maka mereka ialah para sahabat, tabiin, tabiut at-tabiin dan sesiapa sahaja yang mengikut manhaj para sahabat dengan baik, terutama kalangan ulamak mujtahid yang berpegang kepada manhaj al-Kitab dan as-Sunnah. [6]
Ibn Abbas apabila beliau menafsirkian Firman Allah: [7] "Pada hari yang di waktu itu ada muka yang putih berseri dan ada pula muka yang hitam muram". (QS. Ali Imran, 3:106)
Menurut Ibn Abbas radiallahu 'anhu: "Adapun orang yang putih berseri-seri mukanya ialah Ahli Sunnah wal-Jamaah dan Ulul al-Ilm dan yang hitam muram mukanya ialah Ahli bid'ah atau orang yang sesat". [8]
Orang yang paling berhak dan layak digelar ASWJ ialah sesiapa sahaja yang berpegang teguh (ittiba') kepada manhaj para sahabat, tabiin dan tabiut at-tabiin yang diistilahkan sebagai "Manhaj Salaf As-Soleh".
Oleh itu, sesiapa yang tidak berpegang kepada manhaj Salaf as-Soleh adalah golongan yang berpecah (terkeluar) dari Ahli Sunnah wal-Jamaah sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:
"Telah terpecah belah Yahudi menjadi tujuh puluh satu firqah (golongan), satu firqah masuk ke dalam syurga dan yang tujuh puluh firqah masuk neraka. Dan telah terpecah belah Nashrani menjadi tujuh puluh dua firqah, tujuh puluh satu firqah masuk neraka dan satu firqah masuk ke dalam syurga. Dan demi Zat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, umatku akan terpecah belah menjadi tujuh puluh tiga firqah, satu firqah akan masuk ke dalam syurga dan yang tujuh puluh dua firqah akan masuk ke dalam neraka. Baginda ditanya: "Siapa mereka (yang ke syurga) wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Al-Jama'ah". [9]
Rasulullah yang menyatakan bahawa dari tujuh puluh tiga golongan tersebut hanya satu yang selamat iaitu Al-Jama'ah (كلها في النار إلا واحدة): "Semuanya di dalam neraka kecuali satu". Dan diterangkan oleh beliau bahawa mereka adalah siapa saja yang bersama beliau dan para shahabatnya: ما أنا عليه وأصحابي
Dan dari Abdullah bin Amr, Rasulullah bersabda: "Akan terpecah belah umatku atas tujuh puluh tiga milah (golongan), seluruh-nya akan masuk neraka kecuali satu milah yakni apa yang aku dan para shahabatku berada di atasnya. [10]
"(Al-Jamaah) ialah sesiapa yang seperti aku sekarang dan para sahabatku". [11]
[1] Bahaya Taqlid Buta & Ta'sub Mazhab. Hlm. 81. Rasul Dahri.
[2] منهاج السنة Jld. 3. Hlm. 457. Ibn Taimiyah.
[3] H/R. Muslim.
[4] H/R Muslim.
[5] H/R. Ahmad.
[6] Lihat: منهج اهل السنة والجماعة ومنهج الاشاعرة فى توحيد الله تعالى Juz 1 Hlm 23.
[7] Ibid.
[8] Ibid.
[9] H/R. Ibn Majah (2/1322). Hadis ini disahihkan oleh al-Haitimi dalam (الزوائد) Disahihkan juga oleh al-Iraqi di dalam (تلخيص الاحياء.
[10] H/R. Tirmizi.
[11] H/R. Tirmizi. (تحفة الاحوذى) (7/399-240).
-
10 likes, 3 dislikes
9:16
Manhaj Salaf Akidah Salaf (7/8)by nasiruddien6,568 views
9:16
Manhaj Salaf Akidah Salaf (5/8)by nasiruddien8,501 views
9:16
Manhaj Salaf Akidah Salaf (8/8)by nasiruddien7,850 views
9:16
Manhaj Salaf Akidah Salaf (4/8)by nasiruddien8,451 views
9:00
Hukum Menghias Kubur (Fatwa Ulama Mazhab Syafie)by nasiruddien8,779 views
9:16
Manhaj Salaf Akidah Salaf (2/8)by nasiruddien8,794 views
7:05
Rasul Dahri Bantai Asri Iby roslank61,957 views
9:15
Manhaj Salaf Akidah Salaf (3/8)by nasiruddien9,256 views
0:54
فتوى فضيلة الشيخ العلامة عبدالعزيز ال الشيخ في الاناشيدby ANsAaRALSuNNa10,213 views
9:55
Mereka Bertanya Tentang Manhaj Salaf 1by abu0hasan29,706 views
10:27
Bahaya Tarikat Sufi/Tasawuf (2/5)by nasiruddien51,425 views
2:50
Rasul Dahri Yang Sesat.by hanif116555,970 views
9:02
Panduan Solat Rasulullah (7/12) Sembahyangby nasiruddien24,583 views
8:17
Di Mana Allah - Ustaz Rasul Dahri 7by caedere5,197 views
9:20
Rasul Dahri Bantai Asri Versi Lengkap 2by roslank37,435 views
5:25
Muslim vs Kristen VOL 3 PART 5/5by kabarsukacita4,302 views
10:56
SERONOKNYA MENYANYI DAN MENARI BERSAMA SUFI REMPIT HABIS- BESTT GILAby tajdidsegar154,022 views
10:01
Imam Syafie Haramkan Kenduri Arwah, Tahlil (1/7)by nasiruddien138,885 views
9:28
tuan guruhaji ismail 1.by kuwe1233,468 views
3:02
Bleach AMV - Antidoteby AmvPhenomen1,542 views
- Loading more suggestions...
All Comments