Keperluan, minat dan keinginan masyarakat untuk mengetahui hakikat sufi/tasawuf amatlah menggalakkan. Ini terbukti apabila buku "Bahaya Tarikat Sufi/Tasawuf Terhadap Masyarakat" edisi pertama kehabisan di pasaran. Buku ini masih terus dicari dan diperlukan oleh para pembaca terutama mereka yang mencintai buku-buku sunnah yang berbentuk akidah sehingga buku ini didesak agar diulang cetak.
Sebagaimana yang telah dimaklum bahawa sufi/tasawuf adalah satu dari aliran tarikat kebatinan yang banyak menyentuh soal hati-rohani. Dan telah diketahui serta disepakati oleh para ulama akidah yang bermanhaj Salaf as-Soleh bahawa dimensi rohani manusia adalah hati.
Apabila dimensi jasmani memiliki organ lahir (hati) yang perlu dijaga dengan pemakanan yang sempurna, maka dimensi rohani juga memerlukan makanan yang berupa akidah yang murni. Sufi/tasawuf bukanlah juadah yang sesuai dan sempurna untuk membentuk akidah atau rohani yang sihat, kerana kandungan makanan sufi/tasawuf banyak mengandungi virus kesyirikan, khurafat, tahayyul, kebohongan dan kegoblokan. Oleh itu persoalan ini perlu diketahui oleh setiap mereka yang ingin menjaga dan menyelamatkan akidah mereka agar tidak memilih sufi/tasawuf sebagai pilihan.
Kandungan buku edisi kedua ini sama seperti buku edisi pertama, iaitu mengupas persoalan tarikat sufi/tasawuf. Hanya dalam edisi yang baru ini telah dimuatkan sedikit perubahan, penambahan dan penjelasan tentang penyelewegan doktrin dan akidah tarikat sufi/tasawuf yang dianuti oleh sebahagian besar masyarakat kita.
Semoga buku edisi kedua ini mampu dan terus-menerus menyelamatkan akidah para pembaca dari terperangkap ke dalam kesesatan tarikat sufi/tasawuf. Diharapkan juga buku ini membantu para pembaca mengenali hakikat kesesatan aliran sufi/tasawuf yang amat luas pengaruh, pengikut dan gerakannya sejak dahulu sehinggalah sekarang.
Insya-Allah, edisi selanjutnya akan terus diterbitkan jika tulisan ini masih diperlukan oleh masyarakat. Penulis doakan semoga para pembaca budiman sentiasa di dalam hidayah Allah, dicucuri rahmat dan memperolehi ganjaran yang sebaik-baiknya, dipelihara akidah, diberkahi segala usaha dan digolongkan sebagai Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berjalan di atas manhaj Salaf as-Soleh. Amin!
Ikhlas Dari:
Rasul Bin Dahri.
Johor Bahru.
kepala bapak ko..fizik tak bidaah.?.tasawuf bukan sekadar falsafah..falsafah tu falsafah ler..org tasawwuf bukan bercakap banyak macam ko ni. sufi malas?..naqshabandi mana ko masuk tu? bodoh la ko ni..arqam tu terputus bahlol..yg malasnya engko sendiri. ko ikut si sesat lepas tu claim semua tariqat sesat..taubat la bahlol..dah la bodoh menyesatkan org pulak. jenis macam ko ni la yg pecah belahkan umat..!!
mamarchilla 7 months ago
sdtvthsthsh
taring100 2 years ago