Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

Mengenal Kalimah Tauhid 4/14

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
2,537
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Jul 26, 2009

Syarat Kedua: YAKIN

Menurut ahli ilmu yakin adalah sifat ilmu. Yakin terhadap syahadah bermakna mengetahui dengan sempurna makna syahadah tanpa ada keraguan di dalam hati. Yakin atau percaya memberi maksud:

"Yang mengucapkannya benar-benar mengetahui dan percaya tentang apa yang diucapkan kerana berdasarkan dalil-dalil yang mantap, yang tidak ada rasa syak padanya dan tidak diragukan". Sebagaimana firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah serta beriman kepada RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar". Al-Hujurat, 49:15.

Keraguan berlawanan dengan keyakinan dan ilmu, oleh itu syarat keyakinan ialah meninggalkan was-was kemudian mengimani kalimah syahadah lahir batin. Nabi Muhammad telah menjelaskan hakikat ini:

"Sesiapa yang menemui aku di sebalik tembok ini sedangkan dia bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dengan penuh keyakinan terhadapnya di hatinya, maka berilah khabar berita gembira kepadanya dengan syurga". (H/R Muslim. Kitabul Iman. No. 31.)


"Sesiapa yang mengucapkan bahawa tidak ada tuhan kecuali Allah dan sesungguhnya aku Rasulullah, tidaklah seorang hamba menemui Allah dengan dua kalimah syahadah tanpa syak dengannya maka tidak lain kecuali dia akan dimasukkan ke syurga". Dalam riwayat lain: Tidaklah seorang hamba menemui Allah dengan dua kalimah syahadah tanpa ada syak tentangnya maka baginya adalah syurga". (H/R Muslim. Kitabul Iman. No. 27.)

Lawan keyakinan ialah keraguan. Agar keyakinan terhadap kalimah tauhid tidak tergugat, maka ilmu yang berkaitan dengan kalimah ini adalah penyelamatnya. Allah berfirman:

"Allah menyatakan bahawasanya tidak ada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu yang menegakkan keadilan juga menyatakan yang demikian itu. Tidak ada tuhan (yang berhak diibadahi) melainkan Dia. Yang Maha Perkasa lagi Yang Maha Bijaksana". Ali Imran, 3:18.

Category:

Education

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 0 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (1)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more