Lawatan ke Kelas Tahun 1, Pengajian Bahasa Malaysia, Tokyo University of Foreign Studies (TUFS)
28 November 2011.
Melawat kelas Pengajian Bahasa Malaysia di Tokyo University of Foreign Studies (TUFS). Ini adalah kelas pelajar Tahun 1, jadi penguasaan bahasa mereka masih rendah dan kami juga terpaksa menggunakan bahasa yang lebih mudah untuk mereka fahami.
Kelas ini diajar oleh Pn Faridah Mohamed, seorang guru yang mempunyai kegigihan luar biasa. Sebagai contoh, beliau sanggup mengayuh basikal selama 1 jam dari rumahnya untuk ke universiti bagi menyampaikan ilmu dan melaksanakan tugas beliau sebagai seorang pendidik.
Link to this comment:
All Comments (0)