Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

Sejarah perjuangan Patani ( animation )

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
62,216
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Apr 24, 2008

Sejarah perjuangan Patani

Pergerakan menuntut pembebasan di kalangan orang Melayu Islam di Patani
bertambah di tengah-tengah tentangan terhadap dasar kerajaan siam mahu
mengasimilasikan mereka dalam budaya Buddha/Siam. Gerakan penentangan itu
mulanya dipimpin oleh golongan istana. Ia kemudian beralih kepada golongan
pemimpin agama yang menjadi tulang belakang politik pemisahan di Patani dalam
tahun-tahun 1970-an. Sejarahnya dapat disusur kembali kepada sekitar 200 tahun
lalu sejak kerajaan Siam menjajah kerajaan Patani, yang kini terdiri daripada
empat wilayah di selatan Thailand. Kebangkitan semangat kebangsaan Melayu Islam
di selatan Thailand dapat dibahagikan kepada empat zaman.
1: PERLUASAN KUASA KERAJAAN SIAM (1785-1867)
Pada tahun 1785: Di bawah pemerintahan Rama I, Siam menakluki Patani. Kedah
ditawan semula, Kelantan dan Terengganu menjadi wilayah pinggiran (tributary
states).
Pada tahun 1789-1791: Pemberontakan di Patani. Patani dipecahkan kepada tujuh
wilayah: Patani, Saiburi (Teluban), Nongchik, Yaring, Yala, Rahman dan Rangae.
Pada tahun 1832: Rahman (dekat sempadan Thailand-Perak), mengisytiharkan
menjadi republik. Wilayah lain, kecuali Yaring, ikut memberontak, tetapi
dipatahkan.
Pada tahun 1838: Pemerintah Nongchik, Yala, Rahman dan Rangae bekerjasama
dengan pemberontak Kedah.
Pada tahun 1839: Kedah dipecahkan kepada empat kawasan: Kedah, Kubangpasu,
Perlis dan Satun. Pemecahan Pattani dan Kedah melemahkan kedua-dua negeri itu.
2: PENTADBIRAN BIROKRATIK SIAM (1868-1931)
Integrasi secara paksa bermula.
Pada tahun 1897: Siam dan Britain menandatangani satu persetujuan secara
rahsia. Bangkok berjanji tidak akan memberi keistimewaan kepada sebarang kuasa
asing tanpa persetujuan Britain; Britain pula menyokong kekuasaan Siam ke atas
negeri-negeri Melayu.
Pada tahun 1901: Tujuh wilayah Melayu di selatan disatukan, berpusat di
Pattani. Bangkok campur tangan dalam pemilihan raja di wilayah selatan. Tengku
Abdul Kadir, Raja Patani, ketuai bantahan dan usaha mendapatkan simpati
Britain.
Pada tahun 1902: Tengku Abdul Kadir ditangkap.
Pada tahun 1906: Tujuh wilayah di selatan disusun semula menjadi empat wilayah:
Patani, Yala, Saiburi (Teluban) dan Narathiwat.
Pada tahun 1909: Britain mendesak Siam menandatangani Perjanjian Anglo-Siam.
Hasilnya, kuasa Siam ke atas Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis diserahkan
kepada Britain. Sebagai gantinya, Britain mengiktiraf kedaulatan Siam ke atas
negeri Melayu di utara Malaya.
Pada tahun 1922: Petani di wilayah Patani bersatu menentang kerajaan Siam.
Pada tahun 1932: Siam menjadi negara raja berperlembagaan. Setiap wilayah di
selatan dianggap hanya sebuah daerah Thailand dan diletakkan di bawah
penyeliaan Kementerian Dalam Negeri di Bangkok.
3: SIAM DI BAWAH SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN (1932-1948)
Siam mengasimilasikan orang Melayu yaitu menyerap orang Melayu dalam budaya
Buddha Siam melalui dasar mengajar sejarah dan bahasa Siam di sekolah.
Pada tahun 1938: pemerintahan tentera pimpinan Phibul Songkhram memaksa
asimilasi dengan cara :
a. Bahasa dan budaya Melayu ditindas.
b. Hukum perkahwinan dan faraid diketepikan.
c. Pakaian Melayu diharamkan dan pakaian Barat diwajibkan.
d. Penduduk Melayu dipaksa mempunyai nama Siam.
e. Mengunyah sirih diharamkan.

Category:

People & Blogs

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 7 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (112)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • Pattani mereka binasa.

  • ไม่เนียน

  • dulu bangsa kita gagah..empayar kita meluas hingga ke burma,thailand,laos, dan sebahagian indonesia....tp kerana kafir dan helahnya bangsa kita dulu tumpas...bangsa kita dan tamadun kita dulu seumur dan seusia tamadun mesir purba......

  • ko orag ni semua buta sejarah...ada yg nak belagak pandai...pemimpin kita sendiri pun x tau sejarah kita yg sebenar sbb telah di lupuskan oleh brittish kafir boneka illuminati yg menjajah kita beratus tahun...ape yg tinggal ialah bangsa yg kabur identiti dan sejarah nya.........

  • @thomas2678 Malaysia hak org Melayu/Bumiputra. Orang Asli sudah lama kalah perang budaya dan perang tamadun dgn Melayu dan di usir ke hutan, semua ini berlaku di zaman pra-sejarah. Kalau org Melayu mau, mereka boleh usir semua Orang asli dari Tanah Melayu waktu itu. Orang Asli tak pernah dirikan kerajaan dan tamadun Orang Asli di Tanah Melayu sbb mereka sudah kalah. Orang Melayu menguasai Malaysia spt orang Inggeris kuasai England. Melayu dan Inggeris menang budaya.

  • Sudah 100 tahun lebih siam menjajah wilayah Melayu di Selatan Thai, org melayu Pattani sudah sebati dgn cara pemerentahan dan birokrasi siam, mereka lebih senang dikenali sebagai KhonThai Muslim drp Khon Melayu. malah anak2 muda melayu Islam sudah tidak lagi boleh bertutur bahasa melayu, phud Melayu mai pen liew, dan arah hiburan dan idola selebriti mereka ada lah selebriti Thai. Jadi keno ingat pikir tu adik-kakok, lagu mano nok tukar bahaso kalu Tanni mencapai kemerdekaan dari Siam(Thai) tu?

  • Cara yg terbaik adalah dengan kembali ke ajaran Islam yg sebenar, dengan memberontak dengan Raja yg zalim, yg berada d dalam diri kita semua, ia itu, Syaitan, yg menghalang kita bersatu, maju dan berjaya melalui kemarahan, malas, dan lain lain. Kita harus tumpu atau superfocus balik pada Allah dan Rasul, dan lakukan segalanya kerana Allah, laku adil pada semua, barulah kita dapat bersatu seperti besi berani {magnet} yang setelah bersatu semua dipole dipole pada satu kiblat, barulah kuat. Amin.

  • The oppressed people anywhere in the world has the right to rise up against the oppresser. Freedom to live as independent people is the right of free people. Let them hold a referendum, like East Timor, and support their aspirations to be who they want to be. A free people.

  • @thomas2678

    siapa yang pertahankan Malaysia dari penjajah?siapa yang berkawal menjaga keamanan negara?????

  • @tapap1990 nampak sgt ko ni tak celik politik/sejarah sbb dok ungkit2 mcm2.ko tu yg pndatang kat sini sbb melayu asalnya dok seberang nuh.Parameswara pon pndatang kat smenanjung nih.Merong Mahawangsa dan PhraOng Mahawangsa la raja Kedah sebenar2nya.Apa bangsa dia?tgk nama pon tau dah.Smpai sekarang prkataan PhraOng masih wujud dlm bhasa siam.tp dlm bhasa melayu,apa maknanya?satu lg utk apa aku nak kluag dr bumi Kedah/Saiburi nih?ini tanah nenek moyang aku.PEACE.

Loading...
Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more