Belum Selesai Lagi Masalah Dalaman MCA

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
222 views
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Nov 11, 2009

KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Timbalan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata naib presiden parti itu Datuk Seri Liow Tiong Lai telah meminta beliau menyokong hasratnya untuk memegang jawatan tertinggi parti bulan lepas.

Pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di sini, Dr Chua meminta Liow tidak lagi menghantar isyarat mengelirukan dan sebaliknya berterus terang sama ada beliau inginkan jawatan presiden atau timbalan presiden MCA.

"Kalau anda mahukan jawatan timbalan presiden sekarang, beritahu saya dengan berterus terang mengenainya dan saya akan berundur. Saya akan beri jawatan itu kepada anda kalaulah tindakan ini boleh menjamin kestabilan dan perpaduan dalam parti.

"Saya bersedia melakukannya, tapi nyatakanlah pendirian anda dengan jelas, jangan sekejap begitu dan sekejap begini, jangan asyik ubah pendirian," katanya.

Dr Chua berkata selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 10 Okt lepas, Liow berjumpa beliau tiga kali dan bercakap melalui telefon sekali, bagi meminta beliau menyokongnya menjadi presiden.

Liow menyandang jawatan timbalan presiden untuk seketika selepas Dr Chua dipecat daripada parti itu pada Ogos berikutan pendedahan mengenai skandal video seksnya, sebelum jawatan itu dipulangkan kepada Dr Chua oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) minggu lepas.

Dr Chua juga membidas tindakan bekas penasihat undang-undang parti itu Datuk Leong Tang Chong, yang membuat kenyataan semalam bahawa jawatan timbalan presiden tidak dipulangkan kepada beliau, dan Dr Chua telah mengelirukan anggota jawatankuasa pusat (CC) pada mesyuaratnya.

Beliau berkata perkara itu tidak patut dipertikaikan kerana ia telah diberi penjelasan oleh ROS.

Semasa mesyuarat jawatankuasa itu pada 3 Nov, surat ROS tentang perkara itu telah dibaca kepada hadirin, dibahaskan dan dibuat pengundian, dengan 22 anggota CC menerima keputusan ROS, 12 menentang dan empat tidak mengundi, kata beliau.

Dr Chua juga mengumumkan bahawa parti itu akan mengadakan dialog Ahad ini yang melibatkan semua pengerusi, timbalan pengerusi dan setiausaha serta Ketua Pemuda dan Ketua Wanita MCA di semua bahagian parti.

Dialog selama tiga jam itu akan bertumpu pada persiapan yang perlu dibuat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, kedudukan EGM pada 28 Nov ini seperti yang diminta oleh 16 anggota CC, yang mendesak agar pemilihan baru parti diadakan dan cadangan membuka pemilihan presiden dan anggota CC kepada seluruh anggota parti, bukan kepada anggota perwakilan sahaja.

Dr Chua berkata beliau juga telah memaklumkan kepada presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat dan Liow tentang dialog itu.

-- BERNAMA

Category:

News & Politics

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 1 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (5)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • 丢我们海南人弟子的面子,做马华总没有权利乱砍人。把所有的华人­面子丢光了。

    以前是你用色情光碟把蔡细历拉倒,现在说是魏家祥是后幕人士,你­说你是不是一个很没有用的人?

    马来西亚,satu malaysia , 你做到吗?

  • Masih ingat slogan ini? 1 Malaysia ?? Tengok Ong Tee Keat , adakah Ong Tee Keat ada ikut?? Tidak! Ong hanya penting diri mana ada ikut ! Sekarang kalau saya adalah Najib , saya tentu pecat dia dan buangkan dia serta tidak bagi Ong Tee Keat apa - apa jawatan !! Itulah kalau saya adalah Najib... Memang memalukan orang Malaysia kalau bagi Ong Tee Keat teruskan lagi...

  • Tengok sekarang Dato' Seri Ong Tee Keat , walaupun Ong jadi Presiden Persatuan Cina Malaysia , tetapi sekarang dia sengaja guna kuasanya memecat orang lain yang tidak sehala dengannya... Tengok! Sekarang dia jadi apa , setiap hari surat khabar muka surat pertama boleh tengok... walaupun budak umur 5 tahun tengok pun tahu Dato' Seri Ong Tee Keat seorang yang teruk , pentingkan diri sendiri , dan hanya nak rebut kuasa and jawatan...

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more