Berkata al-Hafiz Ibnu Rejab rahimahullah dalam (فتح البارى):
Hadis di atas ini dalil yang menunjukkan tentang haramnya membina masjid di atas kubur orang-orang soleh dan meletak gambar di dalamnya sebagaimana yang dilakukan oleh Nasara. (Lihat: (تحذير الساجد) hlm. 17. al-Albani.)
Dari Anas radhiallahu anhu berkata: Sesungguhnya Nabi sallallahu alaihi wa-sallam melarang mendirikan solat di antara kubur-kubur. (H/R al-Bazzar. Menurut Imam Haitami bahawa para rawinya adalah perawi-perawi yang sahih. Lihat: Majmu az-Zawaid. Juz. 2. Hlm. 27.)
Bersabda Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam: Allah melaknat Yahudi dan Nasrani yang telah menjadikan kubur-kubur Nabi mereka sebagai masjid-masjid. (H/R Bukhari, 2/106. Muslim, 2/67. Ahmad, 6/80, 121, 255)
Dalam hadis sahih di atas, dengan jelas Allah Subhanahu wa-Taala melaknat Yahudi dan Nasrani kerana menjadikan kubur-kubur para Nabi mereka sebagai masjid. Dengan ini dapat difahami, jika orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadikan kubur Nabi sebagai masjid dilaknat, maka orang-orang Islam yang menjadikan kubur para nabi dan kubur orang-orang soleh mereka sebagai masjid dengan cara solat dan berdoa di kubur yang telah dijadikan tempat bersolat (sebagai masjid), maka cara beribadah seperti ini jelas mengikut sunnah Yahudi bukan mengikut sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam, tentunya sesiapa yang meniru sunnah Yahudi akan menerima laknat yang sama sebagaimana yang ditimpakan kepada Yahudi.
Melakukan perbuatan ibadah (seperti yang telah diterangkan di atas) di dalam masjid yang sudah jelas dilarang melakukan ibadah di dalamnya kerana tertanam sebuah atau beberapa buah kubur, maka melakukan perbuatan seumpama ini amat bertentangan dengan firman Allah:
Sesungguhnya masjid-masjid itu milik Allah, oleh kerana itu janganlah kamu sekutukan doa kamu kepada Allah dengan yang lain.
Telah bersabda Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam: Laknat Allah ke atas Yahudi dan Nasrani yang telah menjadikan kubur-kubur Nabi mereka sebagai masjid-masjid (tempat beribadah mereka). (Berkata Aisyah) mereka (ketua-ketua agama) menakut-nakutkan umatnya seperti apa yang mereka (Yahudi dan Nasrani) lakukan. (H/R Bukhari 1/112. Muslim 2/67. Ahmad 1/218, 6/34, 229 dan 275. Darimi 1/327. Baihaqi 4/80. Dan an-Nasaii.)
Telah bersabda Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam: Semoga Allah membinasakan Yahudi dan Nasrani yang telah menjadikan kubur para Nabi mereka sebagai masjid-masjid. (H/R Bukhari, 1/112,113. Muslim, 11/67. Ahmad, 11/283, 366, 453 dan 518. Abu Daud (3227) dan Baihaqi.)
AmyRok jgn Hairan. Yg penting anta pergi mengaji, cara guru2 yg berpegang pd alquran dan sunnah tanya mrk, insyallah hilanglah keraguan anta.
smilecheeseklik 2 years ago
Benarkah para sahabat nabi membenarkan kubur di dalam masjid?
Benarkah khulafa rashideen membenarkan kubur didalam masjid?
Benarkah terdapat ayat al quran dan hadist membenarkan kubur didalam masjid?
Benarkah ahli hadist dan ahli tafsir membenarkanya?
RTM1KL 2 years ago
Maqam Nabi SAW sendiri & 2 sahabt didlm Msj Madina begitu juga sebahgian sahabt, ahli keluarga nabi & iman2 besar ada di dlm berberapa Msjd di negri yg berasingn. Adakh umat Islam sedunia dari zamn sahabt, tabiin hinga salafus soleh tidak tahu akan larangan ini. Adakh semua ulama kufur kerna membiarknya. Atau semua sahabt & ulama daif tidak sepandai kaum salafi/wahabi ini. Hairan.
AmyRok 2 years ago
Bagaimanakah Maqam Nabi SAW, sahabat2 srta kebanyakn imam2 mazhab kuburan mereka didalam masjid. Tidakkah ini bersalahan dgn hujah kamu. Prkuburan Baqi' sendiri berdekatan Masjid Nabi. Ini brsalahan seperti yg disyarahkan. Adakah sahabat2 melakukn bidaah atau engkar pada ajaran nabi dgn membina Masjid pd kuburan Nabi SAW. Mengapakah para sahabt dan zaman salafus soleh tidak melarangnya. Apakah hujah kamu tentang perkara ini.
AmyRok 2 years ago