Fitnah Liwat Saiful: Berita Pagi Hari Ke-7 Perbicaraan

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
1,188
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Feb 9, 2010

KUALA LUMPUR, 9 Feb - Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis Selasa selepas menerima satu e-mel yang mengancam nyawanya dari seorang lelaki yang tidak dikenali.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Sentul pada pukul 12.25 tengah hari dengan diiringi bapanya, Azlan Mohd Lazim dan peguamnya Zamri Idrus.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Mohd Saiful berkata tujuan utamanya ialah bagi melindungi dirinya dari sebarang keburukan memandangkan ini merupakan kali pertama beliau menerima ancaman "bunuh".

"Saya mendapat ancaman bunuh tersebut dan ia adalah sangat serius. Saya membuat laporan ini untuk keselamatan saya," katanya.

Mohd Saiful berkata beliau menerima e-mel itu pukul 11 pagi semasa melayari internet melalui komputer ribanya semasa berada di mahkamah dari seorang yang tidak dikenali yang berbunyi -- "Kepada rakan-rakan sekalian...sape2 yg mengenali ataupun berjumpa dgn saiful bukhari azlan di mana2 saja, anda diwajibkan membunuh beliau dgn apa cara sekalipun demi keamanan manusia sejagat...".

Selain itu, Mohd Saiful berkata sejak dua hari lepas, seseorang telah meletakkan buah-buahan di luar rumah keluarganya d Bandar Utama, Damansara dan beliau percaya ia adalah satu bentuk amalan ilmu hitam.

Sementara itu, bapanya, Azlan Mohd Lazim berkata beliau menerima kira-kira 50 khidmat pesanan ringkas (SMS) setiap hari sejak tiga hari lepas bermula 29 Jan.

"Kebanyakan SMS itu bersifat provokasi dan menakut-nakutkan," katanya kepada pemberita.

-- BERNAMA

Category:

News & Politics

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 0 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (0)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more