Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

Sajak : Rindu Dengan Sangat

Loading...

Sign in or sign up now!
26,176
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Apr 2, 2007

Sajak sempena Majlis Maulidul Rasul 1428H
Karya/deklamasi: Sarah Mohd Shukor
Tajuk: Rindu dengan sangat

http://sarahmohdshukor.blogspot.com/2007/04/blog-post.html

Dalam subuh Rabiul Awal yang suram
Jazirah Arab yang sunyi, diam
Gempita tiba melawat sekelian alam
Gembira menyambut tibanya penyampai kalam
Lantas sumur api Kisra Parsi turut padam
Hening, tenang
Kerana lahirnya
Rasul agung si yatim yang malang

Lahirnya dijanjikan
Munculnya dinantikan
Teruja si pendita mendengar khabaran
Terbitlah sudah matahari buat zaman
Buat menjadi pedoman tauladan
Buat umat yang bergelar insan

Hemah budi menjadi pujian murni
Bening mata memandang penuh rasa cinta di hati
Bijak tindaknya bagai seorang rahib
Kias sempurna anugerah dari ilahi
Tak kusut dek umpan dunia
Tak hanyut dek laguan wanita
Tak lurut dek ugutan Quraisy durjana
Sungguh demi Tuhan!
Dia buta huruf!
Dia ummi!
Dia ummi!

Junjungan mulia itu
Bukan sebarang insan
Junjungan mulia itu
Bukan orang buangan
Junjungan mulia itu
Seorang calon pilihan

Juangnya tiada tara
Takutnya di hati bukan pada manusia
Bertahun tohmah mehnah iringi
Uliti jalan yang dipilih, terpilih
Kau Al-Amin
Si ummi pilihan tujuh langit
Bergema Arasy berselawat padamu
Tatkalau Si Jahal dan Lahab mengherdik menyiat hatimu

Kini sepi dunia tanpamu bersama
Kosong. Lengang. Sunyi
Bagai kau pergi tanpa tanda
Salahkah dirimu tersurat telah pergi?
Salahkah diriku abaikan wasiat buat ummati?
Atau salahkah mereka memuja melodi dunia kini?

Ya Nabi Allah!
Aku bukan Ali yang wajahnya dimuliakan Allah
Aku bukan Al-Farisi yang gagah berjihad di medan Yarmuk
Aku bukan juga Aishah yang bisa mengalun syair pembakar semangat muslimin
Aku tidak juga setanding Rabiatul Adawiah
Pencinta sejati, Ar-Rahman dan engkaulah kekasih hati
Aku bukan mereka
Aku bukan di sana

Aku budak kecil yang besar rindu padamu
Aku orang besar yang kerdil jahil di sisimu
Aku hamba dunia yang paling hodoh menanti syafaatmu
Aku wanita tua yang tercari-cari suaramu
Aku lelaki berkusta, jijik di mata manusia
Tapi aku tahu kau menantiku di sana

Ya Rasulullah
Rinduku sepenuh dada
Rinduku tak terucap dengan kata
Rinduku tak tertulis dengan pena
Rinduku sakit tak tertanggung dek jiwa
Rindu, Ya Allah
Rindu kekasihmu, Al-Malik
Rindu cintamu, Al-Salam

Ya Allah
Aku rindu dengan sangat
Aku rindu dengan hebat
Kekasihmu pemberi syafaat
Cinta yang ku damba kelak di akhirat

Rindu aku tak terucapkan
Sayang aku tak tergambarkan

Category:

People & Blogs

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 3 dislikes

Link to this comment:

Share to:

Uploader Comments (sarahshukor)

  • saye guna sajak ni buat lagu.sory..

  • Oh yeke? Nanti upload ye. Boleh saya dengar sekali. Ni 1st time ada orang lagukan sajak saya.

  • saye ade soalan..kenape letak tajuk rindu dengan sangat?

  • Sebab nak memaksudkan rindu yang terlampau dalam buat Rasulullah kerana Baginda tiada lagi di bersama kita. Sajak ni ditulis sempena Maulidul Rasul 2 tahun sudah.

  • hurmm..takpe..

    saya suka penggunaan kata dalam sajak ini..

    ada 'zouk'.. hehe ;)

  • terima kasih.

see all

All Comments (20)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • saya masih tak dapat nak masukkan melodi lagi...

  • malay language...

  • ALLAHUAKBAR.....

  • i dednt understand a word

    which language is this?

  • KS..boleh tak saya nak letak sajak ni kat blog? :)

  • KS..bolah tak saya nak letak sajak ni kat blog? hehe :)

  • actually..lagu tu tak masuk lagi lirik sajak saudari yang dah fix..melody dah ade..tajuk tak dapat yg sesuai lagi..

Loading...
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more