Tuanku Nur Zahirah sempurnakan penutupan FFKL 2010

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
5,019
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Nov 26, 2010

Permaisuri Agong hadir festival fesyen KL 2010

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, mencemar duli ke majlis penutup Festival Fesyen Kuala Lumpur (FFKL) 2010, acara anjuran Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), di Laman Wau, Kompleks Kraf, Jalan Conlay, di sini, malam tadi.

Malam penutup FFKL penuh warna-warni itu turut dihadiri, Pengerusi New Straits Times Press Berhad (NSTP), Tan Sri Jawhar Hassan, isteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datin Seri Masnah Rais dan Timbalan Pengarang Kumpulan BHSB, Mahfar Ali.

Hadir sama, Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa NTV7, 8TV, TV9 dan Rangkaian Radio Kumpulan Media Prima, Datuk Manja Ismail dan Pengerusi Kraftangan Malaysia, Datuk Zakiah Ahmad.

Mahfar berkata, FFKL bermula pada Selasa lalu bertujuan memartabatkan fabrik warisan negara, songket ke persada fesyen antarabangsa selain menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab fesyen peringkat global.

Katanya, sebagai penganjur, BHSB berharap FFKL dapat meningkatkan pemakaian kain tenun yang menjadi warisan tradisi kita bukan saja di negara ini tetapi di persada antarabangsa serta meningkatkan warisan dan budaya bangsa,

"Dengan penganjuran FFKL, kita juga berharap tenun dan songket menjadi identiti unik dalam bidang fesyen tanah air, sekali gus membantu meningkatkan permintaan untuk tekstil tempatan.

"Kelainan berbanding tahun lalu, FFKL 2010 mengetengahkan 10 pereka muda, yang berentap bagi merebut Anugerah Pesona Tenun Berita Harian (APTBH) 2010, yang julung kali diadakan," katanya.
Antara pereka tersohor yang menampilkan rekaan hebat masing-masing ialah Albert King, Edric Ong, Faizal Hamid, Salikin Sidek dan Radzuan Radziwil.

Acara tahunan Unit Wanita Berita Harian itu mendapat penajaan Hajaba sebagai penaja utama bernilai RM250,000 manakala Jakel (RM150,000). FFKL 2010 diperhebatkan dengan kerjasama AirAsia dan majalah Jelita sebagai rakan media.

www.bharian.com.my

Category:

People & Blogs

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 0 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (0)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more