SELAMAT PULANG WIRAKU
(didedikasikan khas buat Anwar Ibrahim)
Sekali lagi matari September menjadi saksi
bahawa maha kezaliman selama merantai
penuh dongeng tuduh fitnah
kini kalah dan kerdil berdepan hakikat kebenaran
yang lama sabar menanti.
walau kelmarin dilontar seribu keji dayus
walau kelmarin dicabar seribu helah rakus
namun wiraku terus kekal terbukti dan terbilang
(simbol kebangkitan harapan satu dalam seribu).
Selamat Pulang Wiraku
kami semua sudah sedia untuk bersamamu
membawa gelombang senantiasa subur
tak lumpuh pudar atau lenyap padam.
Selamat Pulang Wiraku
datanglah dugaan, datanglah cabaran
sumpah kami adalah setia berkorban dan sedia berjuang
(kini lebih teguh, kini lebih gagah).
kerana betapa kami hayati pesanan keramat itu
masih bergema segar nadi juang dan nada amanahmu
"kalau takut dengan risiko
jangan bicara soal perjuangan."
Selamat Pulang Wiraku
teruslah pimpin kami berjuang!
ROZAN AZEN MAT RASIP
Bukit Damansara - Ampang - Gombak
2 September 2004 - 23 April 2005
apsalah nyer ngan wahabi, hadam dulu aliran pemikiran islam baru komen, sila baca aliran pemikiran islam oleh ust. hadi awang
rashidyusoff 3 years ago
HIdup REFORMASI
layumno 4 years ago
TAKBIR!!! (^_^)
epemudapas 4 years ago