1 Ogos 2009. Tempat: Belakang Royal Selangor Club (Jalan Raja). Setelah berarak dari Jalan Kinabalu, menaiki flyover dan memasuki Jalan Kuching, Perarakan telah disekat oleh FRU. Mereka dipaksa berpatah balik ke arah Masjid Negara. Perserta-perserta Anti-ISA mengubuh arah ke Jalan Raja (ke-bawah jejambat) menuju ke Bulatan Bank Negara. Terdapat sekumpulan angota polis (lebih kurang 25 org) berusaha utk menyekat kemaraan perserta2 tersebut. Malangnya tidak berdaya, dirempuh arus tsunami rakyat. Wah, wah wah berani sungguh rakyat kito. I salute lah kat kamu semua. Tahniah dan Syabas Unit Amal PAS.
Sejurus kemudian, muncul sebuah perisai meriam air di pangkal Jalan Raja, bersiap sedia untuk pancut kearah orang ramai. Pada masa ini Juru kamera kena membuat keputusan untuk cabut lali atau rakam. Keputusan akhir ialah RAKAM. Aiya terkenalah juga buat pertama kali air yang dikatakan dicampur bahan kimia yang dashyat itu. Muka, telinga, bahu, hidung dan mata pedih membakar. Aduh, cabut lali lah, apa tunggu lagi. Berteduh dibawah jejambat dekat bulatan, cuci muka dgn air, makan sdk garam dan pernafasan sukar, hidung berhingus and kahak di kerongkong. Itulah yang dialami oleh mereka yang terkena air pancutan itu. Orang ramai lali berketempiaran. Maaf tidak dapat merakam babak tersebut kerana Juru kamera pun tengah nak recover.
Saksikan babak seterusnya dalam bahagian 5 of 8.
Kesimpulan: Apa yang saudara/saudari tonton tadi tidak akan berlaku jika pihak polis membenarkan perarakan aman ini menuju ke istana untuk meyampaikan memorandum kepada DYMM Agong, dan keseluruhan acara ini akan berakhir dalam masa1 jam atau 11/2jam, Insyallah.
Untuk mengetahui rekod siaran langsung acara ini, sila layari blog berikut:-
https://papillon-liberte.blogspot.com
Untuk video dan lapuran yang berkenaan layari:-
https://dawningeyes.blogspot.com
https://beyond51.blogspot.com
AKU ADA SKALI.!!
jabir340 2 years ago 3
tersungkuqnya anjin2 Ameno di tangan kita...Allahuakbar!!!
raeast17 2 years ago 3