Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

Penubuhan Malaysia Merugikan Borneo (HD) Created by Naspazi

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
997 views
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Nov 29, 2011

BADAI-BADAI SIAL MELAYU UMNO
Oleh Naspazi | Tuesday | 25 October | 2011
http://naspazi.multiply.com/journal/item/537

Paradigma terbuka kepada warga seborneo,

Sesungguhnya, pembentukan Konfederasi Malaysia pada 16 September 1963, tentunya demi kedaulatan dan kesentosaan warga yang terlibat (Sabah, Sarawak dan Malaya). Namun begitu, pada hakikatnya adalah sebaliknya. Lantaran itu, yang ternampak berdaulat dan sentosa dalam Konfederasi Malaysia hanyalah melayu UMNO.

Manakala, Sabah dan Sarawak hanya sekadar menjadi boneka, barua dan kuda tunggangan melayu UMNO sebagai warga arrogant (sombong lagi bongkak) yang sentiasa menganggap dirinya super yang boleh memperbodoh Sabah dan Sarawak, sehingga perjanjian yang membentuk Konfederasi Malaysia dilanggar dan dicabul sesuka hati.

Untuk itu, salah satu watak utama yang jelas kelihatan menyerlah dalam diri dan minda melayu UMNO adalah sifat menggertak dan serakah, berbohong dan memfitnah, memutar dan memusing aspirasi murni Konfederasi Malaysia bagi mewajarkan standard Sabah dan Sarawak dijatuhkan sebagai negeri dengan mengadaptasikan identiti Persekutuan Malaya 1957 menjadi identiti Konfederasi Malaysia 1963. Yang demikian, kebangkitan rakyat Sabah dan Sarawak menjadi kewajaran bagi menuntut keadilan dan kedaulatan bersama dalam konteks negara Konfederasi Malaysia.

Justeru, cabaran terbesar warga Malaysia Timur adalah membina pasukan pemimpin standard negarawan antarabangsa untuk memimpin rakyat mencabut akar kezaliman, pengkhianatan dan seterusnya menggulingkan regim durjana melayu UMNO di Sabah, hatta seantero Konfederasi Malaysia, disamping mendirikan pemerintahan autonomi wilayah Borneo.

Salah satu formula utama yang dapat dibayangkan, yang boleh membantu kedaulatan autonomi wilayah Malaysia Timur adalah visi bangsa Borneo bermasyarakat dan bernegara dengan kemampuan pemimpin yang dinamik dan komprehensif dalam memahami watak keparat melayu UMNO dulu, kini dan selamanya sebagai badai sial yang telah menghancurkan perjanjian pembentukan Konfederasi Malaysia.

Mengapa warga Malaysia Timur amat memerlukan pemimpin yang dinamik dan komprehensif? Jawapannya adalah bagi memungkinkan warga Malaysia Timur mampu dibawa mendepani cabaran kearifan sebagai pemimpin dengan rasa tanggungjawab mengemudi rakyat Borneo ke mercu kedamaian dan kesentosaan dalam bermasyarakat dan bernegara yang berdaulat dan merdeka dengan kewaspadaan tinggi untuk mencapai puncak kebahagiaan, kesempurnaan dan kehidupan yang lebih baik, sebagaimana warga Brunei dan Singapura.

Tegasnya, Malaysia Timur tidak memerlukan sejenis pemimpin yang hanya bernafsu besar untuk menjadi pemimpin, tetapi tidak mampu berfikir besar sebagai negarawan atau wibawa sebagai 'Internationally minded'.

Sabah adalah sebuah negara; sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Justeru, hendaknya kedaulatan Sabah sebagai sebuah negara yang merdeka dihormati dalam konteks keadilan atau keseimbangan bermasyarakat dan bernegara dalam Konfederasi Malaysia.

Jika tidak, nescaya 'Declaration of North Borneo Independence' pada 31 Ogos 1963 bagaikan mimpi agung yang kosong seorang hamba abdi yang begitu merindui kebebasan di ambang nazak menanti ajal.

PRIBUMI SABAH BIAR ADA HARGA DIRI
UMNO SARJANA AGUNG DALAM MENIPU
REMPUH MELAYU UMNO SAMPAI JATUH
- Naspazi

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (5)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • sabah sarawak patut keluar malaysia..kita mempunyai hasil bumi yg banyak seperti minyak,kayu balak dll tetapi kita merupakan antara negeri yg termiskin..kenapa?? marilah kita bersama-sama bangkit perjuangkan hak kita...kita dtipu dengan pertolongan yang tdk ikhlas oleh mereka selama ini..sebab apa yg mereka inginkan dari kita ialah kekayaan bumi kita..sedarlah wahai rakyat SS,kita masih dijajah.. kita mampu menjadi negara bebas dan maju jika kita bersatu! BORNEO UNTUK BORNEO!!!

  • best ni second lagu..ble wat full version kasi jadi lagu pembakar semangat warga sabah

  • Good Job.. Lets all borneons Wake Up

  • Sila taip "Asal-usul Bendera Malaysia" di Youtube dan anda akan dapat mengetahui dimanakah Malaysia mendapat benderanya itu.

  • Tahniah saya ucapkan kepada saudara kerana telah menghasil satu video ringkas untuk menyampaikan mesej BN-UMNO MESTI DIUSIR DARI SABAH. Tetapi, maklumat yang saudara berikan terdapat kekurangan. Saudara tidak masukkan Donald Stephen, Ketua Menteri Pertama dan Bendera Malaysia sebenarnya adalah berasal daripada Britain. Sila klik link ini untuk mendapatk info sebenar. Walau apapun, Tahniah sekali lagi saya ucapkan buat saudara. BANGKIT SABAH!

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more