Dua aliran pengajian Hadis di benua India, iaitu aliran Deobandi dan aliran Ahlul Hadith. Aliran Deobandi bermazhab Hanafi manakala aliran Ahlul Hadith tidak terikat dengan mazhab.
Berdasarkan silsilah sanad pengajian mereka, mahaguru bagi aliran Deobandi ialah Maulana Shah Abdul Ghani. Manakala mahaguru bagi aliran Ahlul Hadith ialah Maulana Nazir Husain. Dua tokoh ini merupakan anak murid Shah Ishaq. Dan beliau pula merupakan murid kepada Shah Abdul Aziz yang berguru dengan ayahnya Shah Waliullah.
Dua aliran ini melahirkan sekian ramai tokoh besar ulama Islam terutamanya dalam bidang hadis. Dari tokoh-tokoh ini pula cukup banyak karya besar yang bermutu tinggi dihasilkan. Antara karya tulis yang dihasilkan dari aliran Ahlul Hadith ialah: Aunul Ma'bud syarah Sunan Abi Daud dan Tuhfatul Ahwazi Syarah Sunan al-Tirmizi. Manakala dari aliran Deobandi: Bazlul Majhud Syarah Sunan Abi Daud dan Arfus Syazi syarah Sunan al-Tirmizi.
Link to this comment:
All Comments (0)