Bicara sufi : Imam Syafie mengharamkan tarikat sufi [4/5]

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
27,593
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on May 14, 2009

Asal Kemunculan & Kemasukan
Tarikat Sufi/Tasawuf Ke Dalam Islam Menurut kajian dan penyelidikan Dr Qassim Ganny, yang tercatit di dalam bukunya "Tarikh at Tasawuf fil Islam": Ada beberapa faktor dan fakta-takta positif dari para ahli sejarah, yang membuktikan asal-usul kemasukan ideologi tarikat sufi/tasawuf ini ke dalam pemikiran Islam, akidahnya dan amalan masyarakatnya. Antara faktor-faktor tersebut ialah:

1.Pertama: Beberapa kalangan pengkaji tarikat menegaskan bahawa sufi atau tasawuf bukanlah dari syariat Islam, tetapi ia telah diresapkan ke dalam ajaran Islam oleh musuh-musuh Islam terutama di dalam bab akidahnya pada zaman di mana Agama Islam telah meluas dan orang-orang Islam telah berjaya membuka (menawan) Negara Rom dan Iran (Parsi).

2.Kedua: Terdapat banyak persamaan dikebanyakan doktrin dalam ideologi tarikat sufi/tasawuf dengan doktrin kepercayaan mistik agama Hindu-Buddha. Ini menguatkan lagi bukti bahawa tarikat sufi/tasawuf berasal dari Agama Majusi. Ia menyusup masuk ke dalam Islam dari pengaruh beberapa Agama Majusi atau Mistik Majusi tersebut terutamanya setelah ramai penganut dan para pendita Agama Hindu dan Buddha memeluk agama Islam.
3.Ketiga: Sebilangan para pengkaji berpendapat, sufi (tarikat tasawuf) tumbuh dari kesan pemikiran (fikrah) falsafah, tidak terkecuali falsafah Neoplatonisme. Dalil-dalil untuk membuktikan sahihnya pendapat yang sedemikian adalah dengan adanya persamaan antara teori falsafah tarikat ini dengan teori falsafah dari Barat. Ditambah pula dengan pembuktian sejarah bahawa falsafah Greek (Yunani) sudah meluas di Asia Barat sesudah dan sebelum kedatangan Islam.

4.Keempat: Sebahagian pengkaji menegaskan, bahawa sufi (tasawuf) diambil (terpengaruh) dari ajaran Masihi, Yahudi dan pendita-pendita (dari kedua agama tersebut) yang membawa masuk seterusnya menghidupkan ideologi tersebut di dalam ajaran Islam setelah mereka memeluk agama Islam, sama ada dengan kesedaran (keikhlasan) atau secara nifak yang bertujuan jahat.

5.Kelima: Sebahagian besar ahli sejarah pula menyatakan bahawa sufi (tasawuf) pada kenyataannya, diambil dan terpengaruh dari teori falsafah orang-orang kafir, terutama dari Agama Hindu-Buddha yang tujuan asalnya menggunakan falsafah tersebut untuk menentang kaum filosof yang menyerang Islam melalui falsafah.

6.Keenam: Tarikat sufi (tasawuf) dan segala tarikat kebatinan yang terdapat dalam kepercayaan masyarakat Islam yang telah menjadi amalan dan pegangan mereka, pada asalnya adalah ciptaan yang dipelopori oleh Yahudi dan diresapkan ke dalam akidah Islamiyah. Gerakan ini diketuai oleh seorang pendita Yahudi, iaitu Abdullah bin Saba (berasal dari Yaman). Gerakan konspirasi jahat ini diprogramkan semata-mata untuk merosakkan akidah, ibadah, memecah-belah perpaduan Islam, mengkucar-kacirkan barisan ummah serta untuk melemahkan kekuatan dan keutuhan Daulah Islamiyah.

Menurut Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah:

"Unsur-unsur agama asing (agama-agama kafir/jahiliyah pent.) telah meresap dan mempengaruhi ajaran (ilmu) Islam dipermulaan tahun kedua dalam pemerintahan 'Abbasiyah. Ditambah pula adanya dorongan dan usaha-usaha yang gigih melalui kegiatan penterjemahan buku-buku Parsi, Rom, Yunani dan Hindu/Budha ke dalam Bahasa Arab. Keadaan ini telah memberi sumbangan yang besar kepada kemasukan ideologi sufi/tasawuf ini ke dalam saf (barisan) masyarakat Islam sehingga (sufi/tasawuf) tersebar luas dan akhirnya terus tidak dapat dibendung lagi". Menurut Ibnu Nadim rahimahullah:

"Berpunca dari kegiatan penterjemahan berbagai-bagai buku falsafah Ajnabi (bangsa dan bahasa asing) ke dalam Bahasa Arab, timbullah tiga aliran pemikiran dalam masyarakat Islam":

(1). Aliran yang mendewa-dewakan teori pemikiran falsafah metafizika.
(2). Aliran/penganut firqah (pemuja) ilmu kalam (falsafah/mantik/logika).
(3). Aliran tarikat tasawuf (sufi), atau aliran kebatinan (yang dipengaruhi juga oleh kedua-dua aliran di atas iaitu metafizika dan mantik - pent.).

Kegiatan Khalifah al-Makmon (218H) yang telah menggalakkan para penulis Islam menterjemahkan berbagai-bagai kitab falsafah, terutamanya dari Bahasa Greek (Yunan), Parsi dan Mesir (Qibty) ke dalam Bahasa Arab telah menjadi punca dan penyumbang utama kemasukan pengaruh falsafah sufisma (tasawuf) jahiliyah ke dalam pemikiran, doktrin, ibadah dan akidah Islamiyah.

Category:

Education

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 11 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (49)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • orang yang banyak bicara itu hakikatnya adalah orang bodoh itu sendiri.....

    aku tidak menyalahkan atau membenarkan tentang pendapat si mas nya ini... cuma setiidaknya.. setiap membaca itu di tuntaskan...lihat dulu sumbernya...engkau mencela aliran lain.. di Islam emang ada pencelaan hehe.... lebih baik kamu perbaiki perilakumu dulu mas.,.. di tata hatimu... sudahkan setiap detik,tiap hembusan nafasmu itu ada Alloh...setidaknya kalo kamu berpendapat akhirnya akan menjadi pembelajran bkn pnyesatan

  • SEMOGA ALLAH MEMBERI PETUNJUK DAN HIDAYAH PADA ORANG NI......KESIAN SANGAT2....DAH LAH CETEK ILMU...SOMBONG LAGI TU.

  • manusia yg beriman pd allah dan pengikut nabi muhammad tidak pandai menghina sesama muslim tapi menasihat sesama muslim selagi kita tahu rukun iman dan rukun islam dan tak menyelewengkan akidah jgn kita tuduh sesama muslim

  • rujukan dia pon daripada -- Syaikhul Islam Ahmad bin Abdil Halim bin Taimiyah. ulama yang menentang Imam Al-Ghazali tentang tasawuf..

  • agen yahudi dan nasrani yg merupai ulamak....... mereka takut jika orang islam bertarekat kerana itu akan membuatkan orang islam tu menjadi "kuat" zahir dan batin..... kita lihat tok janggut, hj abdul rahman limbung dan ramai lagi sebagai penentang penjajah dahulu.... mereka berilmu kerana berterekat dan bertasawuf sehingga penjajah takut dan gerun kepada mereka.....

  • syaitan yang nyata

  • Allah Maha Mengetahui, semoga fahaman nya tidak menyesatkan org lain. Astagfirullah...

  • @okbweh

    sabo jelah ustaz rasul ni..

    "faqihan wa sufiyyan fa kun laysa wahidan, fa inni wa haqqillahi iyyaka ansahu"

    (Jadilah seorang) fiqh dan sufi, dan bukanlah jadi salah satunya,

    Sungguh dengan haq Allah, aku menasihatimu.

    [al-Shafi`e, Diwan, (Beirut and Damascus: Dar al-fikr) ms 47]

    kalutlah..

  • @TheAkula999 stuju 200%...tapi lembu ok gak tak nyesat org lain... dia ni buat keje iblis myesatkan org lain

  • @Andyzoendra84 tak perlu ngaji doh ...dia kan rasol hahaha rasol dahri.....bakap setan laaa tu mmg keje dia nak nyesatkan org

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more