MUAR, 28 Jan -- Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberi penjelasan tentang komitmennya untuk mempertahankan Israel ketika ditemuramah oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ).
Timbalan Perdana Menteri bertanyakan sama ada kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bermakna beliau (Anwar) mementingkan Israel dan menidakkan hak rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi itu.
"Adakah dia (Anwar) lebih mengutamakan Yahudi dan Israel daripada Palestin? Adakah ini pendirian sebenar Pakatan Rakyat, sedangkan kerajaan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel," katanya selepas mengunjungi Kampung Kebun Baru, Jementah hari ini.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata masyarakat Palestin ketika ini dianggap sebagai rakyat terbuang, tanpa mempunyai tempat tinggal dan pada masa sama berhadapan dengan kezaliman tentera Israel.
Muhyiddin ditanya tentang kenyataan pemimpin pembangkang itu ketika ditemuramah oleh WSJ semalam, di mana Anwar secara terbuka menyatakan ia akan mempertahankan keselamatan Israel.
"Barisan Nasional berasa amat kecewa (dengan kenyataan Anwar itu)," katanya.
Kerajaan, kata beliau, turut berasa amat kecewa dengan proses damai Israel dan Palestin yang telah berlangsung lama tetapi sehingga kini gagal mencapai objektifnya untuk mewujudkan perdamaian di antara kedua-dua pihak.
Muhyiddin turut ditanya tentang pemberian RM500 menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan berharap mereka yang masih belum menerima bantuan terbabit supaya dapat bersabar.
"Kerajaan berharap dapat menyelesaikan pembayaran itu secepat mungkin," katanya.
Beliau berkata mereka yang ditolak permohonan untuk mendapatkan BR1M juga masih berpeluang menerimanya dan boleh merayu kepada agensi-agensi kerajaan yang mengendalikan pemberian bantuan itu.
Lagi http://umno-online.com/?p=54125
@BangkitlahMelayu
alah kau, tak habis2 nak fikir pasal bangsa melayu kita ni, try fikir bangsa malaysia lak boleh tk? Okay ? XD
muhammadhadi88 3 days ago
@muhammadhadi88 Tidak boleh. Sebagaimana kaum melayu tidak diberi hak di negara lain (tak usahlah cari jauh2, lihatlah saja di seberang tambak), kami sepatutnya tidak patut beri hak kepada bangsa lain di malaysia. Tengoklah nanti kalau bangsa lain diberi hak, diberi lutut nak peha, lama2 bangsa melayu sendiri yang terpinggir DI TANAH SENDIRI.
BangkitlahMelayu 5 days ago
saya setuju...
mamaezzie0708 2 weeks ago
@BangkitlahMelayu Alah kau, selfish gila nak mampos. Takkan kaum lain tk diberi hak yang sama lak. aku melayu, aku malaysian sama seperti kaum2 lain. aku support Anwar
muhammadhadi88 2 weeks ago
Anwar akan menjual tanah melayu pada cina tanpa ragu2 kalau dia berkuasa. Janganlah terpedaya dengan tipu helah anwar wahai bangsaku. Ingatlah, lihatlah bagaimana keadaan kehidupan bangsa kita di seberang tambak tu.
BangkitlahMelayu 3 weeks ago