Uploaded by roslayraffie on Nov 2, 2011
Ahli Parlimen PKR Batu Tian Chua ibarat menjolok sarang tebuan kerana bukan sahaja usul pembangkang supaya memotong sebulan gaji perdana Menteri sebanyak RM22,826.65 sebagai syarat meluluskan Bajet 2012 ditolak sebaliknya beliau dikecam hebat ahli parlimen BN ketika perbahasan usul itu.
Malah ahli parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali turut 'balun' Tian Chua dan menyindir DAP yang mengaitkan Perkasa dalam usul memotong gaji Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikemukakan dan diterima speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk dibahaskan di Dewan Rakyat, pada Rabu.
Beberapa ahli parlimen yang membahaskan serta mencelah usul itu menyifatkan usul itu hanya mainan politik pembangkang yang semakin bimbang dengan populariti Perdana Menteri selain di spin sebagai modal menmjelang PRU ke 13.
Ahli parlimen BN Tangga Batu Datuk Idris Haron mempertikai kredibiliti Tian Chua yang pernah sabit kes gigit telinga anggota polis membawa usul berkenaan.
"Kenapa orang yang salah pun kita benarkan bawa usul," katanya yang disokong Ahli Parlimen BN Kinabatangan Datuk Bung Raden Mokhtar yang bangun mencelah.
Bung hairan mengapa Tian Chua yang disifatkannya tiada adap dalam soal undang-undang dengan mengigit telinga polis bawa usul dan diterima pihak Dewan.
"Saya punya usul, adalah minta Batu (Tian Chua) masuk penjara," katanya.
Kritikan Bung mendapat teguran Pandikar dan memberitahu perkara itu tidak kena mengena dengan usul asal dikemukakan Tian Chua.
Ketika itu ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samid juga bangun untuk mencelah tetapi speaker menasihatkan beliau duduk atau diarah keluar Dewan memandangkan perbahasan itu semakin panas.
Idris yang meneruskan hujah berkata, pembangkang membawa usul ini sebab percaya kejayaan yang dicapai Perdana Menteri dan khuatir populariti Najib hingga memaksa pembangkang terpaksa buat usul bagi alih perhatian rakyat.
"Ini sentimen politik dan berniat buruk untuk jatuhkan Perdana Menteri," katanya.
Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Mohamed Aziz yang mencelah juga anggap usul itu paling jahat pernah dikemukakan di Dewan Rakyat oleh orang yang tidak tahu berterima kasih dan berselindung disebalik kekebalan ahli parlimen.
Idirs juga menyindir pembangkang terutama PKR yang tiada kredibiliti apabila ahli parlimen mereka keluar parti dan ramai pemimpin letak jawatan.
Ahli Parlimen Jempol Datuk Lilah Yassin memanaskan perbahasan apabila bangun mendakwa pembangkang sengaja buat fitnah dengan memburukkan negara termasuk mengatakan Johor tidak selamat untuk pelabur.
Terdahulu katanya, Perdana Menteri mendapat kepercayaan bukan sahaja dari rakyat tetapi pelabur luar dengan bukti jumlah pelaburan asing di negara ini semakin meningkat.
Malah sindir Lilah, pembangkang tidak suka Perdana Menteri bawa isteri dan keluarga keluar negara sebaliknya suka pada 'pemimpin yang tidur dengan pelacur'.
Ibrahim yang turut membahaskan usul terus menempelak pembangkang kerana kemukakan usul yang sah berniat jahat apabila turut mengaitkan kes pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes mendiang Teogn Beng Hock.
Katanya, kes itu sudah selesai malah Suruhajaya Siasatan Diraja sudah mendengar kes itu.
"Ini benar-benar jahat," kata Ibrahim yang turut menyerang DAP kerana mengaitkan Perkasa dalam usul memotong gaji Perdana Menterki itu.
Ibrahim turut membangkitkan isu lelaki yang melanggan pelacur China yang mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti didedahkan Trio Datuk T.
Menurut Ibrahim, mereka yang dedahkan video itu sudah dihukum tetapi pelakon dalam video yang mengadakan seks dengan pelacur tidak didakwa.
"Kita minta siasat siapa pelakon dalam video yang mirip ketua pembangkang itu," katanya.
Beliau turut menghentam Tian Chua yang disifatkan bernasib baik kekal sebagai wakil rakyat walaupun sudah didenda RM2,000 kerana bersalah gigit telinga anggota polis.
Katanya, ahli parlimen Batu itu kekal kerana ihsan Spekar dan ahli-ahli parlimen BN.
Tian Chua kemudian bangun mengatakan usulnya tiada kena mengena kes gigit telinga.
Dijawab Ibrahim, siapa makan cili dia rasa pedas.
"Ini semua spin pembangkang sebab takut PRU ke 13 sebab Bajet 2012 Perdana Menteri telah 'tutup' buku Jingga pembangkang.
Usul itu kemudian ditolak dengan suara majoriti.
Nyata peluru Tian Chua untuk menjatuhkan imej Najib dengan usul memotong gaji itu menyebabkan ramai ahli parlimen pembangkang merah telinga kerana peluru Tian Chua makan tuan apabila mereka dikerjakan ahli parlimen BN dan Bebas.-2/11/2011
-
0 likes, 0 dislikes
2:10
Saya Makin Benci Kerajaan BN - A.Samad Said.by klposdotcom82,719 views
6:01
20111102 Nallakaruppan akan serang Anwar jika diserangby minaqjinggo131,002 views
1:43
Mana Perginya Duet FELCRA-Datuk Tajuddin Abdul Rahman.by umnohq225 views
5:45
MP BN jer berani tengking Speaker ..by jiwokelate20092,978 views
0:38
Anwar Ibrahim & Video Seks China Dollby drnovandri1,477 views
7:41
[PANAS] Respon Perdana Menteri - Isu Royalti Minyak Kelantan di Parlimen [SIRI 1]by BeritaSemasa00123,478 views
9:57
Ucapan Anwar Ibrahim Di Parlimen Berkenaan Skandal APCO 30 Mac 2010 -1by imsharpshooter16,233 views
14:07
UFB - Persediaan Menyambut Cahaya Mata - 27/02/2011 - 1/5by ufbchannel1,129 views
4:16
27112011 - Anwar - Lagi Menang Lagi Banyak Halanganby TVSelangor093,927 views
12:14
Bila Najib Jadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysiaby PemudaSulong10,238 views
4:16
Kalau Pakatan Rakyat Menang Harga Minyak Akan Turun - Anwar Ibrahim 1/2/2012by klposdotcom1,358 views
3:49
BUDGET 2012 : Anwar Kantoiby MrBroJinggo28,691 views
12:16
Anwar Ibrahim Verdict part 1by hiruleze843,526 views
16:34
PKR: PM and Agro minister lied on NFCby malaysiakini4,897 views
6:23
9 November 2011 Usul 36 12 MP DAP Serdangby MPPAS2010774 views
20:43
20 Oktober 2011 - Part 1 - KEJAHILAN Murakkab Seorang Ahli Parlimen Bebasby MPPAS20101,347 views
2:40
Ada Pemimpin Pembangkang Tidor Dengan Pelacor Lagi....Apa Ceritaby roslayraffie3,405 views
9:41
SOLUSI HUTANG NEGARA - YUSUF MANSURby jampanx8,379 views
3:32
Nazri bidas perarakan Majlis Peguam & Pakatanby GPB2020619 views
6:00
Kekecohan tercetus di Dewan Datuk Merpati Jepangby BHonline112,475 views
- Loading more suggestions...
muka mcm sial psir salak..
nasir85driv 3 months ago