Uploaded by jalanmeru on Feb 24, 2010
DEFINISI NEGARA ISLAM
Sesebuah negara, walaupun bermasyarakat plural (majmuk) dan mempunyai kepelbagaian agama dan budaya, namun apabila majoriti rakyatnya beragama Islam, dipimpin oleh penguasa yang beragama Islam, keselamatan, kekuatan dan pertahanan masih dikuasai oleh pemimpin Islam, pemimpinnya masih mendirikan solat, laungan suara azan masih terus berkumandang dan penguasa masih menguasai urusan kaum Muslimin, maka ia dinamakan negara Islam. Petanda negara Islam yang dijelaskan oleh Imam Nawawi dan Imam Ahmad yang disebut di atas, dalilnya diambil dari beberapa buah hadis sahih, antaranya sabda Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam:
سَيَكُوْنُ بَعْدِيْ اُمَرَاءُ ، فَتَعْرِفُوْنَ وَتُنْكِرُوْنَ ، فَمَنْ اَنْكَرَ فَقَدْ بَرِىءَ ، وَمَنْ كَرِهَ فَقَدْ سَلِمَ ، وَلَكِنْ مَنْ رَضِيَ وَتَابَعَ ، قَالُوْا : اَفَلاَ نُنَابِذُهُمْ بَالسَّيْفِ ؟ قَالَ : لاَ ! مَااَقَامُوْا فِيْكُمُ الصَّلاَةَ.
Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya, maka sesiapa yang mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah berlepas diri dan sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat, akan tetapi orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya. Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasulullah!)? Baginda menjawab: Jangan! Selagi mereka masih mendirikan solat di kalangan kamu.
Dengan penjelasan hadis ini, menurut perspektif ulama Salaf as-Soleh dan Ahli Hadis, suatu negara dinamakan negara Islam apabila tanda besar iaitu azan dikumandangkan dan solat ditegakkan. Tanda seterusnya ialah larangan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam memeranginya dengan pedang (haram menjatuhkannya).
Dalam konteks ini, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam menyeru agar bersabar terhadap pemimpin dan penguasa selagi mereka bersolat, kerana ia adalah makna keIslaman yang pertama sekalipun tidak berhukum dengan hukum Islam, kerana petanda dan bukti utama seseorang itu pemimpin Islam adalah solatnya sebagaimana sabda baginda:
عَنْ اَبِى اُمَامَةَ الْبَاهِلِيْ ، عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَيَنْقُضَنَّ عُرَى اْلاِسْلاَمِ عُرْوَةً وَكُلَّمَا اِنْقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّتَ النَّاسُ بِالَّتِىْ تَلِيْهَا وَاَوَّلُهُنَّ نَقْضَ الْحُكْمُ وَآخِرُهَا الصَّلاَةُ.
"Dari Abi Umamah al-Bahili, dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam baginda bersabda: Ikatan-ikatan Islam akan terlepas satu demi satu. Apabila lepas satu ikatan akan dikuti oleh ikatan berikutnya. Ikatan Islam yang pertama kali lepas adalah hukum dan yang terakhir adalah solat".
Hadis ini membuktikan bahawa tidak boleh dihukum kafir setiap individu atau pemimpin jika masih mendirikan solat. Dan sesebuah negara dinamakan negara Islam jika masih terdengar suara azan, solat masih didirikan dan dikuatkan lagi jika majoriti rakyatnya beragama Islam kerana hadis di atas menjelaskan: Dan (tanda) terakhir adalah solat.
Al-Ismaili rahimahullah berkata:
Kaum Salaf berpendirian, bahawa sesebuah negara dinamakan negara Islam selagi masih ada panggilan untuk solat (azan) dan didirikan solat dengan terang-terangan serta penduduknya (rakyatnya) sentiasa mendirikan solat dengan bebas (aman).
Para pemimpin adalah penguasa yang mampu menggunakan kuasa mereka melaksanakan pemerintahan berasaskan prinsip siyasah as-syariyah. Para ulama pula adalah terminal ilmu yang mampu dan diberi mandat membentuk akidah dan pemikiran ummah ke arah pemahaman siyasah Islamiyah (siyasah as-syariyah yang lebih berdisiplin lagi profesional. Ulama telah diwajibkan oleh syara bekerjasama dengan pemimpin. Dipikulkan ke atas mereka tanggungjawab sosial mentarbiyah ummah agar mentaati pemimpin demi mengelakkan perpecahan serta menghapuskan fitnah di kalangan masyarakat. Maka sesebuah negara itu dinamakan negara Islam apabila ulama dan umara (pemimpin) bekerjasama membangun rohani dan jasmani, fizikal dan mental serta untuk pembangunan dunia dan akhirat.
Penamaan negara atau negeri Islam bukan hanya menerusi perundangan, hudud atau peraturan jenayah (kriminal). Malah meliputi bidang-bidang dan aspek yang luas. Khalifah Umar bin Khattab radiallahu anhu berkata:
Wahai rakyatku! Kamu mempunyai hak ke atas kami untuk menasihati pada perkara-perkara yang kami tidak ketahui, dan hendaklah kamu saling membantu (tolong-menolong dan bekerjasama) dalam kebaikan.
-
3 likes, 0 dislikes
9:48
Menjawab Tohmahan Ustaz Zamihan Al-Ghari (2/7)by nasiruddien7,970 views
9:01
Penangkapan Dr Asri oleh JAIS dan Fitnah PGSM (Part 3) Bantahan...by anasmelaka8,002 views
7:21
Mari Belajar Tangkal : Nabi Sulaiman Bukan Main Sihir 2/5by jalanmeru3,947 views
3:35
Dia milikku with lyricsby Ubisoft961183,564 views
1:59
Fitnah terhadap Ibnu Taimiyyah : DI MANA ALLAH ?by jalanmeru8,400 views
3:34
Ust. Yazid Abdul Qadir Jawas - Pemimpin Adalah Cerminan Rakyatby atsary1,048 views
1:26
Dr Asri Jawab Tuduhan Sijil Palsuby cynicalphd25,659 views
6:25
My Favorite Qur'an Reciters (NEW!)by Muqtadaralsadr505,369 views
8:01
Waa Nabi Amaanby ahmus7964,586 views
3:44
Rossa - Ku menunggu [HD] video clip official songby andika9prajana158,907 views
3:04
KURIAK, GOTONG ROYONG DI KAMPUNG SENI YUDHA ASRIby kampungseniyudhaasri324 views
9:09
Talbis Iblis 3.3 Al-Jamaah, Demonstrasi, Politik & Agamaby paradisewoodABUISLAM617 views
1:52
Soal Jawab Agama: Benarkah ada hadtih mengenai 10 imam dari keturunan Rasulullahby sanijufri20,455 views
8:41
Puak Syiah Di Malaysiaby bolos501118,704 views
4:29
FENOMENA AZAN-KEBESARAN ALLAHby norilhudaismail57,130 views
7:43
Apa itu teroris? 6/14by nasiruddien1,685 views
5:05
Demo Anti ISA 1by buletinonline2,310 views
5:25
S5 : Pembentukan Iman Para Sahabat - Dr MAZAby paradisewoodPERLIS1857 views
2:07
Abu Islam - 4. Ibn Qayyim - Ulama Umpama Bintang-Bintang Qiblat - "Muhammad saw "by paradisewoodABUISLAM786 views
13:17
Dr. Muhammad Tahir-ul-Qadri ki Mulki Surathal par Sahafion k sath khasosi Nashist : 06/08by deenislamdotcom600 views
- Loading more suggestions...
Link to this comment:
All Comments (0)