Uploaded by neutraldaily on May 27, 2010
http://neutraldaily.blogspot.com/ KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Rakyat Malaysia harus bersedia menghadapi pengurangan subsidi bagi membantu menjimatkan sebanyak RM103 bilion wang kerajaan dalam masa lima tahun untuk mengurangkan defisit dan hutang negara, kata Datuk Seri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Beliau berkata kerajaan harus memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang lebih besar seperti minyak, tenaga elektrik dan tol untuk mencapai penjimatan itu tetapi ia akan terus memberi subsidi kepada mereka yang miskin dan tidak bernasib baik.
"Masa untuk perasionalan subsidi telah tiba. Jika tidak, kita akan ada satu bom masa dalam genggaman kita," kata Idris pada hari terbuka rancangan perasionalan subsidi yang dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri.
Idris, yang merupakan CEO Pemandu berkata Malaysia adalah salah satu negara di dunia yang mempunyai beban subsidi paling tinggi dan subsidi tersebut harus dikurangkan sedikit demi sedikit.
"Kita tidak mahu menjadi seperti Greece. Defisit kita meningkat kepada tahap tertinggi iaitu RM47 bilion tahun lepas," katanya, sambil menambah bahawa jika ia berterusan, negara boleh menjadi muflis menjelang 2019 dengan hutang yang mencecah RM1.158 trilion.
Beliau berkata hutang Malaysia kini adalah pada RM362 bilion sementara defisit adalah RM47 bilion tahun lepas.
Jumlah subsidi adalah RM74 bilion dengan RM42.4 bilion untuk keperluan sosial, RM23.5 bilion untuk minyak, RM4.8 bilion untuk prasarana dan RM3.4 bilion untuk makanan, yang jika dijumlahkan, adalah sebanyak RM12,900 untuk setiap isirumah.
Jika dibandingkan, harga-harga gula, minyak masak dan tepung adalah yang paling rendah di rantau ini sementara Malaysia menggunakan lebih banyak minyak per kapita daripada banyak negara termasuk Singapura, Indonesia, Thailand, China dan India.
Keseluruhannya, 97 peratus subsidi dikeluarkan kepada rakyat tanpa mengira pendapatan dan ini telah mengakibatkan 71 peratus subsidi minyak diberikan kepada mereka yang berpendapatan sederhana dan tinggi.
Idris juga bercakap tentang penyalahgunaan yang melihat kira-kira 30 peratus subsidi minyak masak dan gas petroleum cecair digunakan untuk tujuan komersil dan bukannya isirumah.
Malaysia, katanya mungkin akan menjadi pengimport bersih minyak menjelang tahun depan berdasarkan kadar penggunaan sekarang.
Beliau berkata cadangan potongan subsidi bagi barangan terkawal seperti gula, tepung dan minyak masak akan dijalankan secara berperingkat untuk tidak membebankan orang ramai.
Subsidi ke atas pendidikan, kesihatan serta pertanian dan perikanan, tulang belakang rakyat luar bandar yang miskin, akan diteruskan tetapi pembaziran dan penyalahgunaan harus dikurangkan, tegas beliau.
Pemandu turut mencadangkan pelonggaran langkah-langkah dalam cadangan pengurangan subsidinya seperti rebat tunai untuk pemandu motokar seiring dengan kenaikan harga bahan bakar, diskaun untuk pengguna tol dan rebat tunai untuk pemegang kad MyKad dan MyKid menerusi pejabat pos berikutan kos tinggi tepung, gula dan minyak masak.
"Kami sedang menyemak kembali kemungkinan memperkenalkan mekanisme harga secara apungan, langkah-langkah pengurangan dan bimbingan perlu dilaksanakan bagi menampan sebarang impak," kata Idris.
"Kabinet akan turut diberi taklimat mengenai maklum balas orang ramai yang diterima hari ini berhubung penurunan itu agar mereka boleh membuat keputusan muktamad," kata beliau kepada pemberita pada majlis Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari Khamis.
Idris juga berkata yang kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk merunding semula kontrak pengeluar kuasa bebas (IPP) dan pemegang konsesi tol, dua sektor yang hangat diperdebatkan semasa perbincangan panel.
Bekas presiden Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia, Tan Sri Yong Poh Kon, yang merupakan salah seorang ahli panel, mencadangkan kerajaan mengambil sekumpulan pakar perundangan terkemuka untuk meneliti kontrak dan turut menyarankan kepada kerajaan agar mengenepikan cukai jalan dan bukannya rebat tunai untuk kenaikan bahan bakar.
Panel yang turut membabitkan pengarah urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar pada umumnya bersetuju yang subsidi seharusnya dihapuskan secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun tetapi menyokong pengurangan serta-merta dalam subsidi gula.
Idris berkata tinjauan daripada 191,592 menunjukkan 61 peratus bersetuju dengan rasionalisasi subsidi dan 66 peratus mahu dikurangkan antara tiga hingga lima tahun.
-- BERNAMA
-
0 likes, 0 dislikes
0:53
MAHATHIR: CALON BN TAK BOLEH PAKAIby nuraflahvideo41,090 views
10:00
Demi Allah Malaysia Bukan Negara Sekular (Bhg 1)by umnohq4,071 views
0:46
pos malaysia posmen rempitby tubelawak82,431 views
2:44
Muhyidin perlu perjelas kandungan beg hitamby tvpas0976,866 views
2:04
Kerajaan Malaysia Dikawal Khairy | Menantu Pak Lahby malaysianews213,749 views
0:49
Ucapan Paling Bernas UMNO 2010by neutraldaily27,913 views
9:51
Umno.BN Atur Strategi Kotor Menjelang PRU-13by buletinonline1,716 views
1:34
sumpah laknat eskay - teliti dengan betulby 5spg39,622 views
3:34
Lawatan Perdana Menteri Malaysia ke Pekan Bagan Datohby khaislumber816 views
1:09
PRU13 Sudah Hampirby malaysianews5,006 views
2:25
Peguam Negara Arah Siasat Lebih Teliti dan Panel Khas Pantau Siasatan Kes Aminulrasyidby neutraldaily7,304 views
1:03
Apa Itu Rasionalisasi Subsidi ?by malaysianews1,305 views
7:49
Part 2: Rahsia Di Sebalik Anugerah Juara Lagu 2010 (AJL 24)by mediahehe82,453 views
8:41
Memerangi Jenayah: Seriuskah Kerajaan? [Bhgn 1/7]by ikdn094,915 views
0:52
Ketika Harga Minyak Naik !!!by roybiz8014,894 views
3:13
Bersiap Sedia Hadapi PRU 13 Lebih Awalby buletinonline487 views
1:31
Gula Naik Harga 20 Senby malaysianews1,564 views
4:17
Akta ISA Akan Dimansuhkan Terus: Najibby KemamanKite928 views
1:54
Subsidi Minyak Guna MyKAD Pada Bulan Mei 2010by malaysianews1,383 views
8:48
Sidang Media Rahimi Osman Kecoh 06/10/2010by neutraldaily5,138 views
- Loading more suggestions...
@casp3rization 1999 akibat kronisme ekonomi malaysia jatuh teruk
megakrisnaable 1 month ago
kurangkan subsidi, tambah duit ke dalam poclet sendiri :)
invicibleyes 3 months ago
sebenarnya selama kita merdeka tak pernah timbul isu ini kalau bukan kerana corruption yang semakin besar dalam politik. bila banyak sangat duit ditabur , defisit meningkat, kitaran ekonomi tidak seimbang . dan subsidi disalahkan.
waktu dengan Dr.M 1999 , kita boleh je survive ? Malaysia doesnt need to abrogated the subvention but we need only a good leader
casp3rization 4 months ago
a poor man always blame his tools.... enuf said...
neutralgrounds07 4 months ago
bagaimana kalau semua subsidi dibatahkan negara masih bankrap pada tahun 2019?
adakah cuma mengurangkan subsidi boleh menyelamatkan negara daripada bankrap?
apakah pejelasan dan mengapakan hutang negara naik begitu tingggi dalam masa 10 tahun?
mengapakah tidak meyedari masalah ini pada 5 tahun dulu dan mengapakah tidak menjalankan tindakan?
benarkah hutang negara disebabkah subsidi?
adakah cara menyelesai masalah ini berkesan dalam jangka panjang atau pendek ?
d4c84 8 months ago
Negara bankrap pasal subsidi atau sebab mis-managment of public funding?
erchongyee 9 months ago
dah tahu banyak hutang, nak membazir jugak.. nak wat menara warisan ler, masjid besi ler, wat per.. kita rakyat kena pilih pemimpin terbaek.. rasenye, pas Dr. M, dah xder pemimpin BN yg leh pakai..
zackie999 9 months ago
@potiaisden ko mangkaq... celaka
Tokidashuji 1 year ago
semantara je naik ni nanti turun la balik tu kerajaan wat tu suma untuk rakyat korang kena fikir pasal masa panjang bukan utk sekarang je ......... yg bodo tu PR yang indah2 tu tentulah BN tanpa BN malaysia takkan jadi macam sekarang .. korang gaji korang tu pelajaran korang tu suma hasil dari kerajaan malaysia tanpa BN korang jadilah macam indon
scooterzoneck 1 year ago
alamakkk ... mongolia laaa ... hehehe
acoi2008 1 year ago