Uploaded by mrshamrembau on May 20, 2008
REMBAU- Kemeriahan yang diraikan para penduduk Rembau khususnya dalam Majlis Kesyukuran DUN Chembong anjuran bersama Jentera Pilihanraya DUN Chembong dan Ahli Parlimen Rembau telah berjalan dengan jayanya dan penuh kesyukuran.
Majlis yang diadaakn itu sempena meraikan kemenangan parti Barisan Nasional Parlimen Rembau dan DUN disamping bertujuan sebagai tanda terima kasih pucuk pimpinan Parlimen dan DUN Rembau atas sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan terhadap kerajaan Barisan Nasional/UMNO dalam pilihanraya umum yang lalu.
Pada PRU 12 yang lalu parti BN telah menang dan diberi mandate besar untuk meneruskan perjuangan parti di Parlimen Rembau ini.Majlis yang diadakan di perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau itu telah dibanjiri hamper 3 ribu rakyat sekitar Rembau.
Majlis kesyukuran itu lebih meriah dengan kehadiran tetamu kehormat Menteri Besar N.Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Mohammad Haji Hassan dan isteri yang juga merangkap ADUN bahagian Ratau.Majlis juga turut dirasakan meriah dengan kehadiran masyarakat majmuk Rembau yang terdiri dari barisan ahli parti komponen MIC, MCA dan PPP.
Dalam pada itu, majlis telah diserikan lagi dengan ucapan dari ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin yang menyampaikan sekalung budi dan terima kasih beliau terhadap seluruh warga Rembau yang terus yakin dengan kewibawaan Barisan Nasional dalam meneruskan perjuangan membela rakyat.
Beliau juga turut menyentuh beberapa perkara mengenai perpaduan kaum di Rembau yang harus dipelihara sampai bila-bila.Beliau juga turut menyeru kalangan pemimpin dan ahli agar terus bekerja dengan lebih kuat lagi di masa akan dating disamping memenuhi segala janji kepada rakyat seperti yang termaktub dalam manifesto pilihanraya BN sebelum ini.
YB Khairy Jamaluddin juga berharap agar perpaduan dalam masyarakat Rembau amnya diperkukuhakan dan memastikan tidak akan membenarkan mana-mana pihak yang cuba memecah-belahkan perpaduan yang ada terlepas dari tindakan.
Dalam ucapan beliau juga menyentuh sedikit isu mengenai tsunami pilihanraya yang melanda dalam parti, dimana beliau menegaskan bahawa ge;ombang tsunami yang dicanang parti-parti pembangkang selama ini tidaklah sehebat yang disangkakan.
"Gelombang tsunami yang dimaklumkan kepada kita sebenarnya tidaklah hebat mana, gelombang itu terhenti dan lumpuh apabila ianya melalui Rembau ini."
"Oleh sebab itulah, gelombang itu tidak sampai ke negeri-negeri lain selepas Rembau ini kerana terhenti disebabkan Rembau ini adalah kubu kuat Barisan Nasional sekarang," ujarnya lantang.
Majlis kesyukuran itu juga turut memberi penerangan mengenai punca kekalahan BN di beberapa negeri dan kerajaan BN ketika ini sedang merangka strategi politik bagi mendapatkan kembali kepercayaan rakyat.
Majlis kesyukran itu juga turut dimeriahkan dengan acara memotong pulut kuning bersempena Ulangtahun UMNO yang ke-62.
Sementara tiu, Menteri Besar N.Sembilan, Datuk Seri Utama dalam ucapan beliau tuurt menyatakan jutaan terima kasih beliau kepada seluruh rakyat Rembau yang memberi mandat kepada kesemua calon-calon Barisan Nasional biarpun kehilangan satu DUN di Paroi.
Beliau juga turut memesan kepada anak-anak muda di Rembau agar bijak menentukan arah masa depan terutamanya dalam memilih kerajaan yang dijamin membawa kepada kemajuan dan hala tuju Negara.
Category:
Tags:
License:
Standard YouTube License
-
2 likes, 3 dislikes
9:59Ucapan Pembukaan Anwar Konvensyen Pakatan Rakya...by buletinonline3,328 views
4:42Kehadiran Maya Karin & Suami Ke Mahkamah Syaria...by hmetromy42,409 views
3:38Khairy Jamaluddin - Anugerah kecemerlanganby mrshamrembau2,903 views
4:40Khairy Cabar YB Wangsa Maju Ulang Tuduhanby Aiiee21,521 views
1:59Siapa Dia Khairy Ni? - Tun Dr. Mahathirby malaysianews471,044 views
9:16Khairy tawarkan diri bertanding Ketua Pemuda Um...by mrshamrembau820 views
7:14Tazkirah MB Negeri Sembilan Untuk ADUN PKRby umnohq16,013 views
1:40Secret Between PM Abdullah Dan Khairy Jamaluddinby yy5rr1yy5rr1225,941 views
5:03Latihan Komando ATMby akukomando374,991 views
5:42Parlimen Malaysia : Air Percuma | Pemegang Kons...by malaysianews7,201 views
4:25"Anwar tak tipu" kata azmin aliby mahasiswaPutra28,617 views
5:12Parlimen Malaysia : Isu Blackout Di Sabah | Isu...by malaysianews21,128 views
3:15Parlimen Malaysia : Keretapi | P. Islam | Proje...by malaysianews4,319 views
8:30Khairy Jamaludin Kempen di UiTMby time2change088,125 views
8:02Khairy Jamaluddin-Lintas Langsung Dari Parlimen...by mrshamrembau395 views
10:27khairy menangby pinkturtlevideo1,109 views
1:52n0nf17n4 059, Bush = Musuh Bersamaby n0nf17n412,406 views
3:33Khairy-Anwar Debateby mrshamrembau5,525 views
5:32Zahrain mahu saman Lim Guan Eng, Saifuddinby tvpas095,533 views
2:04Kerajaan Malaysia Dikawal Khairy | Menantu Pak Lahby malaysianews213,437 views
- Loading more suggestions...
All Comments