Uploaded by KhairyKJ on Mar 24, 2011
http://www.facebook.com/Khairykj
Karnival Kerja Pemuda BN Tawar Lebih 40,000 Pekerjaan
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Lebih 40,000 peluang kerjaya daripada 650 syarikat dan organisasi pelbagai sektor dijanjikan pada Karnival Kerja Pemuda Barisan Nasional (BN) yang bakal berlangsung mulai Jumaat sehingga Ahad ini.
Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata karnival itu diharap dapat menangani masalah ketidakpastian soal kerjaya di kalangan golongan muda terutamanya di Lembah Klang dan sekaligus mengurangkan masalah pengangguran.
Beliau berkata pelbagai aktiviti nilai tambah akan diadakan pada karnival tersebut termasuk klinik resume, sudut latihan industri, bicara kerjaya dan sesi latihan serta sudut pemantapan kemahiran.
Ia akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak esok, katanya kepada pemberita pada majlis jelajah media dan makan tengah hari sempena karnival tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pada Khamis.
Khairy berkata antara syarikat dan organisasi yang mengambil bahagian adalah Malaysia Airlines (MAS), AirAsia, Naza, Proton, Iskandar Malaysia, Mydin, Tabung Haji, Celcom, Telekom Malaysia, Bursa Malaysia dan Uda Holdings.
"Ini merupakan sebuah karnival kerjaya terbesar yang pernah diadakan dengan jumlah penyertaan syarikat dan organisasi yang paling banyak. Kita harap generasi muda dapat memanfaatkan karnival ini untuk mencari pekerjaan atau menyesuaikan diri dengan keperluan majikan di negara ini," katanya.
Beliau berkata walaupun diadakan di Kuala Lumpur, generasi muda masih boleh menyertainya melalui pendaftaran dalam talian di www.bnyouthjobfair.com.
"Pemuda akan cuba pastikan mereka dari luar Kuala Lumpur dapat menyertai temuduga yang dijalankan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian," katanya.
Khairy turut menafikan penganjuran karnival itu bermotifkan politik dan menyifatkannya sebagai satu tanggungjawab sosial.
"Ini susulan kepada Makmal Belia BN tahun lepas. Bukan semua benda politik. Kita perlu penjenamaan untuk generasi muda. Kita konsisten untuk bantu mereka tidak kira latar belakang. Kalau ada kesan politik, alhamdulillah," katanya.
Karnival itu berlangsung di Dewan Tun Razak I, PWTC mulai pukul 10 pagi hingga 8 malam.
-
0 likes, 0 dislikes
7:28
KJ dianugerahkan Sayap Penerjunan Airborne - Ada Beraniby KhairyKJ12,907 views
3:06
Khairy memeriksa bekalan gula di Pekan Rembau, 4 September 09by KhairyKJ501 views
3:38
Kerajaan Kedah Diminta Pastikan Mangsa Banjir Dapat Air Bersih - Khairyby KhairyKJ658 views
1:27
Khairy: Am I drinking in the photo?by malaysiakini47,777 views
4:08
Khairy Jamaluddin: Kepimpinan PKR Tidak Sah Dari Segi Moralby KhairyKJ784 views
6:19
Khairy Jamaluddin - Pemuda Nasionalby umnoFORall19,578 views
2:12
Khairy Jamaluddin : The public's general understanding of 1Malaysia is highby KhairyKJ334 views
7:59
Pemuda BN 2by sarawakupdatetv434 views
0:30
Youth Job Fairby ysbes148 views
5:26
UKEC Speaker Series 2011: An Interview With - Khairy Jamaluddinby UKECtv1,551 views
2:07
"Career Counseling for Youth: Job Fair" (English)by chandlergriffin1,366 views
7:12
Sidang Media KJ: Expo Perumahan Pemuda BN (HOPE)by KhairyKJ850 views
1:28
Telekom Malaysia Berhad to offer 22 IPTV channelsby edgetv12,767 views
10:00
Convent JB 08 Aug 2009 - Satu Malaysiaby mytankk778 views
1:26
Majlis Perasmian Perhimpunan Hari Belia Negara 2011 Nisa Addinaby mathewmandi2109494 views
2:08
DS 14.01.2011 RAFIZI VS KHAIRY.wmvby TVSelangor093,281 views
1:52
SEGi Posts Net Profit of RM43.2 Million on Bernama TVby segiuc155 views
2:33
Sasaran 4% Pengangguranby malaysianews1,502 views
0:58
Prebet YB Khairy Jamaluddinby KhairyKJ3,560 views
6:00
Khairy tamat latihan Wataniahby KhairyKJ8,262 views
- Loading more suggestions...
Link to this comment:
All Comments (0)