Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdullah adalah saudara baru pertama dilantik sebagai hakim Majlis Tilawah al-Quran Kebangsaan ke-51 yang lalu. Beliau yang sering muncul dalam pelbagai program mengenai ehwal Islam yang disiarkan oleh stesen televisyen tempatan. Beliau memeluk Islam pada tahun 1990 dan melanjutkan pengajian sehingga peringkat Sarjana dalam pengkhususan Ilmu Tafsir di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Farid yang dulunya dikenali sebagai Jasiah Ravi A/L Jacob telah memeluk Islam pada 20hb November 1989.
Menceritakan kisah pengislamannya, menurut Farid beliau amat terhutang budi dengan keluarga angkatnya iaitu keluarga Tuan Haji Hashim (ketika itu seorang anggota polis yang berpangkat sarjan) dan Hajjah Saerah dari Kg. Tanjung Sg Choh.
"Mereka telah mendorong saya untuk menuju ke arah yang benar. Dorongan dan galakan yang diberikan oleh keluarga angkat saya ini tidak akan dilupakan sehingga ke akhir hayat. Mereka telah memberi layanan yang baik kepada saya Seolah-olah saya anak mereka sendiri.
"Sungguh mengharukan lagi selain dilayan baik saya juga pernah tidur bersama keluarga ini semasa saya kecil," ujarnya mengenang kembali detik beliau mula mengenali Islam.
Link to this comment:
All Comments (0)