Uploaded by nasiruddien on Mar 1, 2009
Berkata al-Hafiz Ibnu Rejab rahimahullah dalam (فتح البارى):
Hadis di atas ini dalil yang menunjukkan tentang haramnya membina masjid di atas kubur orang-orang soleh dan meletak gambar di dalamnya sebagaimana yang dilakukan oleh Nasara. (Lihat: (تحذير الساجد) hlm. 17. al-Albani.)
Dari Anas radhiallahu anhu berkata: Sesungguhnya Nabi sallallahu alaihi wa-sallam melarang mendirikan solat di antara kubur-kubur. (H/R al-Bazzar. Menurut Imam Haitami bahawa para rawinya adalah perawi-perawi yang sahih. Lihat: Majmu az-Zawaid. Juz. 2. Hlm. 27.)
Bersabda Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam: Allah melaknat Yahudi dan Nasrani yang telah menjadikan kubur-kubur Nabi mereka sebagai masjid-masjid. (H/R Bukhari, 2/106. Muslim, 2/67. Ahmad, 6/80, 121, 255)
Dalam hadis sahih di atas, dengan jelas Allah Subhanahu wa-Taala melaknat Yahudi dan Nasrani kerana menjadikan kubur-kubur para Nabi mereka sebagai masjid. Dengan ini dapat difahami, jika orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadikan kubur Nabi sebagai masjid dilaknat, maka orang-orang Islam yang menjadikan kubur para nabi dan kubur orang-orang soleh mereka sebagai masjid dengan cara solat dan berdoa di kubur yang telah dijadikan tempat bersolat (sebagai masjid), maka cara beribadah seperti ini jelas mengikut sunnah Yahudi bukan mengikut sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam, tentunya sesiapa yang meniru sunnah Yahudi akan menerima laknat yang sama sebagaimana yang ditimpakan kepada Yahudi.
Melakukan perbuatan ibadah (seperti yang telah diterangkan di atas) di dalam masjid yang sudah jelas dilarang melakukan ibadah di dalamnya kerana tertanam sebuah atau beberapa buah kubur, maka melakukan perbuatan seumpama ini amat bertentangan dengan firman Allah:
Sesungguhnya masjid-masjid itu milik Allah, oleh kerana itu janganlah kamu sekutukan doa kamu kepada Allah dengan yang lain.
Telah bersabda Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam: Laknat Allah ke atas Yahudi dan Nasrani yang telah menjadikan kubur-kubur Nabi mereka sebagai masjid-masjid (tempat beribadah mereka). (Berkata Aisyah) mereka (ketua-ketua agama) menakut-nakutkan umatnya seperti apa yang mereka (Yahudi dan Nasrani) lakukan. (H/R Bukhari 1/112. Muslim 2/67. Ahmad 1/218, 6/34, 229 dan 275. Darimi 1/327. Baihaqi 4/80. Dan an-Nasaii.)
Telah bersabda Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam: Semoga Allah membinasakan Yahudi dan Nasrani yang telah menjadikan kubur para Nabi mereka sebagai masjid-masjid. (H/R Bukhari, 1/112,113. Muslim, 11/67. Ahmad, 11/283, 366, 453 dan 518. Abu Daud (3227) dan Baihaqi.)
-
2 likes, 0 dislikes
8:34
Membina Masjid dan Solat di Kuburan 5/5 (Fatwa Ulama Mazhab Syafie)by nasiruddien1,436 views
9:00
Hukum Menghias Kubur (Fatwa Ulama Mazhab Syafie)by nasiruddien8,779 views
4:12
Hukum Membaca Al-Quran di Kuburan (Fatwa Imam Syafie)by nasiruddien16,639 views
9:13
Hukum Muzik, Nyanyian dan Nasyid (Senandung Syaitan) (2/9)by nasiruddien6,592 views
8:22
Hari Raya di Kubur 1/4 (Fatwa Ulama Mazhab Syafie)by nasiruddien5,938 views
9:00
Hukum Solat di Masjid Nabawi di Madinah 1/2by nasiruddien4,649 views
9:00
Hukum Solat di Masjid Nabawi di Madinah 2/2by nasiruddien3,208 views
8:34
Membina Masjid dan Solat di Kuburan 1/5 (Fatwa Ulama Mazhab Syafie)by nasiruddien4,732 views
5:43
Sifat Solat Nabi ( 1 / 9 )by xiphilia60,772 views
4:38
ya imamar rusli sanadi.MP4by erlankgha2,523 views
4:21
gelombang kurang siumanby mokhzanimokhtar223 views
9:58
Imam Syafie Haramkan Kenduri Arwah, Tahlil (5/7)by nasiruddien31,668 views
2:23
Solat hampir sama dengan sembahyang yahudi muslim pray almost the same with jew ortodoxs'by MrHotkidz208,795 views
9:53
Panduan Mandi Wajib / Junub Ikut Sunnah (7/13)by nasiruddien7,397 views
3:47
Larangan Solat di Masjid yang ada Kubur (Fatwa Ulama Mazhab Syafie)by nasiruddien4,433 views
3:00
CARA-CARA MENGERJAKAN SOLAT KETIKA SAKITby pjfd510116,603 views
3:26
Ustaz Azhar Idrus - Wali di Kalangan Makhlukby fuadsyazwan118,905 views
2:38
One People, One Nation, One Singaporeby sget88231,129 views
9:02
Panduan Solat Rasulullah (7/12) Sembahyangby nasiruddien24,583 views
10:00
Ismail Kamus - Bidaah Dlm Solat (1/7)by ceramahislam84158,616 views
- Loading more suggestions...
Link to this comment:
All Comments (0)