Biar Beyonce Dedah Aurat Dulu Baru Halang - Dr. Rais Yatim - Malaysia News

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
8,145
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Sep 27, 2009

Malaysia News

(rate this video) (favorite this video) (subscribe this channel)

Biar Beyonce Dedah Aurat Dulu Baru Halang - Dr. Rais Yatim - Malaysia News

KUALA KLAWANG, 27 Sept - Tidak ada sebab untuk menghalang penyanyi terkenal dari Amerika Syarikat, Beyonce mengadakan persembahan di negara ini jika beliau mematuhi syarat dan peraturan, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya ia juga bukan satu perkara baru apabila seorang penyanyi terkenal barat ditentang dari datang ke Malaysia.

"Sekiranya beliau menunjukkan aurat dan sengaja melanggar peraturan yang dikenakan pihak berkuasa maka beliau tidak dibenarkan," katanya kepada pemberita selepas menganjurkan majlis rumah terbuka beliau yang dihadiri oleh kira-kira 5,000 rakyat lapisan bangsa di sini Sabtu.

Katanya, pihak yang menentang itu harus sabar dan lihat dulu, jika pertunjukkan itu tidak menepati peratutan perundangan dan agama, ia sudah semestinya salah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedatangan Beyonce pada 25 Okt depan meskipun banyak pihak yang menentang dengan alasan ia menjatuhkan moral remaja negara ini.

Sementara itu ketika menyentuh majlisnya hari ini beliau memberitahu, satu majlis yang lebih besar akan dianjurkan bersama kementeriannya dengan kerajaan negeri Perak pada 18 Okt depan.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan menyampaikan ucapan penting pada majlis itu yang juga menjadi lambang 1Malaysia," katanya.

Beliau berharap lebih banyak majlis yang mampu memupuk semangat persaudaraan di kalangan kaum di Malaysia dapat dianjurkan di kawasan luar bandar.

"Ini adalah cermin perpaduan rakyat, jadi kementerian ingin meneruskan tradisi menggunakan jasa baik org ramai menerusi majlis-majlis rumah terbuka untuk perpaduan dan mengeratkan siratul rahim," katanya.

Katanya, dalam erti kata lain, majlis Aidilfitri seperti hari ini merupakan hari perpaduan dan penerimaan Satu Malaysia sebagai amalan sebenar.

-- BERNAMA

sumber: user paskemaman

  • likes, 4 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (5)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • JATUHKAN MORAL APA..MEMANG DAH LAMA MORAL REMAJA DAH JATUH PUN..BELUM BEYONCE JADI PENYANYI LAGI..ZAMAN AKU MUDA 10 TAHUN DULU DAH START..BODOH GAK .....

  • PATUT MALAYSIA TAK MAJU..

  • @fiqri99 prove it

  • UMNO ada karutnya ...hamPAS lagi mengarut sekarang ini

  • sesat kamu ni rais..........jauh sangat kamu dari agama. Laknat kamu dan BN.

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more