Inul hampir pengsan

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
35,738
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Jul 23, 2008

Terkejut konsert malam ini dibatalkan pada saat akhir

KUALA LUMPUR: Kelewatan penganjur memaklumkan pembatalan Konsert Inul Live In JB yang dijadualkan malam ini menyebabkan penyanyi, Inul Daratista hampir pitam kerana terlalu terkejut apabila menerima berita itu.


Inul yang bergegas dari Johor Bahru ke ibu kota hanya dimaklumkan mengenai pembatalan konsert pada sidang media yang diadakan di sebuah hotel di sini, petang semalam.


Beliau yang kecewa mendengar berita itu lantas menitiskan air mata, seterusnya meminta penganjur, IMS Prima Sdn Bhd menyatakan alasan mengenai pembatalan konsert berkenaan.


?Saya ingin tahu alasan yang jelas mengapa dibatalkan kerana hanya dimaklumkan sebaik sampai di sini (Kuala Lumpur). Saya cuma mahukan penjelasan kerana laporan akhbar yang diterima semuanya baik saja. Saya mahu tahu siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini,? kata Inul dalam nada sebak.


Lebih menyedihkan penyanyi yang terkenal dengan goyang gerudi itu ialah berita berkenaan diterima pada hari ulang tahun kelahiran suaminya, Adam Suseno.


?Saya tidak mahu kecewakan masyarakat di sini yang sudah pun membeli tiket. Saya ke sini untuk menghiburkan mereka yang sudah rindu dengan persembahan saya. Sebelum ini, konsert saya di sini diterima tanpa sebarang masalah, malah peminat juga menerima kedatangan saya dengan baik.


?Saya tidak tahu apa salah saya hingga tidak dibenarkan membuat persembahan,? katanya yang kelihatan keliru dan memohon maaf serta meminta diri untuk beredar ke bilik penginapannya dengan alasan mahu berehat.


Ketika itu, beliau yang tidak bermaya hampir pitam dan terpaksa dipapah ke luar dewan. Bagaimanapun, konsert yang dijadualkan berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunus di Larkin, Johor Bahru, dipindahkan lokasi ke Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini pada 27 Julai ini.


Pengarah Urusan IMS Prima Sdn Bhd, Nasir Abu Bakar, berkata syarikat sudah memohon permit di Johor Bahru sejak 25 Jun lalu, tetapi tidak menerima maklum balas.


?Pada 10 Julai lalu kami dimaklumkan permohonan ditolak tanpa sebarang alasan. Kami membuat rayuan pada hari sama tetapi Datuk Bandar Johor Bahru tetap dengan keputusan menolak permohonan itu dan dimaklumkan secara lisan pada Rabu lalu,? katanya.

Category:

People & Blogs

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 2 dislikes

Link to this comment:

Share to:

Top Comments

  • saya sungguh meminati inul...tapi...nak buat macam mana...malaysia orangnya banyak berlagak alim tapi maksiat masih berleluasa...

  • sy jg org malaysia ....kalau iyh pon nk batalkn konsert inul sepatutny inul di maklum kn awal2...bukan di saat akhir mcm ne...memalukn kn jer...artis kt pun bukan baik sgt bnyk buat hall apsal tk nk heboh!!!!!!

see all

All Comments (53)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • sabar mbak inul,,

    mbk inulkan sekarang udah kaya.. Lagian kan ada pekerjaan lain yg lbh menguntungkan (photo model bugil majalah playboy)

  • smoga inul x mnyanyi lg.

  • @NyahMeletup  ko punye ayat cam bangang sekali.......

  • OMG.........!!!!!!!

  • sabar ya mbak inul,

    tuhan yang membalas kerugian mbak inul.

    semoga yang merugikan mbak inul di berikan kesadaran amien

  • @realme75 HELLO ...SO THAT WAS WHY SHE WAS CRYING ..WELL THATS VERY BAD OF ALL IN THIS SHOW DID'NT TELL HER POOR GIRL I THINK SHE IS LOVELY ..HOW CAN THEY GET IT SO WRONG NOT GOOD ....

  • SABAR YA INUL.. SAYA PEMINAT INUL DARI MALAYSIA. MUNGKIN KALI INI INUL TAK BERKESEMPATAN KE SINI, (JOHOR).. MOGA PADA MASA AKAN DATANG INUL DAPAT SEMULA KE SINI MEMBUAT PERSEMBAHAN SEPERTIMANA KONSERT INUL DI KUALA LUMPUR YANG LALU.. KAMI SENTIASA MENUNGGU INUL DI SINI. LOVE U INUL... ;-)

  • ya begini nasib Inul, bukan di negara jiran ajha di munafik, di Indonesia jg banyak yg pada munafik ... menhujat inul tp maksiat lebih dari tarian inul masih di buat. tapi sekarang inul berjaya dalam hidup & rumah tangga dia ...

  • can't just tell her that it was cancel meh? b4 she arrived?

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more