Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang - Tafsir Surah al-Ahzab 12-20 (4/4)

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
4,160
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Dec 2, 2008

Kuliyah Tafsir Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Surah al-Ahzab ayat 12-20

12. Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang Yang tidak sihat dan tidak kuat iman Dalam hatinya berkata: "Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara Yang memperdayakan sahaja".

13. Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: "Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah". dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata: "Sesungguhnya rumah-rumah Kami memerlukan perlindungan", pada hal ia tidak memerlukan perlindungan. mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang menegakkan Islam).

14. Dan kalaulah tempat-tempat kediaman mereka itu diserang oleh musuh dari Segala penjurunya, kemudian mereka diajak berpaling tadah menentang Islam, sudah tentu mereka akan melakukannya, dan mereka tidak bertangguh lagi tentang itu melainkan sebentar sahaja.

15. Pada hal Sesungguhnya mereka telahpun mengikat janji Dengan Allah sebelum itu, Iaitu mereka tidak akan berpaling undur (dari medan perang Yang mereka hadiri). dan (ingatlah) janji setia Dengan Allah itu akan ditanya kelak (tentang penyempurnaannya).

16. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kalaulah kamu melarikan diri dari kematian atau dari pembunuhan maka perbuatan melarikan diri itu tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada kamu; dan kalaulah kamu pada hari ini terlepas sekalipun, maka kamu tidak juga akan menikmati kesenangan hidup melainkan sedikit masa sahaja".

17. Katakanlah: "Siapakah Yang dapat melindungi kamu dari kemurkaan Allah jika ia mahu menimpakan bala bencana kepada kamu, atau (siapakah Yang dapat menahan kemurahan Allah) jika ia hendak memberikan rahmat kepada kamu? " dan (ingatkanlah) mereka (yang munafik) itu: Bahawa mereka tidak akan beroleh sesiapapun - Yang lain dari Allah - Yang akan menjadi Pelindung atau Penolong mereka.

18. Sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang (munafik) Yang menghalangi di antara kamu, dan orang-orang Yang berkata kepada saudara-saudaranya: "Marilah bersatu Dengan kami", sedang mereka tidak turut berperang melainkan sebentar sahaja.

19. Mereka bersikap bakhil kedekut terhadap kamu (Wahai orang-orang mukmin untuk memberikan sebarang pertolongan); Dalam pada itu apabila datang (ancaman musuh Yang menimbulkan) ketakutan, Engkau melihat mereka memandang kepadamu (Wahai Muhammad, meminta pertolonganmu) Dengan keadaan mata mereka berputar seperti orang Yang pengsan semasa hampir mati. kemudian apabila hilang perasaan takut itu, mereka mencela kamu Dengan lidah Yang tajam, sambil mereka tamakan kebaikan (yang diberikan Allah kepada kamu). mereka itu tidak beriman, lalu Allah gugurkan amal-amal mereka. dan Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.

20. Mereka menyangka Bahawa tentera "Al-Ahzaab" itu belum pergi; dan kalaulah tentera Al-Ahzaab datang semula, tentulah mereka suka kalau mereka tinggal jauh di desa-desa bersama-sama orang-orang Arab Badwi sambil bertanyakan berita mengenai kamu; dan kalaulah mereka ada bersama-sama kamu (pada ketika itu), mereka tidak akan turut berperang melainkan sebentar sahaja.


Kuliyah Jumaat 18 Februari 2005
Masjid Rusila, Marang, Terengganu

Category:

People & Blogs

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 0 dislikes

Link to this comment:

Share to:

Video Responses

see all

All Comments (1)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more