[اقرأ بسم ربك الذى خلق]
1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan,
(Surah al-'Alaq ayat 1)
________________________________________
"طلب العلم فريضة على كل مسلم"
(ابن ماجه)
"Menuntut ilmu merupakan kewajipan ke atas setiap umat Islam"
Riwayat Ibnu Majah
________________________________________
Hadith di atas memberi tahu kepada kita bahawa menjadi satu kewajipan terhadap setiap umat Islam untuk menuntut ilmu. Bahkan ayat Iqra' di dalam surah al-'Alaq yang merupakan wahyu pertama juga telah memberi pengajaran kepada kita semua akan perlunya menuntut ilmu melalui kiasan bacalah. Iqra' adalah fi'il amar atau kata perintah. Maka, menuntut ilmu ini hukumnya adalah wajib kerana ianya merupakan perintah Allah SWT. Semestinya di antara ilmu-ilmu yang ada, keutamaan ilmu ad-din yang wajib kita dahulukan. Tiada pengkhususan dalam tuntuan ini. Setiap umat Islam diwajibkan untuk menuntut ilmu tanpa mengira latar belakang atau statusnya samada ustaz, ustazah, peguam mahupun orang biasa. Inilah yang perlu diketahui oleh seluruh umat Islam. Tanpa ilmu ad-din, apa gunanya kita hidup sebagai hambaNya kerana ilmu itu adalah panduan dan petunjuk kepada kita untuk mengenaliNya.
Sama-samalah kita saksikan kupasan menarik ini. Semoga ianya sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kita semua. InsyaALLAH.
Wallahua'lam.
nasyid tuh nama apa?? sedapnyer
smilegal90 4 days ago
Salam..judul lagu "Doa Tilawah"
Kecintaanku 3 hours ago
nama lg nasyid 4:16 tu ape?
themosthighest 1 week ago
Salam..judul lagu "Doa Tilawah"
Kecintaanku 3 hours ago
terima kasih uploader.
Ashzero7 2 weeks ago
Sama2..terima kasih jg..
Kecintaanku 3 hours ago