Kes Bohong Liwat Saiful: Hari Keempat Perbicaraan

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
13,089
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Feb 9, 2010

KUALA LUMPUR, 5 Feb - Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberitahu Mahkamah Tinggi Jumaat bahawa seluar panjang hitam yang dipakainya pada masa kejadian adalah hadiah daripada Anwar.

Keterangan Mohd Saiful itu membuatkan orang ramai di galeri awam yang sebelum ini khusyuk mendengar perbicaraan kes berkenaan, kedengaran berkata "Oohh".

Anwar yang berada di kandang tertuduh dan asyik menulis, juga memandang ke arah Mohd Saiful yang sedang memberi keterangan dalam kandang saksi.

Beliau turut kelihatan menoleh ke belakang sambil berkata sesuatu kepada isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berada di tempat duduk awam, di belakang kandang tertuduh.

Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Ditanya Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam pemeriksaan utama, Mohd Saiful berkata seluar panjang itu kemudiannya diserahkan kepada polis ketika beliau berada dalam bilik tidur, di rumahnya di Bandar Utama.

Beliau berkata di rumahnya itu, beliau juga menyerahkan kepada polis seluar dalam berwarna biru gelap jenama Levis yang dipakai semasa kejadian dan juga baju kemeja hijau jenama G2000 yang dipakai semasa membuat laporan polis.

Selain itu, beliau juga menyerahkan baju kemeja biru lembut jenama Ralph Lauren yang juga dipakai pada masa kejadian dan cecair pelincir KY Jelly kepada pegawai penyiasat kes itu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun 2008, dua hari selepas kejadian.

Mohd Saiful juga berkata beliau turut menyerahkan sehelai lagi seluar dalam erwarna kelabu jenama Levis yang dipakainya semasa membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, yang diambil di tepi mesin basuh di rumah tunangnya.

Mohd Saiful turut mengesahkan 10 barang kes lain, termasuk calitan dari bawah lidah, badan dan sekitar dubur serta sampel darah untuk profil DNA. Beliau kemudian menandatangani setiap borang serahan barang kes itu.

Pada akhir prosiding, peguam utama Anwar, Karpal Singh memohon mahkamah supaya mengeluarkan amaran kepada Utusan Malaysia berhubung gambar yang disiarkan oleh akhbar itu hari ini dengan keterangan gambar "Saiful menunjukkan katil tempat diliwat oleh Anwar Ibrahim kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah".

"Bagaimanakah maklumat ini boleh bocor. Begitu juga dalam Sinar Harian," kata Karpal Singh.

Mohamed Yusof berkata: "Saya percaya ada jurugambar yang masuk ketika prosiding melawat di tempat kejadian di kondominium itu, tetapi apa yang dipersetujui, apa yang diberitahu oleh saksi pendakwa pertama (Mohd Saiful) telah tiada bantahan."

Karpal Singh berkata akhbar berkenaan menggunakan perkataan "katil" dan bukan "tempat" dan itu bukanlah apa yang berlaku semasa prosiding mahkamah terbuka.

Hakim Mohamad Zabidin berkata mahkamah tidak nampak sebarang tindakan menghina mahkamah berhubung laporan Utusan Malaysia dan Sinar Harian itu memandangkan perkataan "katil" telah pun disebut semasa prosiding mahkamah terbuka.

Perbicaraan disambung Isnin ini.



-- BERNAMA

Category:

News & Politics

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 0 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (3)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • fikir lah sendiri, kalau dah ada bukti walaupun besi.siap ujian DNA masa kejadian org berkenaan ada di mana?. wauuuu saya x mau subahat. MASAALLAH.

  • siapakah yang bersalah???

  • mmg la x leh berak. bontot x cuci 2 hari

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more