Kemunculan Khairy Jamaluddin di kaca televisyen Astro Atma malam tadi merupakan satu pendekatan yang mendedahkan inspirasi anak muda berpendidikan tinggi yang telah berjaya meletakkan dirinya di pentas politik negara bagi membuka mata seluruh rakyat Malaysia yang tidak semestinya dari kalangan ahli UMNO, tetapi untuk ibu bapa kepada generasi hari ini dan akan datang membuat tafisran dan renungan dari apa yang dibentangkan secara spontan oleh Khairy tentang visinya.
Sepertimana katanya untuk mendedahkan orang ramai dari semua lapisan kepada satu suasana pendekatan seperti menggunakan konsep forum, debat, diskusi, misalnya, adalah satu petikan yang harus dilihat secara positif kerana dengan cara itu, semua orang boleh mengambil bahagian untuk mengemukakan masalah, memberi pendapat dan memberi peluang penyertaan ramai meluahkan apa yang dikehendaki sambil mencari jalan menyelesaikannya dengan lebih konstruktif.
Justeru itu, akan dengan sendirinya akan mendekatkan orang ramai dengan pemimpin tidak kira dari peringkat mana supaya menyedari bahawa pemimpin perlu turun padang untuk menemui rakyat dengan banyak cara untuk mendapat maklum balas yang paling berkesan untuk diambil tindakan
All Comments