Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

Pakaian Muslimah (5/6) Jangan Berdua-duaan (Khalwat)

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
4,548
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Jul 28, 2009

اَلاَ لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِاِمْرَاَةٍ لاَتَخِلُّ لَهُ فَاِنَّ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ.

"Ingatlah, janganlah sekali-kali seorang lelaki berdua-duaan (berkhalwat) dengan seorang wanita. Tiada yang bersama mereka kecuali syaitan yang ketiga". H/R Bukhari.

وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ فَلاَ يَخْلُوَنَّ بِاِمْرَاَةٍ لَيْسَ مَعَهَا مَحْرَمٍ فَاِنَّ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ. رواه احمد

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah sekali-kali berdua-duaan dengan seorang wanita yang tidak ditemani oleh mahramnya, kerana yang ketiga bersama mereka ialah syaitan". H/R Ahmad.

لاَ يَدْخُلُ عَلَيْهَا رَجُلٌ اِلاَّ وَمَعَهَا مَحْرَمٌ.

"Seorang lelaki tidak boleh masuk (menemui) seseorang perempuan kecuali ditemani oleh mahram(nya)". No, 1729. Kitab al-Haj.

Persoalan dan hukum hijab amat mudah difahami oleh orang-orang beriman setelah mereka itu membaca dan menghayati kesemua ayat-ayat dan hujah-hujah yang berkaitan dengan hukum yang memperkatakan hijab.

Setiap muslimah wajib mengimani, menjiwai, mengimplementasi dan akur kepada semua dalil-dalil dan hujah-hujah yang berupa suruhan berhijab dari Ilahi ini, kerana ia hanya terdapat dalam syariat Islamiyah (al-Quran dan al-Hadis) jika mereka benar-benar mahu menjadi hamba Allah yang solehah dan sebagai pembuktian (kebenaran) imanannya kepada al-Kitab. Perintah berhijab dari Allah yang dapat difahami di dalam firmanNya:

َاِذَا سَاَلْتُمُوْهُنَّ مَتَاعًا فَسْئَلُوْهُنَّ مِنِ وَرَآءِ حِجَابٍ ذَلِكُمْ اطْهَرُ لِقُلُوْبِكُمْ وَقُلُوْبِهِنَّ.

"Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka, maka mintalah dari belakang tabir. Cara demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka". QS: AL AHZAB, 33 :53.

Ayat di atas merupakan perintah dari Allah agar dihijab pergaulan antara lelaki dan wanita, di samping itu menunjuk ajar orang-orang yang beriman lelaki atau wanita bagaimana cara-cara perlaksanaan hijab. Antara cara hijab yang diterangkan oleh ayat di atas ialah larangan dari saling berpandangan, sehingga tidak perlu bersua muka apabila ada keperluan atau urusan antara lelaki dan wanita kecuali dalam keadaan terpaksa atau terdesak. Suruhan berhijab telah diperkuat oleh ayat-ayat al-Quran serta hadis-hadis sahih. Maka mentaati setiap suruhan dan hukum-ahkam yang didatangkan dari Allah Subhanahu wa-Ta'ala adalah wajib tanpa ada perselisihan pendapat.




Walaupun ayat di atas diturunkan kepada para isteri Nabi Muhammad salallahu'alaihiwa-sallam, tetapi hukum yang terkandung di dalamnya berbentuk umum, ia melibatkan semua wanita-wanita yang beriman. Adapun antara sebab diturunkan ayat di atas kepada isteri-isteri Nabi salallahu'alaihiwa-sallam ialah sebagai kemuliaan dan keagungan kepada mereka, tambahan pula mereka adalah manusia yang paling rapat dengan Nabi dan merekalah juga para isteri yang sentiasa mendapat bimbingan agama yang paling sempurna dari utusan Allah. Mereka juga merupakan contoh tauladan yang wajib diikuti oleh sekalian muslimah terutama dalam mencontohi cara-cara berhijab yang ditunjukkan oleh mereka semasa berinteraksi atau bermuamalah dengan lelaki asing yang bukan mahramnya.

Semua ayat-ayat atau dalil-dalil hijab sama ada yang terdapat di dalam al-Quran atau dari hadis-hadis sahih adalah mutlak atau muhkam. Tidak terdapat walaupun satu ayat yang mansuh dan tidak pernah dimansuhkan oleh Nabi Muhammad salallahu'alaihi wa-sallam. Ini bermakna berhijab adalah kewajipan yang kekal ke atas semua mukminah sehingga ke Hari Kiamat.

Hijab dalam pengertiannya yang sebenar khususnya yang berbentuk pakaian sentiasa diamalkan (tidak pernah ditinggalkan) oleh semua isteri-isteri Nabi Muhammad salallahu'alaihi wa-sallam dan isteri para sahabat, terutama semasa mereka keluar rumah dan berurusan dengan sesiapa sahaja dari kalangan orang-orang lelaki yang dianggap ajnabi (lelaki asing) yang bukan mahramnya.

Telah terbukti juga dalam sejarah atau sirah Islamiyah bahawa amalan berhijab bukan hanya terhad kepada isteri-isteri Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam sahaja, malahan berhijab telah diamalkan oleh keseluruhan Muslimah terutamanya di zaman Salaf as Soleh. Hijab terhapus atau ditinggalkan (dilupakan) oleh masyarakkat Islam setelah mereka tertipu dan terpedaya (terpengaruh) dengan propaganda budaya kafir yang suka menghina dan memburuk-burukan pelaksanaan hijab.

Category:

Education

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 0 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (0)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more