Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

Pakatan Rakyat desak adakan sidang khas Parlimen tentang isu Palestine

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
4,497
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Jan 5, 2009

PUTRAJAYA,5 JANUARI (SK)- AHLI-AHLI Parlimen Pakatan Rakyat mendesak supaya kerajaan Malaysia mengadakan sidang tergempar di Dewan Rakyat bagi membincangkan dan menyatakan tentangan terhadap keganasan Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Dalam sepucuk surat yang ditandatangani oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Surat yang mewakili 82 ahli Parlimen Pakatan Rakyat, turut memetik mengenai isu ini adalah amat mustahak bagi kerajaan membuat pendirian rasmi bagi menyertai masyarakat antarabangsa dalam menyatakan penentangan terhadap keganasan Israel dan menyatakan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin.

Di Malaysia, semenjak seminggu yang lalu, pelbagai pihak di kalangan rakyat Malaysia telah menyampaikan pandangan dan luahan hati yang menolak keganasan Israel ini. Bagi pihak rakyat Malaysia, Kami mendesak YAB Dato Seri supaya memanggil segera Sidang Tergempar Dewan Rakyat bagi merundingkan perkara ini, tegasnya

Anwar berkata, Pakatan Rakyat memandang berat perkembangan politik yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza yang telah mengorbankan kematian 400 rakyat palestin dalam masa seminggu.

Menurutnya, Keganasan yang dilancarkan oleh Israel terhadap warganegara Palestin yang tidak berdosa merupakan satu bentuk pencerobohan ke atas nilai kemanusiaan yang tidak perlu dipertikaikan lagi.

Kedegilan Israel dalam melakukan keganasan begitu jelas apabila mereka dengan angkuh menolak pandangan masyarakat antarabangsa supaya mengadakan gencatan senjata di Semenanjung Gaza,katanya.

Anwar dalam masa yang sama turut menyatakan kebimbangan beliau bahawa Israel akan terus melancarkan serangan bagi menghancurkan Semenanjung Gaza yang kini menjadi kubu Hamas.

Surat berkenaan dihantar pagi ini di Pejabat Perdana Menteri dan diterima oleh Setiausaha Sulit Abdullah, Ahmad Yaakob.

Antara ahli Parlimen yang hadir menyerahkan surat berkenaan ialah Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, Ahli parlimen Klang, Charles Santiago, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad, Ahli Parlimen Teresa Kok dan Ahli parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud.

Category:

News & Politics

Tags:

License:

Standard YouTube License

  • likes, 0 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (6)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • @BekasPenyokongPAS Jgn sokong APCO dahla ye x?

  • Yang ni baru betoi kalau nak berdemonstrasi...dah confirm Israil tu musuh Islam. Aku sokong. Teruskan perjuangan sehingga Palestin bebas dari Israil.

  • PBB uda tegas,tapi nak buat apa klu yg berperang 2 tak nak dgr.. peace...

  • good to see that non muslim too support Palestin..it only can see in pakatan rakyat..

    show that they are voice of regardless race and religion.

  • bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan "membunuh orang itu atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya" surah alma'idah ayat 32. semoga orang2 palestin di lindungi Allah SWT. Amin.

  • Ya Allah Selamatkan lah bumi Palestin..

    Amin..Ya Rabbal Alamin..

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more