HO CHI MINH, 3 Jun 2011 - Konvoi hampir tiba ke bandar Ho Chi Minh dalam keadaan hujan lebat, namun konvoi terpaksa mengharungi juga kerana harus menghadiri ke jemputan makan malam di rumah pegawai kedutaan Malaysia di sana, rumah En Khairi. Konvoi terasa cukup lega kerana jamuan makan malam merupakan makanan cara Malaysia, nasi biriani yang telah di masak sendiri oleh isteri En Khairi untuk kesemua anggota seramai 35 orang. Memang sedap masakan malam ini.
Setelah hujan berhenti, konvoi bergerak ke hotel di tengah Bandar Ho Chi Minh. Sangkaan konvoi memang tepat, terpaksa melepasi bandar yang cukup sesak dengan motosikal di bandar bergelar 'kingdom of motorbikes' yang mana terdapat sejumlah 4 juta motosikal di bandar sejumlah 10 juta penduduknya. Akhirnya konvoi tiba di hotel hampir jam 11 malam.
JEJAK WARISAN JAWI II - RENTAS 7 NEGARA
http://diari-jwj2.blogspot.com/
http://jwjonline.com/
Tahniah
MySyafiq89 7 months ago