KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, Khamis mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat berkuatkuasa serta merta.
Pada satu sidang akhbar di sebuah hotel di sini, Badrul Hisham, 49, berkata beliau akan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata keputusannya keluar dari PKR itu disebabkan beliau sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti berkenaan.
"Keputusan ini saya buat dengan penuh kerelaan tanpa sebarang paksaan, ugutan atau pun apa-apa faedah kepada diri.
"Malah keputusan ini berasaskan kepada prinsip agama dan moral saya sebagai seorang Islam," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri isterinya, Ramiza Mazlan.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini meminta Badrul Hisham melepaskan jawatan kerana mendakwa beliau gagal melaksanakan tugasnya dengan berkesan.
Mengulas lanjut, Badrul Hisham berkata beliau tidak akan sesekali melepaskan jawatannya sebagai Adun Pelabuhan Klang kerana beliau dipilih oleh rakyat dan bukannya oleh Menteri Besar Selangor.
Beliau berkata tindakan keluar PKR dan menjadi Adun bebas dapat menjimatkan wang rakyat di samping dapat mengelak tekanan daripada Khalid supaya beliau melepaskan jawatannya itu.
Ditanya sama ada beliau akan menyertai mana-mana parti politik selepas ini, Badrul Hisham berkata setakat ini beliau belum memikirkannya.
"Saya ingin tegaskan, saya mahu berkhidmat dengan cemerlang untuk rakyat khususnya pengundi saya di Pelabuhan Klang.
"Malah saya yakin akan mampu berkhidmat dengan lebih baik sebagai wakil rakyat Bebas tanpa sebarang gangguan mainan politik oleh kerajaan pakatan (pembangkang) yang ada sekarang," katanya.
Badrul Hisham berkata keengganan pihak pentadbiran kerajaan Selangor membantunya dalam penyelarasan peruntukan kewangan bagi kawasan DUN Pelabuhan Klang seolah-olah menganaktirikan beliau berbanding dengan wakil rakyat lain.
Selain itu, katanya, tindakan kerajaan negeri menubuhkan Pusat Penyelaras Khidmat Rakyat di DUN Pelabuhan Klang dan diuruskan oleh wakil rakyat kawasan lain, merupakan tindakan yang membelakangkannya sebagai Adun kawasan berkenaan.
Mengenai kenyataan Khalid yang mencadangkan beliau mendapatkan rawatan psikiatri dan menuduhnya mempunyai masalah kesihatan setelah pernah terlibat dengan kemalangan, Badrul Hisham berkata perkara itu merupakan satu tohmahan dan fitnah.
"Apabila Menteri Besar Selangor menyatakan saya mempunyai masalah kekuatan otak, ianya merupakan satu penghinaan ke atas maruah diri saya dan juga keluarga saya.
"Tindakan beliau itu merupakan perbuatan tidak bermoral pemimpin PKR," katanya.
Badrul Hisham juga menafikan kenyataan Khalid bahawa beliau tidak menjawab surat tunjuk sebab sedangkan suratnya yang bertarikh 28 Ogos 2009 telah diterima beserta cop rasmi pejabat Menteri Besar dan pejabat Setiausaha Agung PKR pada 2 Sept 2009.
-- BERNAMA
jadilah pemimpin yang jujur .....
svdigital88 2 months ago
boleh belahlah badrul!meluat aku tengok kau duduk dlm pr menyemak aje,tak reti buat keje,lepas p.r.u 12 batang hidung ko pun x nampak ,buat penat aku kempen untuk ko aje,masa ko datang kat markas palm groove dulu kau cakap pun merapu,aku dah agak dah ko nie masih ada karat b.n.nyesal aku tlong kempen untuk ko.ko memang x layak pun duduk dlm p.r. projek lebihhhhh ko nie.eeee malas aku nak tengok muka ko!
kamlal74 2 years ago
ya, blah
duelr 2 years ago
baca la teks rosmah bagi tu, hahahaha KATAK
duelr 2 years ago
sudah lah badrul..kau ni pun nak ikut Osman Jailu gak kan..Lepas keluar PKR jadi ahli bebas yang sokong BN dapat manyak projek kan..alah2...jgn la putar belit..kau pun bukan ade pusat khidmat..cemana jadik YB pusat khidmat takde.Ha..bila menteri besar mintak tunjuk sebab nape takde pusat khidmat kau nak keluar ye...taktik..taktik..Pembaca berita TV3..sampai bila korang nak baca berita tabur fitnah je...berenti2 la...
cobain1979s 2 years ago
hahahhahahaha...bgus kuar PKR ramai2....jgn pandai komen je ...nanti ditindas..padan muka...UMNO terus maju dengan perubahan...HIDUP UMNO...HIDUP MeLAYU!!!!
adamayu1985 2 years ago
hang tak reti buat kejaaaa......blah laa..'
Kritzportnoy 2 years ago
aku ni bukan la penyokong mana2 parti . tapi cuba kita fikir , kenapa isu liwat ni hanya diperbesarkan masa anwar dicalonkan untuk permatang pauh ?
dan pulak korang tak rasa pelik ker bila najib kata saiful datang jumpa dia untuk mohon biasiswa. apa kelebihan si saiful ni sampai cam tu punya senang jumpa najib . pelik kan?
memang pelik
haireemmx 2 years ago
cam takut2 jer ckp..
nmy772002 2 years ago 2
ko sape ikhmal?aku kenal sgt dgn si badrul ni..mmg ada skandal dgn puteri umno..nape lak tetiba baru ko rasa malu dgn kes liwat anwar?apa kaitan ko antara liwat anwar dgn tanggungjawab ko kat pel klang..haram jadah
KabinetRasuah 2 years ago