KUALA LUMPUR 28 Mac -- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggunakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak sebagai ruang untuk mempopularkan diri melalui pembohongan dan fitnah yang akan dibuat ketika berkempen nanti.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrin Hashim berkata rakyat Sarawak tidak harus terpedaya dengan apa yang bakal dikatakan oleh Anwar ketika pilihan raya negeri nanti kerana beliau hanya pandai berjanji tetapi tidak mampu melaksanakannya.
"Anwar ini hanya pandai berbohong, buat fitnah dan mereka-rekakan cerita untuk dapat sokongan, rakyat Sarawak akan menerima nasib yang sama seperti apa yang berlaku di negeri yang diperintah pembangkang jika mereka percaya apa yang dikatakannya.
"Itu keistimewaan Anwar, dia alihkan perhatian dan tumpuan yang asal, dia akan create (reka) isu, yang tak ada akan jadi ada, dia bohong untuk kelirukan rakyat, itulah yang dia ada sebenarnya," katanya kepada UMNO-Online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pembabitan Anwar pada pilihan raya negeri nanti. Penamaan calon pilihan raya Sarawak akan diadakan pada 6 April, manakala pengundian bakal diadakan pada 16 April nanti.
Zahrin menyifatkan pembabitan PKR di Sarawak tidak membawa kesan kepada senario politik tempatan, kerana pembangkang terutamanya Dap hanya mampu bertapak di kawasan pengundi kaum Cina.
"PKR di Sarawak, saya rasa tidak ada kekuatan, kira macam `touch n go' sahaja di Sarawak. Saya teringat semasa saya jadi pengerusi PKR di Pulau Pinang, saya diminta bantu pilihan raya Sarawak.
"Dari segi jentera di Sarawak, sememangnya dia (PKR) tak ada hubungan, PKR dengan Dap di Sarawak bukan begitu baik, mereka anggap mereka sebagai senior parti dan dia orang lama, mereka hanya guna Anwar sebagai idola, sebab itu mereka guna Anwar (PKR)," katanya.
Menurutnya, kemenangan PKR di Sarawak pada pilihan raya lalu hanya di kawasan kaum Cina, sementara di kawasan yang didiami kaum lain PKR tidak mendapat sambutan terutama di kawasan Melayu dan kaum Bumiputera Sarawak.
Zahrin berkata, kepimpinan negeri tidak harus berbeza dengan kerajaan pusat dan jika perkara itu berlaku akan menimbulkan kesulitan terutama dalam membabitkan hal pembangunan untuk rakyat.
"Sarawak tak mampu jika kerajaan negeri berbeza dengan kerajaan pusat, akan hadapi masalah besar, rakyat Sarawak tidak main politik kalau dilakukan, kalau rakayat tak percaya mereka kan terima seperti negeri pakatan pembangkang," katanya
salah PR adalah selalu ambil sampah buangan UMNO untuk jadi calon pilihanraya.Masa 2008 mungkin kurang pengalaman tetapi harapan semua adalah supaya lebih teliti kali ini.Tak semua sampah boleh kitar semula.
mohicanmalaysia 11 months ago
SUDAHLAH ZAHRAIN TAK DAPAT PROJEK NAK KLUAR DARI PKR,ORNG MACAM KAU TAK DE DALAM PAKATAN RAKYAT PUN TAK PE!KO JOINT LA DENGAN GROUP UMGOK TU DAPAT LIBAS PROJEK.BIASALAH UMGOK BARU JAWATAN KETUA BAHAGIAN,KT PEMUDA DAH ADA MAHLIGAI JUTAAN RINGGIT TAK CAYA DATANGLAH TEMPAT AKU.
imarono1 11 months ago
@naknakboleh
umno dah lama malukan org melayu hg takmau highlight ka?52thn perintah org melayu kat mana?kaki rempit,bohsia,buang anak,penagih etc tu sapa yg pro?
civicwes 11 months ago
@naknakboleh
Hang la ngok...masa bila aku tanya pasal pembangunan,nama je pure melayu bahasa sendiri pun tak paham,kang pakai english lagi la tak paham..
civicwes 11 months ago
UNDI DAP,PKR,PAS nescaya bungkus malaysia ni....
naknakboleh 11 months ago
@civicwes tak pakai baju tau malu, bahasa kotoq yang hang guna tak tak malu? ini lah jara pembangkan guna bahasa, amat memalukan bangsa melayu dan negara malaysia. patut lah tak laya pi jauh ke depan. depan pagaq rumah pun tak pernah keluq kut? kalau pernah keluq bahasa yang hang guna tak seteruk tu kut?
naknakboleh 11 months ago
@civicwes hang yang kena tipu, pasai hang bodoh, kalau tak bodoh mesti tak kena tipu, kalau cerdik sikit pun dah tak pa, tapi kalau bodoh terus macam hang, tu lah kena tipu selalu.hawat selama ni tak ada bangunan ka? tak ada rumah ka? tak ada jalan ka? tak ada hospital ka? tak ada sekolah ka? tak ada kerja ka? bahasa yg hang guna tu bahasa org PAS, tak ada budi bahasa, kat mak & pak hang, hang sembang guna ayat yang sama ka? tulah org suru sekolah tak mau. bercakap tu berlapik sikit,
naknakboleh 11 months ago
Yang cakap ni lagi terang2 bohong...dah keluar tapi takmau letak jawatan,satu bayan baru dia tipu...pegi mampos la zahrin,tak dapat projek dari LGE lps tu suruh anwar tolong,anwar takmau tolong..dia hentam balik,ni la jenis manusia hipokrit...cakap hang tu pencacai umno je boleh percaya sbb depa memang dah lama bodo...
civicwes 11 months ago
Dah lama dah kita kena tipu ngan umno/bn..tiap2 kali cerita pasal pembangunan sana sini tapi rakyat ditekan dgn bayar itu ,ini..yg depa dok mewah anak bini...
Kepada barua umno kat sini,hampa tolong bagi tau kat aku sapa menteri umno/bn yg paling lekeh dok rumah biasa cam nik aziz/pemimpin PAS?
civicwes 11 months ago
@naknakboleh
bagi contoh jap kat mana org melayu jahanam kat png dan selangor,yg jahanam org contractor umno ja..
civicwes 11 months ago