Alert icon
We're changing our privacy policy. This stuff matters.  Learn more  Dismiss

Bahaya Bidaah terhadap Akidah & Ibadah 1/11

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
5,370
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Jul 27, 2009

Ahli Sunnah Wal jamaah Tauhid rubiyyah uluhiyyah asma' wa sifat
MULA MUNCULNYA BIDAAH

Berbagai-bagai bidaah terus-menerus bermunculan di negara Islam setelah kewafatan para sahabat dan juga ramai para ulama Salaf as-Soleh yang telah meninggal. Hal ini telah disabdakan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam:

Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut ilmu ini dengan mencabutnya begitu sahaja, tetapi dengan mewafatkan para ulama, sehingga Allah tidak menyisakan seorang ulama pun, maka manusia akan mengangkat orang-orang bodoh sebagai ulama. Mereka bertanya dengan (orang-orang bodoh yang diangkat sebagai ulama) dan menjawab tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan (H/R Muslim No. 2673.)

Mereka berpaling dari al-Quran, as-Sunnah dan ijmak ulama. Mereka membawa persoalan agama kepada Ahli Rakyii (Aklani/pemuja akal), Ahli ahwa dan Ahli Sufi. Akhirnya umat Islam bukan setakat mengabaikan syariat, tetapi mereka dihanyutkan oleh kesesatan bidaah yang menyembah hawa nafsu.

Maka pernahkan kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagain tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmuNya dan Allah telah mengunci mati pendengarnan dan hatiya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakan yang akan memberi petunjuk sesuidah Allah (membiarkannya sesat). (Al-Jatsiyah. 45: 23.)

Orang-orang yang telah dikunci oleh Allah hatinya adalah termasuk para pelaku bidaah yang tidak mahu meninggalkan bidaah-bidaah yang dikerjakan oleh mereka.


HUJAH-HUJAH TENTANG BURUK, KEJI DAN SESATNYA BIDAAH

Imam as-Syaukani rahimahullah berkata:

"Apabila Allah Subhanahu wa Ta'ala benar-benar telah menyempurnakan agama-Nya (Islam) sebelum Nabi-Nya sallallahu 'alaihi wa-sallam diambil (diwafatkan), mengapakah masih diterima pendapat yang diada-adakan oleh ahli bidaah setelah Allah benar-benar melengkapkan (menyempurnakan) agama-Nya? Jika dalam perkiraan (sangkaan) mereka masih ada yang belum sempurna di dalam agama ini sehingga mahu disempurnakan (dilengkapkan lagi) dengan (sesuatu yang dicipta oleh) akal fikirannya, ini bermakna mereka telah menolak ayat al-Quran: (Hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu - Al-Maidah. 5:3.). Jika apa sahaja yang ditambah dalam agama ini oleh mereka bukan berkaitan dengan agama, maka untuk apakah gerangan bersibuk-sibuk mengada-adakan (mencipta) sesuatu yang tidak ada kena-mengenanya dengan agama Islam (untuk dijadikan agama)?. (Lihat: القول المفيد. Hlm. 38. As-Syaukani)

فَمَنْ كَانَ فَتْرَتُهُ اِلَى بِدْعَةٍ فَقَدْ ضَلَّ ، وَمَنْ كَانَ فَتْرَتهُ اِلَى سُنَّةٍ فَقَدِ اهْتَدَى.

"Maka barangsiapa yang fatrahnya (nalurinya, instinct, semangatnya atau keinginannya) cenderung kepada perbuatan bidaah maka dia telah sesat dan sesiapa yang fatrahnya cenderung kepada sunnah maka dia telah mendapat petunjuk. (Lihat: الاعتصام ، للشاطبى 1/ 39. Dikeluarkan oleh Ahmad dan Ibn Hibban dan asalnya dalam Sahihain.)

Hujah yang amat jelas ialah sabda Rasulullah:

كُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلُّ ضَلاَلَةٍ فِى النَّارِ.

"Setiap bidaah itu menyesatkan dan setiap yang menyesatkan tempatnya di neraka." (Lihat: جزء اتباع السنن واجتناب البدع No. 1. Tahqiq Dzia al-Muqaddisi. Hadis dikeluarkan oleh An-Nasaii dan sanadnya sahih.)

al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah dari kalangan ulama Syafieyah menegaskan:

Hadis di atas merupakan kaedah syara yang menyeluruh secara pemahaman, pengamalannya atau pengucapannya. Adapun secara pengucapannya seolah-olah ia mengatakan bahawa hukum sebegini adalah bidaah dan setiap bidaah itu sesat. Bidaah tidak akan berlaku dalam syara kerana bahawasanya syara itu keseluruhannya adalah petunjuk. Jika sabit sesuatu perkara itu dihukum bidaah, maka sahlah bidaahnya secara pemahaman, pengamalan dan pengucapan dan ianya wajib dijauhi. (Lihat: فتح الباري. Jld. 13. Hlm. 254.)

Bidaah diharamkan dalam syara kerana bidaah merupakan jambatan menuju kepada terjadinya kefasikan, maksiat, kekufuran dan kesyirikan. Malah bidaah lebih buruk dari maksiat.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah: Imam-imam ahli bidaah lebih merbahaya terhadap ummah dari ketua-ketua golongan pelaku dosa (penjenayah). (Lihat: Majmual-Fatawa. 7/284.)

  • likes, 0 dislikes

Link to this comment:

Share to:
see all

All Comments (0)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more