Alhamdulillah, pada 4-5 April 2009, satu program perkhemahan untuk kanak-kanak berusia 7-15 tahun telah diadakan di Longbottom Farm, Bristol. Program TTCB ini dianjurkan secara bersepadu oleh Malaysian Community of Bristol (MCB), Tunas Taqwa Fun Club (TTFC), Majlis Syura Muslimun (MSM) dan Malay Cultural Society, UoB. Seramai 25 orang peserta daripada keluarga-keluarga di Bristol telah berjaya mengharungi ujian dan cabaran sepanjang program ini dengan jayanya. Program ini dirancang dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan diselia oleh beberapa orang fasilitator, antara objektifnya:
1) Melahirkan keinginan secara semula jadi dalam diri peserta untuk menunaikan perintah-perintah Allah dan membendung diri daripada larangan-larangan-Nya;
2) Memberi kefahaman bahawa Islam itu menyeluruh dan tidak terhad kepada perkara-perkara ibadah sahaja; dan
3) Memberi keyakinan bahawa ada keperluan untuk terus-menerus mempelajari ilmu tentang Islam.
Secara keseluruhannya, program ini boleh dikatakan berjaya dan para peserta sangat gembira dan berharapkan untuk menyertai lagi program seumpama ini pada masa hadapan, insyaallah. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat.
well done TTFC and warga bristol.. mantop2.. jadi bench mark utk yg lain buat gak..hehe
ramanaym 2 years ago
besnyer. rugi nyer demam. huuu. xpe2 lpas nie kalo wat lagi., nk gi la!
huahuahuahua.
p/s: ade org kate abg tiger (?) paling bes. haha.
SAffA18494 2 years ago
well done TTFC n warga Bristol! tarbiyyatul aulad yg sgt menarik~~
adilahwar 2 years ago