Uploaded by paskemaman on Nov 4, 2009
KUALA LUMPUR, 27 Okt - Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan berhubung keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA memandangkan ia adalah mesyuarat yang sah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
"Pemecatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek daripada jawatan Timbalan Presiden MCA dan usul tidak percaya terhadap presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat dibuat menerusi EGM yang sah pada 10 Oktober lalu.
"Selepas EGM yang sah dan setelah merujuk Akta Pertubuhan 1966, kita dapati tiada peruntukan yang membenarkan ROS untuk campur tangan dan membuat keputusan dalam hal tersebut," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Selasa.
Sehubungan itu, Hishammuddin meminta pihak yang bertelagah dalam MCA menyelesaikan sendiri permasalahan mereka tanpa perlu membabitkan ROS.
Dr Chua dalam sidang medianya Sabtu lepas mempersoal tindakan ROS yang belum membuat keputusan mengenai kedudukannya sebagai Timbalan Presiden MCA yang sah walaupun EGM telah lama berlalu.
Bekas timbalan presiden MCA itu mendakwa ROS adalah pihak yang sah untuk memutuskan soal berkenaan kerana perlembagaan parti itu sendiri diluluskan oleh ROS.
Menurut Dr Chua, sekiranya ROS tidak mempunyai kuasa untuk campurtangan dalam membuat keputusan, maka tidak perlulah lagi pindaan perlembagaan pertubuhan tertakluk kepada pemerhatian ROS.
Pada EGM tersebut perwakilan MCA membuat kejutan dengan menolak usul mengembalikan jawatan Dr Chua sebagai Timbalan Presiden serta menolak kepimpinan Ong sebagai Presiden parti, kecuali hanya meluluskan usul menerima kembali Dr Chua dalam MCA.
Hishammuddin berkata berkata beliau ada menerima surat daripada Dr Chua semalam yang kandungannya berkaitan dengan ROS tetapi enggan membuat kenyataan lagi kerana belum melihat isi kandungan dengan teliti.
"Saya kena merujuk kepada peguam kementerian sama ada surat itu ialah penjelasan kepada fakta atau apa yang berlaku... atau ia hanya maklumat tambahan... atau dilihat sebagai rayuan," katanya.
Bagaimanapun, Hishammuddin berkata pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan ROS masih boleh membuat rayuan kepada menteri yang bertanggungjawab bagi melihat semula keputusan berkenaan.
Berdasarkan Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966, mana-mana pihak yang tidak berpuashati dengan keputusan ROS boleh membuat rayuan kepadanya sebagai menteri yang bertanggungjawab secara langsung dengan ROS, katanya.
"Jadi, dalam konteks ini, sebagai menteri, saya boleh membuat keputusan sama ada boleh minta ROS kaji dan lihat atau saya sendiri yang boleh buat keputusan mengenai kedudukan Dr Chua dalam MCA," katanya.
-- BERNAMA
Category:
Tags:
License:
Standard YouTube License
-
0 likes, 0 dislikes
2:42
Hishammuddin on ISA's amendmentby TVemedia177 views
5:10
Drama MCA Pada Selasaby paskemaman679 views
1:01
Pertengkaran Terbuka Ong Tee Keat Dan Tiong King Singby paskemaman883 views
10:47
Ketua Pembangkang - Anwar Ibrahim Bahas Bajet 2010 [SIRI 2]by BeritaSemasa00115,161 views
1:39
Ong: Education more important than politicsby thestaronline1,003 views
4:38
Ahli Parlimen Umno suruh Presiden MCA dan Gerakan Berundur dari Kabinetby dapvideo5,323 views
1:35
adriana campos tanga en vecinosby elvidachevere1,028,875 views
7:51
[HOT] Penjelasan Perdana Menteri Malaysia - Isu Hubungan Malaysia Dengan Indonesia [PART 2]by BeritaSemasa001755 views
5:58
All Star LhiRiKoH FaMiLiA ft Mike Kosa MTVby lhirikoh4,283,525 views
1:10
Ayah Pin Baru-Baru Ini Berada Di Terengganu, Kata Polisby paskemaman50,746 views
1:01
Hishammuddin: Barisan is re-looking deeply in reinventingby thestaronline3,195 views
7:05
18 na si Diane! 1 of 2by eliparcasio24 views
17:11
Hishammuddin apologises to all Malaysiansby thestaronline8,916 views
3:32
Hisham: Do not let emotions take over eventby thestaronline473 views
5:08
Ong Tee Keat puts things in the correct perspectiveby thestaronline755 views
2:10
Selingan: Norman & Memey Mengaku Tak Bersalahby paskemaman52,322 views
6:21
MAHASISWA dan AUKU.. Apa kesudahannya?by SinarHarianWebTV5,845 views
6:22
Parlimen Malaysia = Tolong Duduk , Tolong Diamby malaysianews110,389 views
10:36
[SIRI 7] Menteri Di Jabatan Perdana Menteri VS Ahli Parlimen Pakatan Rakyat - GULUNG BAJET 2010by BeritaSemasa0017,352 views
2:34
Debat Bahasa Arab (Final)by humairahibrahim35,191 views
- Loading more suggestions...
Link to this comment:
All Comments (0)