Sebenarnya salah satu minat kami (saya, isteri dan
beberapa orang rakan) ialah untuk mendalami
permasalahan mereka yang pernah terlanjur. Kami ingin
sangat tahu mengapa sesaorang itu terjebak ke dalam
aktiviti yang dikeji oleh Allah swt.
Mungkin kami boleh mendapatnya melalui pembacaan,
tetapi bagi kami untuk menjiwai permasalahan mereka
ini, kami perlu terjun ke medan dan bertemu sendiri
dengan mereka.
Alhamdulilah, kami telah mendapat beberapa peluang dan
salah satu darinya ialah bertemu dengan sekumpulan
pelajar perempuan yang ditempatkan di Raudhatus
Sakeenah di Kuala Lumpur. Tapi mereka ini adalah
kalangan remaja yang sudah insaf dan mahu kembali ke
pangkal jalan. Sedih kami lihat keadaan remaja ini -
mereka macam anak-anak kita sendiri- tetapi telah
terlanjur...
Kami telah membuat rakaman suara salah seorang dari
mereka. Kami mendapat kebenaran dari mereka agar
rakaman itu nanti digunakan bagi menyedarkan mereka
yang diluar sana.
Rakaman tersebut telah diproses dan kesannya
Alhamdulillah amat berkesan bagi menyedarkan remaja
yang mendengar ceramah kami nanti. Dengan teknologi
terkini, kami dapat kongsikan bersama rakaman
pengakuan tersebut (7.56 minit) - moga dengan ini
dapat dijadikan bahan bagi menyedarkan masyarakat kita
di luar sana.
http://www.youtube. com/watch? v=0uuuSGkptYA
Saya abadikannya juga dalam ceramah saya bertajuk
Impian Kasih antara Fantasi dan Realiti. Di mana
ceramah ini memperkatakan persoalan cinta remaja masa
kini. Ikutilah sedutannya (2.13 minit) di bawah ini.
http://www.youtube. com/watch? v=i7opaFKU014
Rumusan yang dapat kami buat, apabila Allah itu tidak
disembah dalam ertikata yang sebenarnya, apabila Allah
tidak menjadi neraca dalam kehidupan kita, syaitan
akan bermaharaja lela dan akhirnya akan mengheret
mereka dalam kancah kehinaan.
Moga Allah memberi kita kekuatan bagi membentengi
anak-anak kita dari terjebak dalam kancah yang tidak
diingini ini.
Wassalam
Dr Hishamuddin Alham
http://ahisham2001. multiply. com/
bukan salah prmpuan.. sebenarnya salah kedua duanya..
c prmpuan suka tayang body...
c lelaki pula.. 9 akal dorang tu langsung x dpt mngawal nafsu dorang yg hnya satu 2...
hutanrompin 2 years ago 15
Alahai...mak bakap juga kena kan.. tapi yang penting nya kalo kita selalu ingatkan Allah maka kita takkan melakukan perzinaan dan kejahatan...
Allah Maha Pengampun dan Penyayang
NzamKdh 2 years ago 10