Babak kecil ini menggambarkan perihal wanita Melayu dahulu kala yang penuh dengan telatahnya yang menarik yang jarang dapat kita lihat di perlakuan wanita Nusantara zaman sekarang. Dari pemakaian sopannya ke adat perbualan sesama orang tua (yang terkadang gamat) dan budaya memakan sirih serta batasan antara berlainan kelamin.
petikan dari filem Seri Mersing (1961) arahan Salleh Ghani.
plz upload kan filem ni versi penuh ,puas cr x jumpa...
TheDifficultusername 8 months ago
salmah ahmad ke ni?
ConfusedSponge 9 months ago
Masa tu hidup dalam damai...air bersih..udara pun bersih..budi bahasa terkawal... hanya filem lama sahaja yang boleh menghilangkan kerinduan.
pesaraguru71155 1 year ago
Adegan ni saya suka tengok walau berkali-kali..... Masa saya kanak-kanak dulu, seringkali berjumpa dengan nenek-nenek yang cakapnya berkias, lengoknya bahasa sama macam dalam adegan ini, tapi kini generasi yang tersebut sudah tiada lagi..... Hanya filem ini menjadi kenangan untuk saya imbau kembali zaman kanak-kanak saya sewaktu di kampung di Melaka dahulu... Al-fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita semua.... Semuga Allah cucuri rahmat ke atas roh-roh mereka.... Aminnn..........
dezydizzy 1 year ago