APA BUKTI QADIANI TIDAK SOLAT?

Loading...

Sign in or sign up now!
Alert icon
Upgrade to the latest Flash Player for improved playback performance. Upgrade now or more info.
2,910
Loading...
Alert icon
Sign in or sign up now!
Alert icon

Uploaded by on Nov 23, 2009

Kuala Lumpur: Dis 2009 Sebilangan para ulamak memfatwakan Jemaat Ahmadiyah terkeluar daripada Islam kerana mendakwakan bahawa Jemaat Ahmadiyah tidak solat dan puasa, kemudian solat tetapi menghadap ke Qadian, naik Haji ke Qadian, mengubah Al Quran kemudian menuduh memiliki Al Quran yang berbeza.

Lebih parah menuduh Jemaat Ahmadiyah memiliki Kalimah Syahadah berbeza. Semua tuduhan ini direka untuk menjauhkan masyarakat daripada mendekati Jemaat Ahmadiyah. Tetapi Allah swt akan membongkar dan menyempurnakan nubuwatan Rasulullah saw yang mengatakan bahawa "Akan datang satu zaman pada manusia di mana tidak ada lagi yang tinggal dari Islam kecuali namanya dan dari Al Quran yang tinggal hanya tulisannya. Masjid-masjid makmur tapi kosong dari petunjuk. Ulamanya akan menjadi wujud yang paling buruk di bawah kolong langit.Kekacauan fitnah akan keluar dari mereka tetapi akhirnya kembali kepada mereka juga" (Baihaqi).

JIKA MEREKA SOLAT JUMAAT BERMAKNA MEREKA MENGAMALKAN RUKUN ISLAM DAN MEMILIKI KALIMAH SYAHADAH DAN AL QURAN YANG SAMA.
SANGGUPKAH UMAT ISLAM MENANGGUNG DOSA KERANA TURUT BERSUBAHAT MENGIYAKAN DAN MENYOKONG FATWA YANG MENGKAFIRKAN MEREKA.?

Jika perkara-perkara yang jelas, para ulamak tersebut berjaya memperdayakan masyarakat, sudah tentu persoalan kenabian yang perlukan pemahaman dan pengertian yang mendalam akan lebih mudah diputarbelitkan oleh para ulamak tersebut dengan mengeluarkan fitnah. Sedangkan Jemaat Ahmadiyah mengagungkan Nabi Muhammad saw sebagai Khataman Nabiyyin, Nabi Yang Paling Mulia dan terakhir membawa syariat yang paling sempurna. Tidak ada Nabi lagi yang membawa syariat baru, yang hanya ada adalah Penerus ajaran Nabi Muhammad saw sahaja. Persoalan yang perlu dijawab ialah semua umat Islam percaya akan kedatangan Imam Mahdi, siapakah yang mengutuskannya? Bukankanlah Allah swt dan ini bermakna beliau adalah utusan Allah swt yang akan memenangkan Islam dan memuliakan Nabi Muhammad saw. Tetapi apakah Imam Mahdi hanya akan datang ke dunia mahu dihancurkan dengan kedatangan KIAMAT. Untuk apa Islam dimenangkan ketika hari mahu kiamat ? Jika musuh-musuh Jemaat tidak menerima Hazrat Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, itu hak mereka tetapi menghina dan memfitnah beliau dengan tuduhan yang kotor adalah tidak adil. Jika benar Jemaat Ahmadiyah menghina Islam dan mengancam keselamatan negara serta memecah-belahkan umat Islam maka berilah mereka peluang menjawab dan membela diri terhadap semua tuduhan tersebut. Bukan dengan menggunakan kekerasan dan penganiayaan serta bersikap tidak ADIL. Sedangkan di negara-negara Barat, Jemaat Ahmadiyah sibuk mengirim para pendakwah dan membina masjid untuk mengenapkan janji Allah swt yang akan memenangkan Islam melalui JIHAD INTELEKTUAL iaitu dengan DAKWAH bagi mengagungkan KALIMAH SYAHADAH "Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan-Nya.

  • likes, 1 dislikes

Link to this comment:

Share to:

Uploader Comments (jariullah3)

  • Ada pandangan yang kata Mirza Ghulam ni digunakan oleh penjajah british untuk mematikan semangat jihad Umat Islam di India ketika itu......

    Saya yakin jemaah ini adalah sesat dan terkeluar dari ajaran Islam.........

    Mengaji betu - betul k.......

    Solat JUmaat kat mana mana pun boleh...tak perlu kat markas korang ni k

    Maaf kalau terasa

    Teguran ikhlas dari hamba Allah

  • @mohamsm4 APA TUAN CAKAP ITU BETUL, SOLAT JUMAAT KAT MANA-MANA PUN BOLEH....TETAPI JIKA TUAN ORG PAS APAKAH TUAN AKAN SOLAT BELAKANG IMAM ORG UMNO DAN SEBALIKNYA? JIKA PRINSIP INI DIPEGANG.... MASALAH ORG PALESTIN PUN MUNGKIN BOLEH DISELESAIKAN TAK PERLU MEREKA NAK BJIHAD UNTUK AMBIL KEMBALI MASJID AQSA. SAUDARA MESTI BTJWB DGN APA YG SAUDARA TAIP ,,JGN MAIN CEDUK DAN IKUT SHJ, INI SIFAT KERA.....MENURUT BAGINDA SAW IAITU SUKAU MENIRU DAN JANGAN TAK TERKAWAL AKAN TIMBUL NAJIS FITNAH LAGI BERAT

  • @jariullah3 Kalu saya org PAS pun saya tetap solay kat belakang mana mana Imam AhlusSunnah Wal Jamaah...UMNO ke Imam tu, PKR ke Imam tu, Parti Cinta Malaysia ke Imam tu...tak der masalah...asalkan masih berpegang dgn Aqidah Sohih.. tapi kalau macam Qadiani ni...saya tak nak la solat belakang dia org,,jelas terkeluar dari aqidah alusSunnah wal Jamaah.....Fikir-fikir kan sedara...

  • mohamsm4... KALAU SAUDARA ORG PAS.. NAMPAKNYA SAUDARA BUKAN ORG PAS... JIKA ORG PAS PEGANG PRINSIP MCM SAUDARA, AMAN MSIA, ELOK MINTA NIK AZIZ DAN HADI SOLAT DULU BELAKANG MAHATHIR, AGAK-AGAK NAK TAK TOK GURU IKUT CAKAP SAUDARA SAMA-SAMA ASWJ...BERJEMAAH ADA KHALIFAH....MANA KHALIFAH SAUDARA ? BERJEMAAH TU SERAGAM, DLM PAS PUN DAH BERPECAH MCM MANA? TAK PERLU ADA AHMADIYAH... KITA DAH BERPECAH ...JGN TUDUH "A" NAK PECAHKAN ISLAM....INI BUKAN "A" BUAT, INI NUBUWATAN BAGINDA SAW, KAJILAH

  • MIRZA QHULLAM BUKAN NABI. KAFIR KAMU

  • @arnabies terima kasih....mengkafirkan saya krn genaplah nubuwatan dan kebenaran Yang Mulia Nabi Muhammad saw... kedatangan Imam Mahdi akan menerima tentangan sama yg dialami oleh Khataman Nabiyyin Muhammad saw, Baginda saw juga dilabelkan sesat dan terkeluar drp kepercayaan nenek moyangnya. Tuan hny pandai mengkafirkan dan menyesatkan org lain. KAMI NAK MEMATAHKAN SALIB...IAITU NABI ISA as SUDAH WAFAT..ITU TUJUAN BESAR KEDATANGAN IMAM MAHDI. TUAN NAK PERCAYA NABI ISA AS BANI ISRAIL MASIH HIDUP!

see all

All Comments (293)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • Yg Mulia Baginda saw sememangnya Khataman Nabiyyin iaitu Nabi Terakhir Pembawa Syariat yg sempurna tetapi bukan Nabi Penutup krn Penutupan Nabi bukan hak manusia tetapi hak Allah swt. Secara simbolik Baginda saw myakinkan kita bhw slepas Baginda saw akan dtg seorg utusan Allah swt yg mneruskan dakwah baginda saw dan akan mmatahkan salib...iaitu "Nabi Isa" , knp turun Nabi Isa lg jika Baginda saw adalah Penutup..TUTUP tidak mengangkat kemuliaan Nabi Muhammad saw, Yahudi ada byk Nabi, umat Islam?

  • Sudah terang lagi jelas Ahmadiyyah menyimpang dari jalan islam yang benar. Nabi terakhir ialah Muhammad Rasullullah...bukan MIRZA GHULAM AHMAD!!!!

  • Kpd pihak yang mengkafirkan dan menyesatkan Ahmadiyah, saya menghormati keberanian saudara-saudara tetapi jika saudara-saudara hanya mendengar dan membaca daripada sumber musuh-musuh Ahmadiyah maka saudara tidaklah bijak. Keberanian yang baik memerlukan kebijaksanaan. Oleh itu, saya mohon email kepada saya, agar saya dapat sertakan buku “ Penerangan Ahmadiyah” yang diterbitkan pada tahun 1956,jariullah3@gmail.com

  • kepada pihak-pihak yang telah memberikan komen dan yang telah menyesatkan Jemaat Ahmadiyah, kami memohon agar diadakan muzakarah terbuka dengan pihak kami, berilah kami peluang untuk membela diri terhadap segala tuduhan-tuduhan tuan-tuan dan puan-puan.  Kos dewan dan catering biar kami yang tanggung. sila hubungi tuan Ainul (013-2066865) bagi mengadakan muzakarah terbuka tersebut.

  • @sayyid14 70 ribu risalah diedarkan.....dengarlah betul-betul..........jangan nak cari salah sahaja..... saya nak sangat berjumpa dengan tuan kerana saya yakin tuan amat sayangkan Islam. Islam berdiri dengan dalil, marilah berbincang. ini email saya jariullah3@gmail.com, email saya kita atur tempat dan masa bertemu dengan fikiran yang matang dan rasional

  • Kita dah sebarkan 70ribu di seluruh malaysia.eh mana satu ni.kata 1500 kata 70000.Ahmadiyah cakap 200juta , sat lagi kat 160juta patsu 60ribu pastu 75ribu.penipu Ahmadiyah/Qadiani

Loading...

Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more