|
naspazi uploaded a new video
(2 days ago)

MEMBANGUN KEBERANIAN MELAWAN KEZALIMAN Oleh Naspazi | Friday | 20 Januari | 2012
CITRA kemudi Sabah pasca PRU ke-13 hendaknya, mampu menyerlahkan seb...
more
MEMBANGUN KEBERANIAN MELAWAN KEZALIMAN Oleh Naspazi | Friday | 20 Januari | 2012
CITRA kemudi Sabah pasca PRU ke-13 hendaknya, mampu menyerlahkan sebuah kerajaan baru yang sederhana atau tidak besar kepala. Namun, dalam kesederhanaan itu dapat menjernihkan kekabutan sistem pemerintahan proksi dan talibarut gerombolan Melayu UMNO selama 36 tahun menghirup hasil Sabah.
Sedia maklum bahawa, rakyat Sabah pasca USNO memang telah dilatih, diasak, digasak dan didesak melalui sistem pendidikan haprak gerombolan melayu UMNO agar berfikir dan mengaku atau akur bahawa, Sabah adalah negeri ke-12 bagi Malaya yang di upgrade menjadi Malaysia dan seolah-olah bukan lagi rakan kongsi dalam penubuhan Malaysia 1963.
Memorandum Kepada PBB Dan Kerajaan British
Pasca PRU ke-13 sekiranya kerajaan talibarut gerombolan Melayu UMNO di Sabah berjaya ditumpaskan, maka menjadi tanggungjawab kabinet baru, Datuk Dr. Jeffrey contohnya untuk merangka dan mengutus memorandum kepada PBB dan kerajaan British, meminta agar satu resolusi PBB diadakan bagi mengutuk dan seterusnya campur tangan PBB dan kerajaan British terhadap tindakan gerombolan Melayu UMNO yang mencabul Perjanjian pembentukan Malaysia 1963:
1. gerombolan Melayu UMNO telah mencabul Perjanjian 20 Perkara yang menjadi syarat pokok Sabah menganggotai penubuhan Malaysia 1963,
2. gerombolan Melayu UMNO telah melakukan jenayah kemanusiaan melalui pemberian Kad Pengenalan kepada ratusan ribu Pendatang Asing Tanpa Izin.
Justeru, pakar-pakar perundangan Rakyat Sabah sewajarnya mula bertindak dari sekarang untuk merangka garis kasar memorandum yang perlu dikemukakan kepada PBB dan kerajaan British.
Namun begitu, saya sedar bahawa ada ketua jabatan proksi gerombolan Melayu UMNO di Sabah yang berkata, siapa kau? Maksudnya, siapalah Naspazi yang hendak mencuba bersuara tentang keadilan bagi pihak Rakyat Sabah. Saya jawab, biarlah sang harimau mengaum sendirian, terpulanglah kepada sang kambing-kambing gerombolan Melayu UMNO di Sabah sama ada menghiraukannya atau tidak.
Tetapi, setiap orang wajar menyedari hakikat bahawa, mana-mana negara selamanya tidak menjadi hebat tanpa kewujudan pemimpin yang memiliki keberanian tinggi menggapai impian. Amerika Syarikat menjadi hebat kerana wujudnya George Washington sebagai Presiden. Jepun menjadi hebat kerana hadirnya Meiji sebagai Maharaja. Singapura menjadi hebat kerana hadirnya Lee Kuan Yew sebagai Perdana Menteri.
Demikianlah, seakan menjadi satu kewajaran yang mendesak bagi rakyat Sabah agar serius dan dedikasi mencari dan mengangkat pemimpin yang berwibawa, dinamik dan komprehensif dalam usaha membersihkan air muka Sabah dari najis politik haram jadah gerombolan melayu UMNO, waima di persada antarabangsa sekalipun, sebagai Sabah baru yang damai dan sentosa, selamat dan berkualiti. Oleh itu, jika mengambil kira disiplin kesarjanaan tinggi, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan memiliki standard yang saya maksudkan.
Lantaran itu, cabaran terbesar yang mendepani cendekiawan Sabah khususnya dan rakyat Sabah amnya, tidak lain dari serentak bertindak dan bangkit bersatu sebelum terlalu lambat untuk menyapu dan membersihkan kelibat parti-parti sampah yang bersifat Malaya khususnya parti gerombolan melayu UMNO dari terus-menerus mengotori bumi Sabah dengan pelbagai bentuk tingkah laku kebinatangan yang bertentangan dengan kelakuan tamadun.
PRIBUMI SABAH BIAR ADA HARGA DIRI TAMATKAN HEGEMONI UMNO DI SABAH - Naspazi
less
|
|
| |
|
naspazi uploaded a new video
(1 week ago)

Ranking Negara Kaya Dan Maju 2011 (HD) by Naspazi
KHAS buat perompak masa depan Sabahan tulen. Gagasan Malaysia dicetuskan pada tahun 1962 yang mera...
more
Ranking Negara Kaya Dan Maju 2011 (HD) by Naspazi
KHAS buat perompak masa depan Sabahan tulen. Gagasan Malaysia dicetuskan pada tahun 1962 yang merangkumi Negara Brunei, Negara Malaya, Negara Sabah, Negara Sarawak dan Negara Singapore. Namun, Brunei tidak menandatangani Penubuhan Malaysia pada 9 Julai 1963; Singapore pula keluar Malaysia pada 9 Ogos 1965. Kini, mereka antara negara paling kaya dalam kelompok negara maju di dunia 2011. Kalau begitu, di mana harga diri Malaysia berbanding Brunei dan Singapore?
Ranking 10 Negara Paling Kaya 2011
1. Qatar 2. Luxemburg 3. Norway 4. SINGAPORE 5. BRUNEI DARUSSALAM 6. United States 7. Hong Kong 8. Switzerland 9. Netherlands 10. Australia
Ranking 38 Negara Paling Maju 2011
1. Norway 2. Australia 3. Iceland 4. Canada 5. Ireland 6. Netherland 7. Sweden 8. France 9. Japan 10. Switzerland 11. Luxembourg 12. Finland 13. United States 14. Austria 15. Spain 16. Denmark 17. Belgium 18. Italy 19. Liechtenstein 20. New Zealand 21. United Kingdom 22. Germany 23. SINGAPORE 24. Hong Kong 25. Greece 26. South Korea 27. Israel 28. Andorra 29. Slovenia 30. BRUNEI DARUSSALAM 31. Kuwait 32. Cyprus 33. Qatar 34. Portugal 35. United Arab Emirates 36. Czech Republic 37. Barbados 38. Malta
Melayu UMNO Sarjana Agung Dalam Menipu Rakyat Sabah 'Beranilah Berjiwa Besar' Membangun Keberanian Melawan Kezaliman - Naspazi
less
|
|
| |
|
naspazi uploaded a new video
(1 month ago)

PERJANJIAN SYAITAN UNTUK MENDARAT DI NERAKA Oleh Naspazi | Saturday | August 28 | 2010 http://naspazi.multiply.com/journal/i...
Betapa jasa, bukan pen...
more
PERJANJIAN SYAITAN UNTUK MENDARAT DI NERAKA Oleh Naspazi | Saturday | August 28 | 2010 http://naspazi.multiply.com/journal/i...
Betapa jasa, bukan penanda aras untuk tidak mewajarkan perubahan kepimpinan dan kerajaan. Sementelahan, dalam usaha menukar pemerintah dan kerajaan dalam negara yang mendakwa demokrasi bukan suatu pengkhianatan yang layak untuk dihantar ke tali gantung.
Saya juga percaya bahawa, seseorang pemimpin mestilah atau wajiblah mempamerkan contoh tingkah laku moral yang terbaik kepada masyarakat kerana najis tidak boleh membersihkan najis. Saya juga yakin bahawa, setiap pemimpin, bahkan setiap orang yang sanggup menipu dirinya sendiri, sudah pasti sanggup juga untuk menipu orang lain.
Dengan kata lain, kuasa yang dimiliki atas dasar penipuan dan ugutan semasa dalam proses mencapai kuasa tersebut, seperti menipu undi dalam pilihanraya, mengugut dan menggertak para pengundi supaya mengundi melayu UMNO, sudah pasti pimpinan melayu UMNO sanggup juga untuk menipu, mengugut dan menggertak masyarakat semasa mereka menggunakan kuasa yang telah mereka genggam hasil dari mandat rakyat yang mereka telah tipu, ugut dan gertak sebelumnya.
Natijahnya ialah, kerajaan Malaysia yang dibentuk atas dasar penipuan, ugutan dan gertakan semasa pilihanraya bukan lagi cerminan dari ketulusan akal budi masyarakat sebagaimana yang dinyatakan oleh John Stuart Mill (1806-1873) bahawa, standard kerajaan sesebuah negara adalah ukuran dari standard pemikiran warganegaranya yang memberi mandat kepada pimpinan atau penguasa yang membentuk kerajaan.
Justeru, dengan meneruskan kewujudan melayu UMNO di Sabah hanya akan menjadi parasit kepada warga tulen Sabah. Bahkan, lebih bijak seseorang melayu UMNO itu, atau individu yang menjadi proksi kepada melayu UMNO itu, nescaya mereka akan lebih berjaya dalam penipuan melampau mereka terhadap warga tulen Sabah.
Sesungguhnya agama Islam yang dijadikan alat propaganda oleh melayu UMNO, bagi menghalalkan pemberian kad pengenalan (projek) kepada pendatang haram, walaupun seakan suatu yang istimewa dalam konteks kepercayaan beragama, namun ianya tetap menjadi suatu pemecahan sejarah yang mencabar keharmonian kontrak sosial dan kebijaksanaan leluhur warga tulen Borneo, sebagaimana yang telah ditentukan dasarnya dalam 'Dokumen Perjanjian 20 Perkara' yang juga menjadi asas kepada pembentukan Malaysia, namun akhirnya, warga tulen Sabah dengan mudah telah menjadi korban penipuan tidak terhingga oleh melayu UMNO.
Sejak pembentukan Malaysia, melayu UMNO juga telah menganggap Sabah hanya sebagai harta mereka untuk dieksploitasikan semahu-mahunya. Tatkala beberapa orang talibarut melayu UMNO di Sabah disogok dengan kekayaan, sedangkan warga marhaen tulen Sabah dipaksa meneruskan hidup di tengah-tengah pemerasan paling sedih oleh tuan barunya yang bernama melayu UMNO serta proksinya.
Darah warga marhaen tulen Sabah juga telah dihisap oleh kezaliman melayu UMNO, dengan melihat warga pendatang haram lebih berhak dijaga atas nama kepentingan agama Islam. Justeru, hakikatnya adalah demi kelangsungan politik melayu UMNO yang begitu menjijikkan. Dan akhirnya, 'Dokumen Perjanjian 20 Perkara' hanya menjadi persetujuan warga tulen Sabah dengan syaitan untuk mendarat di neraka.
PRIBUMI SABAH BIAR ADA HARGA DIRI UMNO SARJANA AGUNG DALAM MENIPU REMPUH MELAYU UMNO SAMPAI JATUH - Naspazi
less
|
|
| |
|
naspazi uploaded a new video
(1 month ago)

MENANGANI IMPIAN LELUHUR PENDIRI NEGARA SABAH Oleh Naspazi | Monday | 3 October | 2011 http://naspazi.multiply.com/journal/i...
Demi harapan dan kebaj...
more
MENANGANI IMPIAN LELUHUR PENDIRI NEGARA SABAH Oleh Naspazi | Monday | 3 October | 2011 http://naspazi.multiply.com/journal/i...
Demi harapan dan kebajikan, bumiputera Sabah patut bersatu secara kolektif dan holistik menghadapi bersama kesuraman dan kemuraman yang melanda landskap politik, ekonomi dan pendidikan yang menjadi hak mutlak bumiputera Sabah dalam gagasan Konfederasi Malaysia.
Sabah dan Sarawak adalah dua buah negara yang telah merdeka dan berdaulat pada 1963. Oleh yang demikian, warga Malaya yang masuk ke Sabah dan Sarawak wajib menggunakan pasport.
Dengan kata lain, status Sabah dan Sarawak tidak sama dengan status sebelas negeri Tanah Melayu yang membentuk Persekutuan Malaya atau 'Federation of Malaya'. Oleh itu, status Sabah, Sarawak dan Malaya yang membentuk Malaysia adalah Konfederasi Malaysia atau 'Confederation of Malaysia'.
Konsep negara konfederasi adalah gabungan beberapa buah negara yang merdeka dan berdaulat melalui dokumen pemerintahan bersama menerusi perjanjian yang saling mematuhinya.
Contohnya, perjanjian 20 Perkara yang mendasari pembentukan Malaysia. Adapun, perbezaan negara federal dengan negara konfederasi adalah kemerdekaan dan kedaulatan negara-negara yang bergabung di dalamnya.
Konsep negara federal tidak terbentuk atau dibentuk dari gabungan negara-negara yang sudah merdeka dan berdaulat sebelumnya. Contohnya, sebelas buah negeri Tanah Melayu yang membentuk Persekutuan Malaya yang dimasyhurkan kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 secara serentak.
Dengan kata lain, Persekutuan Malaya tidak dibentuk oleh beberapa buah negara yang sudah mencapai kemerdekaan dan kedaulatan yang berasingan sebelumnya.
Oleh sebab itu, konsep kenegaraan Malaysia adalah negara konfederasion, lantaran ianya dibentuk atas nama gabungan Sabah, Sarawak dan Malaya menjadi 'MALAYSIA' yang telah sama-sama merdeka dan berdaulat secara berasingan sebelumnya.
Justeru, tata hukum negara konfederasi tidak mengikat seluruh warganegaranya dalam satu bentuk undang-undang, melainkan undang-undang yang telah dipersetujui atau disepakati bersama. Demikian penjelasan wikipedia tentang konsep negara konfederasi.
"...Under international law, a confederation respects the sovereignty of its members and its constituting treaty can only be changed by unanimous agreement. A confederation in modern political terms is a permanent union of sovereign states for common action in relation to other states.
Usually created by treaty but often later adopting a common constitution, confederations tend to be established for dealing with critical issues such as defence, foreign affairs, or a common currency, with the central government being required to provide support for all members.
The nature of the relationship among the states constituting a confederation varies considerably. Likewise, the relationship between the member states and the central government, and the distribution of powers among them, is highly variable. Some looser confederations are similar to intergovernmental organizations, while tighter confederations may resemble federations..."
Sedia maklum bahawa, Malaysia wujud melalui perjanjian yang ditandatangani oleh para negarawan yang terlibat pada 9 Julai 1963 di parlimen British. Semenjak dunia purba hingga ke era moden, sebarang perjanjian wajib ditaati, jika tidak, kamus sejarah meriwayatkan bahawa, ia boleh mencetuskan badai kemarahan dan mungkin berakhir dengan peperangan. Yang demikan, Sabah memerlukan negarawan standard antarabangsa yang bukan sekadar menjadi talibarut kepada Melayu UMNO!
Malaysia mendakwa sebagai negara pengamal demokrasi. Demokrasi dalam kerangka yang luas pernah memberikan keagungan tamadun ilmu kepada Yunani, maka lahirlah ungkapan abadi, "Beri aku tempat untuk berdiri, dan aku akan mengubah dunia" (Archimedes: 287-212sm).
Namun, tatkala Yunani terlanjur diperintah oleh penzalim, lantas Yunani musnah sepenuhnya dan yang tinggal kini hanya tamadun ilmu mereka dalam bentuk falsafah yang menjadi produk di era keemasan demokrasinya.
Sehubungan dengannya, warga Malaysia amnya, dan warga Sabah khususnya, adalah lebih bermoral kiranya, jika secara jujur mengamalkan demokrasi tanpa penipuan dan pembohongan. Biarlah generasi waktu muka berkata bahawa, generasi masa kini telah diuji dan menolak untuk mengakhiri pengembaraan mempertahankan destinasi kedaulatan 20 Perkara.
Bumiputera Sabah juga jangan mundur dari matlamat meneruskan anugerah kemerdekaan Sabah dalam konsep negara konfederasi Malaysia dan menghantarkannya dengan selamat buat generasi masa depan.
PRIBUMI SABAH BIAR ADA HARGA DIRI UMNO SARJANA AGUNG DALAM MENIPU REMPUH MELAYU UMNO SAMPAI JATUH - Naspazi
less
|
|
| |
|
naspazi uploaded a new video
(2 months ago)

BADAI-BADAI SIAL MELAYU UMNO Oleh Naspazi | Tuesday | 25 October | 2011 http://naspazi.multiply.com/journal/i...
Paradigma terbuka kepada warga seborn...
more
BADAI-BADAI SIAL MELAYU UMNO Oleh Naspazi | Tuesday | 25 October | 2011 http://naspazi.multiply.com/journal/i...
Paradigma terbuka kepada warga seborneo,
Sesungguhnya, pembentukan Konfederasi Malaysia pada 16 September 1963, tentunya demi kedaulatan dan kesentosaan warga yang terlibat (Sabah, Sarawak dan Malaya). Namun begitu, pada hakikatnya adalah sebaliknya. Lantaran itu, yang ternampak berdaulat dan sentosa dalam Konfederasi Malaysia hanyalah melayu UMNO.
Manakala, Sabah dan Sarawak hanya sekadar menjadi boneka, barua dan kuda tunggangan melayu UMNO sebagai warga arrogant (sombong lagi bongkak) yang sentiasa menganggap dirinya super yang boleh memperbodoh Sabah dan Sarawak, sehingga perjanjian yang membentuk Konfederasi Malaysia dilanggar dan dicabul sesuka hati.
Untuk itu, salah satu watak utama yang jelas kelihatan menyerlah dalam diri dan minda melayu UMNO adalah sifat menggertak dan serakah, berbohong dan memfitnah, memutar dan memusing aspirasi murni Konfederasi Malaysia bagi mewajarkan standard Sabah dan Sarawak dijatuhkan sebagai negeri dengan mengadaptasikan identiti Persekutuan Malaya 1957 menjadi identiti Konfederasi Malaysia 1963. Yang demikian, kebangkitan rakyat Sabah dan Sarawak menjadi kewajaran bagi menuntut keadilan dan kedaulatan bersama dalam konteks negara Konfederasi Malaysia.
Justeru, cabaran terbesar warga Malaysia Timur adalah membina pasukan pemimpin standard negarawan antarabangsa untuk memimpin rakyat mencabut akar kezaliman, pengkhianatan dan seterusnya menggulingkan regim durjana melayu UMNO di Sabah, hatta seantero Konfederasi Malaysia, disamping mendirikan pemerintahan autonomi wilayah Borneo.
Salah satu formula utama yang dapat dibayangkan, yang boleh membantu kedaulatan autonomi wilayah Malaysia Timur adalah visi bangsa Borneo bermasyarakat dan bernegara dengan kemampuan pemimpin yang dinamik dan komprehensif dalam memahami watak keparat melayu UMNO dulu, kini dan selamanya sebagai badai sial yang telah menghancurkan perjanjian pembentukan Konfederasi Malaysia.
Mengapa warga Malaysia Timur amat memerlukan pemimpin yang dinamik dan komprehensif? Jawapannya adalah bagi memungkinkan warga Malaysia Timur mampu dibawa mendepani cabaran kearifan sebagai pemimpin dengan rasa tanggungjawab mengemudi rakyat Borneo ke mercu kedamaian dan kesentosaan dalam bermasyarakat dan bernegara yang berdaulat dan merdeka dengan kewaspadaan tinggi untuk mencapai puncak kebahagiaan, kesempurnaan dan kehidupan yang lebih baik, sebagaimana warga Brunei dan Singapura.
Tegasnya, Malaysia Timur tidak memerlukan sejenis pemimpin yang hanya bernafsu besar untuk menjadi pemimpin, tetapi tidak mampu berfikir besar sebagai negarawan atau wibawa sebagai 'Internationally minded'.
Sabah adalah sebuah negara; sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Justeru, hendaknya kedaulatan Sabah sebagai sebuah negara yang merdeka dihormati dalam konteks keadilan atau keseimbangan bermasyarakat dan bernegara dalam Konfederasi Malaysia.
Jika tidak, nescaya 'Declaration of North Borneo Independence' pada 31 Ogos 1963 bagaikan mimpi agung yang kosong seorang hamba abdi yang begitu merindui kebebasan di ambang nazak menanti ajal.
PRIBUMI SABAH BIAR ADA HARGA DIRI UMNO SARJANA AGUNG DALAM MENIPU REMPUH MELAYU UMNO SAMPAI JATUH - Naspazi
less
|
|
Fajar menyingsing di ufuk timur menuju ke lembayung senja di ufuk barat petanda khabar banyak baik itu macam tuan...hehehe! - Naspazi & Heritage of Borneo
Terus terang, pertanyaan sdr sukar saya jawab, lantaran ianya merujuk pantai sekitar 55 tahun yang sudah. Apa yang pasti filem tersebut (Penarek Becha 1955) dihasilkan di Jalan Ampas, Singapore. Bahkan, banglow yang dikatakan pernah digunakan oleh Allahyarham P.Ramlee dalam filem komedi Madu Tiga di Holt Road, Singapore masih dipertikaikan kesahihan faktanya. Apapun, diharap ada pengunjung yang dapat menjawab pertanyaan sdr dengan tepat!
Sekian, terima kasih
- Naspazi
Saya faham bahawa lagu Bengawan Solo ciptaan Gesang Martohartono. Justeru, yang saya ingin kongsi pada video tersebut adalah lagu Bengawan Solo yang kelihatan dinyanyikan oleh P.Ramlee dan bukan mengklaim ciptaan P.Ramlee. Yang demikian, tolong cadangkan tentang bagaimana video tersebut sewajarnya diberi judul! Naspazi