Upload
277

Subscription preferences

Loading...

Loading icon Loading...

Working...

Wan Rausyanfikir

"BICARA" TV Al-Hijrah: Agenda Islam dalam Program Transformasi Negara

1,607 views 1 year ago
Penampilan wakil Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM), saudara Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dalam rancangan Bicara, TV Al-Hijrah, 2 Julai 2011.

Tajuk yang dibincangkan ialah "Agenda Islam dalam Program Transformasi Negara".

Disamping hujjah-hujjah mantap daripada Dr. Zaharuddin Abdul Rahman, saudara Wan Fayhsal turut mengetengahkan saranan untuk mengguna pakai kata kunci yang disandarkan pada tradisi dan bahasa Islami seperti "pemurnian" dan "islah" sebagai satu penjelasan yang lebih tepat dan secocok dengan faham transformasi yang Islami. Beliau juga memetik beberapa pandangan Ibn Khaldun berkenaan sifat kitaran sejarah (cyclical historical paradigm) dalam meneliti wacana transformasi ketamadunan disamping penyataan semula faham perpaduan Nasional yang digagaskan oleh Tan Sri Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas juga keperluan untuk memurnikan semula tradisi keilmuan Islam dalam memperkukuhkan sistem pendidikan negara secara am dan pendidikan kaum Muslimin secara khusus. Saudara Wan Fayhsal juga menceritakan betapa rencamnya latar budaya kaum Muslimin dalam berhadapan dengan anasir-anasir asing yang menunggang kuda-kuda media massa dalam menyebar luaskan dakyah-dakyah yang bertentangan dengan faham Agama Islam - persis ledakan Reformasi Protestantisme Martin Luther yang memanfaatkan revolusi mesin cetak Johannes Gutenberg sekitar abad ke-15 Masihi. Kedua-dua panelis menyatakan pendirian yang sama perihal memperkukuhkan tiang seri masyarakat dengan pemantapan pendidikan Islami seperti yang dianjurkan dalam tradisi, pada masa yang sama mengambil manfaat daripada sistem pendidikan kontemporari untuk menjadikan sistem pendidikan masyarakat lebih bersifat anjal dan mampan dalam mendepani cabaran semasa.

Rakaman siaran adalah ihsan daripada TV Al-Hijrah Show less
Read more
Loading...
Working...
to add this to Watch Later

Add to