Featured Playlists
Toll Gate Girl(lakonan Amy Mastura)
TOLLGATE GIRL (TGG) - telah dikeluarkan dalam format VCD. Telefilem ni asalnya disiarkan oleh ntv7. Arahan Osman Ali. Bagus juga diorang jual VCD ni, sebab dekat tv banyak sangat iklan lah. Patut juga dikeluarkan telefilem Osman yg satu lagi tu, Intan Mahsuri (IM), sebab tak berapa layan tengok tv tahun lepas, masa tu raya kan? Rasanya IM lagi best le dari TGG
P-Ramlee-Ali Baba Bujang Lapok
Kisah terjadi di negeri Baghdad di mana tinggalnya Ali Baba yang miskin dan abangnya yang kaya raya iaitu Kassim Baba. Ali Baba sering meminta wang dan makanan daripada abangnya. Kerja Ali Baba ialah mencari kayu api. Pada suatu hari, sedang Ali Baba mencari kayu di sebuah bukit, dia ternampak sekumpulan penyamun bergerak ke sebuah bukit batu yang besar. Ketua penyamun itu membaca sesuatu untuk membuka dan menutup pintu gua pada bukit itu. Ali Baba bersembunyi berhampiran gua tersebut dan apabila semua penyamun telah keluar, dia terus membuka pintu gua itu seperti mana yang dilakukan oleh ketua penyamun tadi. Ali Baba sangat terkejut melihat harta yang begitu banyak dan dia pun mengambil sebuah peti wang emas dan menjadi kaya sekelip mata. Abangnya Kassim Baba sangat hairan apabila mendapat tahu hal ini. Kerana cemburu, Kassim Baba telah meminta rahsia tersebut daripada Ali Baba. Sifat tamak Kassim Baba mendorongnya mengambil kesemua harta di dalam gua tersebut. Apabila penyamun dapat menangkap Kassim Baba, mereka telah membunuh dan mencincangnya. Ali Baba sangat sedih dengan apa yang terjadi. Penyamun pula ingin membalas dendam dan merampas kembali harta mereka daripada Ali Baba...
P. Ramlee ... Chief @ Abu Hassan
S. Shamsuddin ... Kassim Baba
Aziz Satar ... Ali Baba
Normadiah ... Siti Aloya
K. Fatimah ... Norsiah
Leng Husain ... Apek tukang kasut
Ibrahim Pendek ... Sarjan
Sarimah ... Marjina
A. Rahim ... Momotaro San
Shariff Dol ... Orang kaya 1
Kemat Hassan ... Orang kaya 2
M. Rafee ... Penyamun Bin Dahar
HM Bosra ... Penyamun doktor
M. Zain ... Tukang lelong
Nyong Ismail ... Tabib 1001 Pertanyaan
Ali Fiji ... Penyamun Bin Fiji
Zaiton ... Kekasih Chief
S. Kadarisman ... Tukang mandi mayat
Mohd Hamid ... Penyamun kasut buruk
Hashim Saleh ...
Ibrahim Hassan ...
Mustarjo ...
Saamah ...
P.Ramlee-Ahmad Albab
Di sebuah negara yang bernama Entadiman, tinggal seorang hartawan bernama Mashood. Dia sangar sombong, takbur, bakhil dan tidak percaya bahawa kekayaannya itu datang daripada Allah. Dia menyangka kekayaan hanya datang dari manusia yang bijak sepertinya sahaja. Mashood mempunyai tiga orang puteri yang cantik jelita - Suhara, Mastura dan Zahara. Oleh kerana Mastura sering tidak sependapat dengan ayahnya, dia dinikahkan dengan seorang gembala kambing bernama Syawal sedangkan Suhara dan Zahara dinikahkan dengan orang-orang kaya. Pada suatu hari, sedang Syawal mencari kambingnya yang hilang di sebuah gua, dia terjumpa harta yang sangat banyak. Apabila dia hendak mengambil harta tersebut, muncul Jin yang menjaga harta itu lalu memberitahunya yang harta itu adalah kepunyaan Ahmad Albab. Syawal sangat bingung memikirkan siapakah dia Ahmad Albab?
Advertisement





Play all(102)



