About this user
Saya memperkenalkan diri saya menggunakan nama syarikat saya sendiri yang diasas oleh saya iaitu HAIB Production. HAIB bermaksud Hamba Allah Insan Biasa. Walaupun syarikat kami baru dibuat, mungkin kami tidaklah mempunyai video yang bagus dengan logo yang kemas. Saya maksudkan di sini adalah walaupun video buatan syarikat kami kurang kemas, kurang grafik seperti grafik yang dibuat oleh media massa atau syarikat-syarikat yang lain, maafkanlah kami. Segala ketidakpuasan dalam video kami harap dimaafkan. Kami cuma ingin memberikan mesej yang membawa erti dalam kehidupan anda. Insya-Allah. Video-video daripada rancangan youtube kami tidak semestinya semua video kami dibuat, ada juga video yang agak kurang berkait hanya untuk bersahaja dan berkongsi kegembiraan. Dalam syarikat kami ada beberapa rancangannya tersendiri iaitu Muhasabah Diri, Palestina, Fid Dunya dan sebagainya. Sebelum kami meng-upload video-video kami yang lain, kami terlebih dahulu ingin meng-upload video "Beginner" daripada kami dan ia akan diubah dari semasa ke semasa yang dalam video tersebut kami akan beritahu video-video yang telah dibuat dan video-video yang akan dibuat yang seterusnya di-upload-kan dalam youtube ini. Kami memesan kepada pengguna semua yang melihat video-video kami dan kepada semuanya, jangan takut dengan video-video kami, koleksi kami tiada video seram atau video "Scary Prank". Untuk audio yang agak menakutkan, saya memang tak nak ambil rentak yang agak menyeramkan, tetapi untuk mencari audio agak payah sedikit. Jadi, saya cuba untuk usahakannya.
Country
Malaysia