Added: 3 years ago
From: MalayaScreen
Views: 6,662
Sort by time | Sort by thread (beta)

Link to this comment:

Share to:

All Comments (10)

Sign In or Sign Up now to post a comment!
  • Lagu2 klasik ni memang sedap didengar. Dzul89tt

  • siti pun sedap gak bawa lagu ni..

  • Kata mak saya,salah seorang pelakon dalam filem Juwita ni adalah bapa mertua kepada Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee sendiri tapi saya sendiri tak berapa pasti siapakah pelakon yang dimaksudkan.

  • pelakon yg saudara maksudkan ialah D.Harris atau Daeng Harris..Beliau adalah bapa kpd istri P.Ramlee iaitu Junaidah..D.Harris byk berlakon dlm film2 awal Studio Jln Ampas seperti Juwita, Aloha, Nilam dll..

  • Filem "Juwita" arahan S. Ramanathan, keluaran Malay Film Productions, mula ditayangkan pada 12 August 1951. Dalam tahun 1951, 14 filem Melayu telah dihasilkan di Singapura. 10 dari Malay Film Productions dan 4 dari Nusantara Film Company. Filem "Juwita" adalah filem yang paling tinggi pencapaiannya diantara 14 filem yang dihasilkan pada tahun itu.

  • Dalam byk2 filem Nusantara Company,hanya satu jer yg saya berkesempatan utk tengok iaitu film Perkahwinan Rahsia lakonan S.Kadarisman & Aini Hayati...

    Macamana pulak dgn bro sagsatanic..??

  • "Perkahwinan Rahsia" arahan Hsu Chiao Meng, satu-satunya filem keluaran Nusantara Film Company yang saya pernah tonton. Yang lain entah hilang, musnah atau masih dalam simpanan. Filem gah yang pernah dihasilkan oleh Nusantara FIlm Company berjudul "Pachar Puteh" arahan Naz Achnas lakonan Normadiah. Di mana Normadiah memegang peranan utama sebagai pertiwi yang berjuang dalam peperangan.

  • ooh..rupanya filem ni diarahkan oleh director cina..tapi mengapa banyak lelaman web mengatakan filem ni diarahkan oleh Armaya (Tompel)..??

    Kalau x silap, filem Pelangi dikatakan masih disimpn di London..Filem ni adalah film muzikal yg menampilkan Nona Asiah, Aini Hayati & beberapa plakon lain..Cumanya film ni diharamkan tayangannya di Malaya..

  • Jika MalayaScreen tonton filem "Perkahwinan Rahsia", yang dicetak semula oleh MusicValley, credit ada menunjukkan bahawa pengarah serta producer filem itu adalah Hsu Chiao Meng. Entah mengapa ada lelaman web yang menerangkan bahawa A. R. Tompel adalah pengarahnya.

    Mengenai filem "Pelangi" saya juga ada terbaca filem itu ada di London dan pernah diharamkan. Mungkin sesiapa yang dapat menemuramah Nona Asiah yang diam di Kembangan, Singapura, akan mengetahui sebabnya.

  • ya..saya baru s'ja menonton kembali vcd filem tu..Memang betul Hsu Chiao Meng adalah pengeluar & pengarah filem tu..sayang skali kerna credit awal yg menunjukkan para pelakon dipotong..

  • Dalam lagu ni ada sebut "...bila ku pandang bulan di kalang,parasmu yang cantik gemilang..."

    Aku ni tak faham maksud perkataan kalang tu.Harap sesiapa yang lebih arif dapat jelaskan.

    Terima kasih.

  • Hal ini saya pernah terdengar dalam satu rancangan T. V. yang menerangkan mengenai perkataan "Kalang". "Kalang" @ "Kallang" adalah nama sebuah daerah di Singapura. Pada tahun 50an, tempat itu adalah tempat penerbangan bagi pesawat-pesawat. Diketika lagu ini diilhamkan, pengubah senikatanya, S. Sudarmadji, menyusun senikata lagu ini dengan mengambil ilham di daerah "Kallang". Dari itu, nama tempat itu telah dipilih untuk menghiasi lagu ini. Wallahuallam...

  • terima kasih atas info tu..

    memang menarik..!!

  • Semua lagu-lagu di dalam filem "Juwita" adalah hasil ciptaan Yusof B. dan senikata susunan S. Sudarmadji, bukan ciptaan P. Ramlee.

  • thanks ya..!!

  • terima kasih dah hantar lagu ni:)suka sangat lagu ni

  • saya sendiri pun syok dengar lagu ni..

Loading...
Alert icon
0 / 00Unsaved Playlist Return to active list
    1. Your queue is empty. Add videos to your queue using this button:
      or sign in to load a different list.
    Loading...Loading...Saving...
    • Clear all videos from this list
    • Learn more